Saturday, April 5, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Day 9: Osaka Castle, Den Den Town, Kuromon Market, Minami Namba

Sunday, 27th January 2013

Pejam celik, pejam celik, dah sembilan hari dah kami kat bumi Jepun ni. Tinggal hari ni saja nak merewang sampai pengsan sebab besok dah nak balik Malaysia dah. Rasa sedih plus excited. Sedih sebab dah nak habis dah holiday. Excited sebab dah tak sabar dah nak menikmati cuaca panas Malaysia. Hehe..

Masih lagi di Hiroshima. Makanya, hari ni jugak kami harus balik ke Osaka. Memang rushing habis trip kami ni. Tamak sangat nak pergi semua tempat dalam satu masa. Padahal boleh je datang lain kali kalau ada duit banyak. South Korea boleh pergi banyak kali, takkan Japan tak boleh kan. Muahaha.. 

Kami naik shinkansen dari Hiroshima ke Shin-Osaka Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Dah sampai di Shin-Osaka kami terus naik JR train ke Shin-Imamiya Station untuk ke Hotel Toyo, tempat kami bermalam untuk malam ni. 

Shinkansen Ticket from Hiroshima to Osaka..
Dah settle check in, relaks bagai kami terus keluar untuk ke destinasi yang pertama iaitu Osaka Castle. Dari Shin-Imamiya Station kami naik JR train ke Osakajokoen Station. Tak lama mana lah perjalanan, lebih kurang dalam 20 minit lah lebih kurang. Dah sampai tu, turun-turun, kemain ramai orang kat tepi jalan. Tak tau lah pulak aku ada event apa masa tu. Jalan pulak ditutup. Maybe ada le tour de Osaka kot. Tak pun ada sesi tunjuk perasaan. Hehe..

Apa ye?

Osakajokoen Station ni memang tepi sangat lah dengan kawasan Osaka Castle. Takkan sesat punya. Turun-turun je dah terus masuk ke dalam kawasan istana. Dah tu kita jalan je lah menonong ke depan ikut orang. Bajet dalam hati, semuanya nak ke castle lah ni. Hehe.. 

Ikut saja..
Ikut lagi..
So, Osaka Castle. Panjang kesahnya Osaka Castle ni. Construction start pada tahun 1583, lepas tu ada macam-macam konflik yang belaku, reconstruct balik pada tahun 1620 dah tu ada macam-macam lagi lah berlaku, dah tu tahun 1931 start balik construction, dan finally, pada tahun 1997 buat major make-up dan berdiri lah Osaka Castle yang kita nampak hari ni. Gitu lah ceritanya. Kalau nak tau lebih lanjut sila google sendiri. Hehe..

Keluasan Osaka Castle ni lebih kurang 2km persegi. Besar tu! Kalau nak main hide and seek memang jenuh nak mencari ni. Dah lah luas, dikelilingi oleh moat pulak tu. Biasalah kan moat ni, untuk defence. Kalau tengok map, castlenya kecik je, kat satu ruangan yang kecik je. Yang kasi penuh kawasan ni ialah bangunan-bangunan lain dan taman-taman gitu.

Kawasan Osaka Castle..
Moat mengelilingi castle..
Osaka Castle dari jauh..

Hari minggu, tapi tak berapa ramai orang kat kawasan castle ni. Makanya seronok jugak lah nak mengexplore. Kat tengah-tengah square on the way nak ke pintu masuk castle ada a few people tengah buat show. Ramai lah jugak crowd, tapi masih boleh tahan lagi lah tak sesak mana. Aku pun tak paham show tentang apa, makanya kami abaikan je dan proceed untuk masuk ke dalam castle. Nak masuk castle ni kenalah bayar ye. JPY600 je harga tiketnya. 

Dari depan..
Anjing buat photo shoot pulak dah.. 
Pintu masuk..
Tiket masuk..

Dah masuk dalam tu kami terus pergi ke bahagian atas castle. Kat sini boleh lah nampak view yang ada kat sekitar Osaka Castle ni. Kat atas ni kemain ramai orang! Nak ambik gambar pun macam tak berapa nak best. Aku pun setakat dapat snap sekeping dua je. Sebab tak kuasa nak bersesak-sesak dengan orang yang ada ni. 

Entah pemandangan apa ntah aku ambik ni..

Dah tu kami jalan turun level by level. Ada muzium kat dalam ni. Cuma dapat tengok dan hapal dalam hati sebab tak boleh nak ambik gambar dalam ni. As of entry ni ditulis, aku dah lupa dah apa yang ada kat dalam muzium ni. Hehe.. Padan muka lah kan lambat nau update entry. 

Ni je yang berjaya dicapture kat dalam castle tu. Huhuhu..

Dah puas jalan-jalan dalam castle, kami pun keluar lah. Menuju ke arah bertentangan dari jalan masuk tadi. Berjalan lah kami mengikut instinct menghirup udara segar dan menikmati pemandangan alam sekitar. Lenguh jugak ni jalan-jalan kat sini. Boleh pancit kalau nak pusing habis satu kawasan castle ni. Jalan punya jalan punya jalan sampai lah kami di stesen JR Morinomiya. To our next destination!

Former Head Quarter of 4th Division of Imperial Army Japan..
Byebye Osaka Castle..
Osaka Castle Park..

Next destination? Balik semula ke Shinimamiya Station. Hehe.. Dah sampai tu kami jalan kaki je meneroka streets of Osaka gitu. Kemainn kan. Takde arah tuju pun sebenarnya, tapi kalau jalan kaki dari Shinimamiya Station ni, kita boleh sampai ke Nipponbashi. 

Nipponbashi ni sebenarnya merupakan shopping district lah jugak. Tapi lebih kepada peralatan electronic. Alat-alat letrik, gadgets bagai. Equivalent to Akihabara kat Tokyo lah ni kiranya. Ada nama lain jugak Nipponbashi ni iaitu Den Den Town. Selain barang elektronik, banyak jugak lah kedai-kedai otaku. Sekadar jeling-jeling je lah sebab tak tau nak beli apa kan. Kalau beli sebab comel, takut aku tak pakai je nanti. 

Baru nampak tol kat Japan ni..
Den Den Town @ Nipponbashi..

Jalan ke depan sikit kami jumpa dengan Kuromon Ichiba Market. Pernah baca kat internet, entah blog siapa entah, katanya kalau sampai Kuromon Market ni jangan lupa makan Takoyaki. Apa lagi, kami pun jalan ler laju-laju mencari Takoyaki. Tapi..........

Kuromon Market..
Hurrrrr.........

BANYAK KEDAI TUTUP! Hahaha.. Frust menonggeng Cik Kiah serombongan. Sebab weekend ke kedai banyak tak bukak? Ada lah jugak yang bukak tapi setakat seketul dua je. Kedai Takoyaki jangan cakap lah memang takde langsung. Maybe tutuplah kan hari ni. Hampa kachiwa lah kami kempunan nak makan Takoyaki Kuromon Market. Tak apalah.. Kita jalan-jalan je lah tengok apa yang ada kat sini..

Nyiahahahaha terberak tengok harga ketam..
Huhuhuhu buat kimchi ni sedap ni.. Putih bersih melepak..
Ni untuk bela ke untuk makan ni?

Dah sampai penghujung Kuromon Market, kami pun keluar dan jalan lagi ke depan. Alih-alih dah sampai Minami Namba. Wahh banyak kedai-kedai kat sini. Meriahnya jangan cakap lah. Baca kat internet, kat blog, katanya kat sini sesuai sangat nak cari souvenir. Apa lagi, souvenir hunting lah kami ni!

Jalan-jalan Namba..

Tapi belum apa-apa, tak menyempat nak cari souvenir, kami dah nampak kedai Takoyaki. So, tau-tau je lah kan. Kita serbu!! Siap masuk makan dalam kedai lagi. Duduk lepak-lepak macam kedai bapak sendiri. Padahal ramai lagi orang tengah beratur kat luar menunggu tempat duduk kosong. Hehe.. Cipta rekod betul satu hari ni kami tak makan apa-apa. Dah malam dah pun ni. Baru nak isi tembolok. Tu pun sekadar mengalas perut je. Takoyaki je kan. Bukannya kenyang mana.

Takoyaki sedap..

Jalan-jalan lagi nampak kedai sushi lah pulak. 100 yen sepiring pulak tu. Huh.. Kita masuk! Haha.. Memang sakan ler makan sushi. Tapi ambik yang murah-murah 100 yen je. Dah tu kemain plan pulak tu siap congak-congak keluarkan kalkulator bagai nak ambik yang mana untuk dikongsi-kongsi. Memang kemut betul. Takut sangat over budget. Ye lah, dalam poket tinggal berapa je. Souvenir tak cari lagi ni. Huhu.. Tapi Alhamdulillah lah. Kenyang kami malam ni berdinner kan sushi. Hehe..

Nyamnyam Sushi..

Jalan-jalan menjengah kedai yang ada. Banyak betul kedai souvenir. Tapi souvenir hapa ni. Bukan souvenir seperti yang aku harapkan lah macam fridge magnet, keychain bagai tu. Ni benda-benda comel anime lah, manga lah, souvenir coklat lah. T-Shirt I Love Japan pun tarak!! Huwaaa.. Tak berkenan sungguh aku. 

Kedai demi kedai kami masuk. Jalan sampai ke penghujung sampai ke Dotonbori, tapi tak dapat apa pun. Last-last memang tak beli apa-apa souvenir. Setakat beli coklat Kit Kat Green Tea je untuk aku ngonyel-ngonyel. Huhh.. Terus mandom.

Meriah.. Tapi entah meriah sebab apa..
Dotonbori..

Akhirnya? Kami balik sajalah ke hotel. Nak jalan kaki dah tak mampu, makanya kami balik naik JR train kat Namba Station. Besok dah nak balik Malaysia dah. Souvenir apa pun tak dapat. Dah frust macam ni, apa pun tak boleh pikir. Besok je lah pikir kot-kot kat airport ada kan. Apa-apa pun, kita mandi-mandi, settle down dan tido! 

Habis!!

Kos perbelanjaan hari ni:-

Hotel Toyo = JPY1500.00
Osaka Castle Entrance Fee = JPY600.00
Takoyaki & Sushi = JPY700.00

TOTAL = JPY2800.00

0 comments :