Friday, April 18, 2014

City Square's Dapur Kita, Johor Bahru

Aku tak ingat dah berapa lama dah aku tak menjejakkan kaki ke City Square ni. Ni datang pun sebab nak jumpa dengan geng jalan-jalan. Kalau jumpa, mesti lah nak kena lepak-lepak. Dah alang-alang berada kat City Square ni, meh kita lepak kat Food Court dia.

Food Court City Square ni diberi nama Dapur Kita. Food Mall gitu. Terletak di tingkat paling atas. Entah bila wujud tingkat ni pun aku tak tau. Siap ada kolam ikan lagi kat luar tu. So, kat sini, order makanan pakai kad ye. Beli kad dan topup siap-siap kat cashier, then masa order makanan tu, time bayar kita tolak je lah value dari kad tu. Sonang khennn??

Main entrance..


Kolam ikan kat luar..

Ada banyak kaunter makanan kat sini. Pilih je lah, macam-macam ada. Ada Western, Mediterranean, Japanese, Mamak, Nasi Campur, Malay Specialties, Chinese, Vegetarian, apo laie, Macam semuanya ada. Tak payah susah-susah nak pikir. Tapi susah jugak tu nak pikir sebab banyak sangat choice sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Sekadar menepek gambar-gambar yang ada kat bawah ni..

Mediterranean & Dapur Mamak..
Chicken Rice & Teppanyaki..
Laksa..
Satay, Mee Rebus, Ayam Penyet, etc etc..
Chaiwalla & Co. Kopi dia UMMPPHHHH~!!

Kawasan Dapur Kita ni agak luas dan besar jugak. Ada banyak kerusi meja kat sini. Time non-peak hours time aku datang pun ramai orang, kalau peak-hours entah macam mana lah ye. 

Antara ruangan yang ada..
More..
Sinki yang comel-comel..

Dan apa yang aku suka kat Dapur Kita ni ialah quotes yang ada pada dinding-dinding dan kaca tingkap. Quotes pasal makan! Dan apa-apa saja yang berkaitan dengan makan memang lah aku suka!

Oh yesssssssss~!!
Of course!!
Right on~!!
All the time!!

Baru lepas makan tengahari sebenarnya so kami tak ada lah makan-makan kat sini. Lepak-lepak minum kopi je. Trying the Vanilla-flavoured Coffee dari Chaiwalla & Co. Pergghhh.. Sedap mak datuk! Sambil minum kopi, sambil layan pemandangan JB yang ala-ala hidup segan mati tak mau tapi masih meriah bagai nak rak ni, sambil borak-borak pasal isu semasa. Memang mantop!! 

Sedapppp~!!
Senduu...

Lain kali lah ye aku test makanan kat sini. Hehe..


Address: J6-03 & 04, Level 6, Johor Bahru City Square, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.
Opening Hours: Mon-Sun 10:00 - 22:00

Related Posts:

  • Mariners Cafe & Bistro, Johor Bahru Mari kita sambung lagi edisi cafe hunting dan cafe hopping sekitar JB ni. Dua tiga bulan aku tak balik, ada saja cafe baru yang muncul. Kali ni kita ronda-ronda town lah ye. Cafe pertama yang kami terjah ialah Mariners Cafe… Read More
  • Pot's Kitchen, Johor Bahru *Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu.. Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku … Read More
  • Almost Famous Cafe, Johor Bahru Another cafe tempat lepak-lepak suka hati. Ni lah kerja aku sekarang kalau balik JB. Kerjanya nak meng'cafe hunting' dan cafe hopping je. Tapi best jugak lah kan, sebab banyak nau cafe yang unik-unik ada kat sekitar JB ni.&… Read More
  • IT Roo Cafe, Johor Bahru Banyak dah review kat Internet pasal IT Roo Cafe ni. Kali ni review aku pulak. Mana boleh aku ketinggalan kat belakang kan. Kisahnya lah kan, the best chicken chop in town gitu. Best sangat ke? Sedap ekk? Tu dia punya … Read More
  • Wadihana Islamic Steakhouse, Johor Bahru *Restoran ni dah tutup! T__T Seperti selalunya, kalau aku berkesempatan balik JB, mesti aku pergi food hunting. Kebetulan ada tempat momom baru bukak kat BBU, mari lah kita skodeng.  Namanya Wadihana Islamic Stea… Read More

0 comments :