Wednesday, September 24, 2014

YOYO Express Bus from JB to KLIA/KLIA2

Kalau ko dari JB, nak pergi jalan-jalan overseas naik belon dari KLIA ataupun KLIA2, dan tiket kapal terbang dari JB tu mahal kedaung lah pulak, jangan risau, sebab sekarang dah ada bas express direct dari JB ke KLIA dan KLIA2. YAY~!!

Nama bas express ni ialah YOYO. Kemain nama dia. Nak dan turun bas ni di Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Dokek dah dengan rumah aku. Senang sangat lah kan. Kebetulan lah pulak kan, aku nak pergi naik belon. Tapi tiket flight JB ke KL, waduhh. Sakit ya amat nak membelinya. Last minit punya cerita ni. Makanya, kita try test lah naik bas ni.

Kaunter Tiket..
Kasi close up dia punya timetable..

Ada banyak jugak lah trip dari JB ni. Nak kena pilih lah yang mana yang bersesuaian. Jangan lah pilih yang sampai ngam-ngam sebelum waktu departure. Kotnya jem kat tengah jalan, meraung terlepas flight. Harga tiket sehala ke ke KLIA dan KLIA2 ialah RM59.00. Masih berbaloi lah jugak sebab last minute. Besok nak jalan baru hari ni beli. Kalau tiket flight, tak mampu macam ni.

Tiket bas..
Terms and Condition..

Naik bas ni jangan lah pulak mengada-ngada bawak banyak luggage. Sila baca terms and condition yang ada ditulis kat bahagian belakang tiket tu. Berat maksimum yang dibenarkan ialah 25kg. Kalau tak silap, even though 25kg, tak boleh lebih dari 2 beg kot. Aku pun dah tak ingat. Macam terngiang-ngiang staff kat kaunter tu bagitau aku. Ke aku ngigau? Haha.. RM59 dengan 25kg, beli last minute, sangatlah ok khenn?

So, besoknya aku pun naik ler bas ni. Comel ko basnya. Ada kartun siput lagi kat badan bas tu. Harap-harap idokler jalan slow motion macam siput kan. Haha.. 

Bas tomeyy..
Seat besar dan selesa..

Boleh tahan ramai jugak yang naik bas ni. Penuh! Ada group pakcik makcik satu rombongan pergi Perth, ada yang nak pergi South Korea (aku ler tu wakaka..), pramugara MAS pun ada naik bas ni. Siap kamceng lagi dengan driver bas. Memang biasa dah kot kan naik bas ni. Tu yang dia kenal.

Perjalanan dari Skudai menuju ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Kira pecut palesit F1 jugak lah ni. Kemain sedap aku tidur kat atas bas tu. Sedar-sedar je dah sampai. 

Sampai dah KLIA2..

So, JB to KLIA dan KLIA2 menaiki bas. Boleh lah cuba kan? ^___^

Related Posts:

  • Mamat Yang Bernama Shah Indrawan.. Aku bukan peminat dia. Dulu-dulu, bukan main menyampah aku tengok dia tangkap leleh. Tapi entah kenapa, aku boleh bersorak gumbira dan terkinja-kinja macam orang gila apabila dia di umumkan sebagai juara One In A Million. Bu… Read More
  • Museum of Angels, Demons at Night Tajuk punyelah keren banget. Konon-konon sedap lah tu bunyinya. Hahaha.. Kisahnya, hari sabtu lepas aku layan wayang dengan Dila. Seronok la jugak. Dah lama tak tengok wayang. Mula-mula tengok Night at the Museum 2. Pada ak… Read More
  • Mondok Gila & Pokemon Mabuk! Hi peeps. Aku baru je masuk kerja hari ni setelah dua minggu meroyan tak ingat kerja. Banyak cerita nak dikongsikan tapi buat hari ni aku tepek dua je dulu cerngal (cerita sengal) kat sini. Si Mondok Yang Kejam Memang haru… Read More
  • Happy Itu Dan Happy Ini Toya je tajuk entry kali ni. Mungkin disebabkan ada dua perkara yang buat aku happy pada tarikh 16 Mei ni. Yang pertama, hari yang 'wajib' diingati oleh budak-budak sekolah setiap tahun. Hari Guru ye. Aku ni boleh dikatakan… Read More
  • Siapa Sial? I noticed an extra wording on my poster this morning.. Hurmm, kepada si penulis, aku ada berapa soalan lah nak tanya:- Dulu kau tak pergi sekolah ek? Mak bapak kau tak ajar ek? Tak baik menconteng di tempat awam. Lagi-la… Read More

0 comments :