Saturday, July 28, 2007

Wandering About..

Pagi2 ni lepas settlekan hal PLUMS ni aku pi meronggeng. Aku pi mengurut sebenarnya. Kat Beauty Center lagi. Haha.. Kengkonon memanja2kan diri. Sakit gila babeng la kena tekan sini sana. Meraung aku. Tapi dalam hati je la. Nak jerit kuat2 malu. Hehe.. Tahan je la. Dah lama2 tu oklaa pulookkk. Rasa best plak. Rasa ringan je. Rasa melayang2 je. Hahaha.. Terperasan plak bleh melayang2 ni.

After that aku meronggeng ke satu tempat yang dah lama aku tak pegi. Mana lagi kalau tak ke Filipino Market tu. Ada orang kirim barang. So aku pon pegi la membelinye. Tengok2 takde stok plak. Kena la pi kedai Jamilah. Kat sini banyak choice tapi mahal gilos banding ngan kat pasor tu. Whatever. Dah orang kirim belikan je la.

So sementara tunggu benda alah gelang lip lap lip lap tu siap, aku jalan2 ke CP. Ramainya umat jangan cakap la. Pi beli paper. Baca gosip terkini. I like.. Hehe.. Pastu singgah YoYo. Beli sesatu dua. Aku ni dah macam ketagih minum YoYo ni. Ni semua gara2 Nadia la ni. Sabau je la aku.

Lepas pusing2 tanpa arah tujuan kat CP aku pi Warisan Square plak. Banyak rupanya kedai dah bukak. Pastu dari jauh dah bunyi bingit. Jalan punya jalan nampaklaa satu stage kat tengah2 tu. Background dia tulis Digi Celebriteen Sabah Final. Perghhh.. Ada rehearsal rupa2nya. Tetiba aku ternampak sorang yang aku familiar. Soheh! Memang budak tu. Budak kecik kemetot yang menang contest ni last year. Kecik lagi budaknye. Ntah darjah 3 ke 4 gitu. Tapi suara dia mak datuk. Sangatla besar n power. Aku kenal sebab kebetulan masa dia nyanyi kat CP tahun lepas aku tertengok dia. Kak Hawa.. Ingat lagi tak budak ni? Yang melalak2 lagu CTpoo tu. Kemain lagi budak ni. "Everybody Let's Sing!!" "Thank you all for coming.." Mak oii.. Tak padan kecik. Pastu teringat lagi cerita Kak Fai yang ada sorang budak ni melalak2 nyanyi lagu PUDAR time Convo Session. Kalau kat pesta konvo ke hapa ok lagi. Ni time break sekejap dalam dewan tu. Bleh terlonjak2 nyanyi depan graduan, depan mak bapak n even worse depan pro-pro chancellors, depan2 lecturers. Giloss.. Mencemar protokol betul. Ntah sape punye idea. Dari description yang Kak Fai bagi aku rasa aku tau budak tu la yang melalak kat CP ari tu. So tahun ni nampak dia lagi. Muka tak user friendly langsung. Ingat nama dia dah gah laa tu. Eleh.. Aku tak tau pon nama ko. Eh aku tak jeles cuma aku ni kan dalam akademik business. Rasa cam pantang sket bila nampak budak2 tak abis skolah lagi, tak sambung stadi semata2 nak jadik artis, nak cari glamer. Memang pantang. Anti, geram semua ada. Chitpoodah..

Lepas amik gelang lip lap kat Jamilah aku pon balik ke opis. Buat keje itu ini sedar2 dah dekat pukul 6. Rasa boring aku pon mula menconteng kat sini...

Related Posts:

  • Goodbye My Friend.. Listen little child, there will come a dayWhen you will be able, able to sayNever mind the pain, or the aggravationYou know there's a better way, for you and me to beLook for a rainbow in every stormFly like an angel, heaven… Read More
  • Cerita Hari Valentine Hari Sabtu. Jam 10 malam. Aku merewang seketika di bandar KK. Bertemankan Kak Rafidah and her hubby. Ke terbalik tu? Aku yang teman mereka? Hahaha.. Sekali lagi aku menjadi ubat nyamuk kat tepi. Menyemak aja aku ni kan? Ses… Read More
  • Hari Terakhir 2008 Semalam ye. Bukan hari ni. Orang cerita tentang tahun baru, makcik cerita tentang hari terakhir 'tahun lama'. Satu hari suntuk makcik meronggeng. Memang tak hengat.. Makcik sekarang dalam mood melahu. Orang putih kata IDLE.… Read More
  • Kisah Hari Ahad.. I'm BAAACCKK!! Sekejap je dah hari Ahad kan? Sekejap je dah hari ke 4 dalam tahun 2009 ni. Macam baru je semalam aku pergi join countdown. Besok hari Isnin dah. Dah start mengajar dah aku ni. Kelas pagi-pagi buta pulak tu. K… Read More
  • Melalut Di Pagi Rabu Benci betul bila kena makan ubat. Ya. Buat kesekian kalinya, aku menghambakan diri pada ubat-ubatan lagi. Demam + Flu + Batuk datang menggila. Malam-malam aku tanpa segan silu berlawan menggonggong dengan anjing di jalanan. … Read More

0 comments :