Sunday, April 20, 2014

IT Roo Cafe, Johor Bahru

Banyak dah review kat Internet pasal IT Roo Cafe ni. Kali ni review aku pulak. Mana boleh aku ketinggalan kat belakang kan. Kisahnya lah kan, the best chicken chop in town gitu. Best sangat ke? Sedap ekk? Tu dia punya tagline. Dan hopefully they live up to it lah. Let's check out the kedai!

IT Roo Cafe..

Bila dah masuk dalam, wow.. Ala-ala kopitiam lama gitu. Tak besar mana pun kedainya. Kecik je. Boleh muat beberapa meja je. Dah tu ya ampun ramainya orang! Kami yang masuk ni terpinga-pinga dah tak ada tempat duduk. Tapi nasib baik lah abam pekerja yang baik hati tu bagi kami duduk kat tempat yang dah kena RESERVED. Tu kalau tuan punya meja datang tu alamatnye terpaksalah kami angkat kaki. Hehe.. Kat luar pun ada beberapa meja jugak, tapi dah penuh dioccupied dengan customers.

Penuh~!!
Kat luar pun boleh..

Mari lah kita tengok menu. Bukan setakat chicken chop je yang ada kat sini. Ada macam-macam lagi makanan western yang ada. Masakan Cina pun ada, goreng-goreng pun ada. Pilih je mana nak. Tapi disebabkan tagline tu lah kan, makanya kami nak jugak makan chicken chop! Dah place order, kita tunggu sampai siap.

Menu yang ada..
Drinks..

Hiasan kat dinding IT Roo ni unik lah jugak. Banyak harta karun dari zaman tok nenek kita dulu. Memang old style sungguh. Mengekalkan generasi terdahulu gitu gamaknya kan.

Uncle tu macam hensem je..
Wowweee first edition ke ni?

Mungkin disebabkan orang agak ramai kan, makanya makanan kami lambat sikit sampai. Bila dah sampai tu, memang terus ngap lah! We ordered two versions of Chicken Chop. Satu grilled, satu lagi goreng rangup keemasan gitteww.. Dua-dua sedap!!

Grilled style..
Golden Fried Crispy style..

Makan tak pandang kiri kanan lah kan. Memang sedap. Tapi tak tau lah jugak kan nak cakap the best in town ke tak sebab aku jarang makan chicken chop. Nak-nak kat area JB ni. Kehkeh buang karan je aku ni. Tapi memang sedap lah kalau ikut tekak aku. Siapa yang suka makan chicken chop tu boleh lah try makan kat sini. Dah tu boleh lah buat rumusan sama ada dia the best in town ataupun tak. Hehe..


Address: 17, Jalan Dhoby, 80100 Johor Bahru
Phone: 07-2227780
Opening Hours: Mon-Sun 10:30-21:30

Related Posts:

  • Pot's Kitchen, Johor Bahru *Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu.. Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku … Read More
  • Mariners Cafe & Bistro, Johor Bahru Mari kita sambung lagi edisi cafe hunting dan cafe hopping sekitar JB ni. Dua tiga bulan aku tak balik, ada saja cafe baru yang muncul. Kali ni kita ronda-ronda town lah ye. Cafe pertama yang kami terjah ialah Mariners Cafe… Read More
  • IT Roo Cafe, Johor Bahru Banyak dah review kat Internet pasal IT Roo Cafe ni. Kali ni review aku pulak. Mana boleh aku ketinggalan kat belakang kan. Kisahnya lah kan, the best chicken chop in town gitu. Best sangat ke? Sedap ekk? Tu dia punya … Read More
  • The Ice Cream Project, Johor Bahru Dah lepas jalan-jalan pusing tengok bandar JB yang semakin hip katanya ni, akhirnya kami pun singgah ler ke cafe yang terakhir untuk hari ni. Namanya The Ice-Cream Project. Kedai aiskrim! Tapi kedai aiskrim ni lain daripada… Read More
  • Almost Famous Cafe, Johor Bahru Another cafe tempat lepak-lepak suka hati. Ni lah kerja aku sekarang kalau balik JB. Kerjanya nak meng'cafe hunting' dan cafe hopping je. Tapi best jugak lah kan, sebab banyak nau cafe yang unik-unik ada kat sekitar JB ni.&… Read More

0 comments :