Betul kata orang. Kalau kita hidup berdikari, tinggal seorang diri, secara otometiknya kita akan pandai buat kerja-kerja yang kita tak biasa buat. Aku merefer kepada dua orang tuan puteri kat rumah ni. Kalau mak ada kat rumah, haram jadah mereka ni nak volunteer tolong buat kerja-kerja rumah. Dah disound, dibambu, dijerit dan yang sewaktu dengannya baru lah terhegeh-hegeh mengangkat punggung yang besar tu membuat kerja-kerja. Sambil mulut moncong sedepa. Biasalah. Aku dulu pun macam tu juga. Hahaha.. Tapi aku dah ada kesedaran sivik tahap dewa.
Kat rumah sekarang ni cuma ada abah, aku dan tuan-tuan puteri sahaja. Mak pergi berkampung di hospital Kota Tinggi menjaga nyaiku yang ditahan di wad kerana kencing manis. Jadinya, bersorak kegirangan jugalah anak-anak dara Wak Daut ni sebab tak ada orang yang akan melaser, melaung dan menjerit tiap-tiap pagi. Hehehe.. Tapi dah dua hari ni, aku rasa macam sunyi pula. Rindu pula aku dengan bebelan mak.
Jadinya, bila mak tak ada kat rumah, masing-masing pandai buat kerja. Rajin terus! Otometik. Yang paling aku terkujat habis Ika Kembong boleh sediakan breakfast untuk abah. Nasi Goreng dengan telur goreng mata lembu dua biji. Fuh! Terkesima campur terkagum aku kat situ. Ko biar betul dik? Tapi betullah. Sungguh aku tak menyangka. Nak puji lebih-lebih karang bertambah kembang dan kembong lagi dia. Hahaha.. Ok la kan. Aku macam biasalah. Flat memanjang. Selepas abah pergi kerja dan Ika pergi sekolah aku pun sambung tidur. Bila lah demam aku nak baik ni. Huhuhu..
Tuesday, March 10, 2009
Home
»
Rumahku Syurgaku (JB)
»
Pandai Pun..
0 comments :
Post a Comment