Saturday, December 20, 2014

SK10D9N ~ Day 7: Wonderful Jeju Part IV: Songaksan, Yongmeori Coast & Andeok Valley

Thursday, 30th October 2014

Hari Isnin, kita dah ke bahagian barat Jeju, hari Selasa pulak ke bahagian timur. Semalam kita ke tengah-tengah pulau Jeju menjejak Halla-san. Hari ni, kita ke bahagian selatan lah pulak ye. Dalam banyak-banyak bahagian pulau Jeju ni, aku rasa kat bahagian selatan ni lah paling banyak tempat yang boleh kita skodeng. Sangat banyak sampaikan kami berjaya singgah 12 tempat dalam tempoh 12 jam. Punya lah gila merempit. 

Disebabkan banyak nau tempat yang disinggah, entries on day 4 kat Jeju ni akan dipecah tiga. Entry yang ini kita cerita tentang tiga lokasi pertama yang kami terjah. The next entry, the next three locations. Hat tu, korang tunggu je lah bila mood aku nak menulis datang kembali. Hehe..

Our first stop today ialah Songaksan. Sebenarnya tak ada apa sangat pun kat Songaksan ni, melainkan lokasinya yang sebunjut kat hujung pulau Jeju ni. Jalan-jalan sini pun sebab nak tengok scenery je. 

Peta Songaksan..


Perjalanan dari hostel ke Songaksan ni mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak lah kot. Jauh jugak lah dari bahagian utara ni nak kena melintas pergi ke bahagian selatan. Aku cadangkan sangat-sangat lah kalau nak jalan-jalan di bahagian selatan Jeju ni baik tinggal di Seogwipo City je. Jimat masa. Tapi kalau jenis malas nak berpindah randah macam kami ni, terpaksa lah keluar awal dan habiskan masa kat jalan.

Songaksan ni merupakan sebuah gunung berapi. Dah tak aktif dah lah. Kalau naik sampai ke atas, boleh lah nampak crater Songaksan ni. Rupa dia sama je macam crater Seongsan Ilchulbong. Cumanya yang ni versi kecik sikit. Dah tak ada apa nak buat kan, kami pun melangkah lah ke sana. Cuaca hari ni sangat baik. Cumanya anginnya ya ampun, kuat gila! Boleh tahan melayang jugak aku dibuatnya.

Kawasan Songaksan ni antara kawasan yang sesuai jugak lah kalau nak buat aktiviti trailing ke, hiking ke. Even route no 10 Jeju Olle Trail pun melalui kawasan Songaksan ni. Pemandangan sekitar memang cantik. Boleh nampak bukit-bukau, ladang, laut, macam-macam lagi lah.

Moh start jalan..
Laut dan pesisir pantai..
Jalan lagi..

Tengah jalan-jalan tu, kalau buka mata besar-besar, boleh nampak beberapa cave trenches di lereng-lereng bukit. Cave trenches ni dalam BM apa ek? Parit gua? Haha.. Entah lah tak tau aku apa namanya. Macam laluan sempit lah gitu kan kat tengah-tengah gunung dan bukit. Boleh tahan banyak jugak lah pintu masuk ke laluan ni. Mengikut papan info yang ada kat situ, laluan ni dibina oleh askar empayar Jepun pada penghujung perang dunia kedua dulu-dulu. Ni sebagai bukti jugak lah yang pulau Jeju ni pernah dijajah oleh Jepun. 

Cave Trenches..
Jom naik!
Ok, sambung lah jalan dan mulalah menapak ke atas. Dah sampai ke mulut crater ni baru lah puas hati nak tengok pemandangan sekeliling. Memang best. Dah lah tinggi, kena tiup angin lagi, nasib baik je lah tak tertomos masuk ke dalam crater. Hehe.. Apa yang menariknya pasal crater Songaksan ni, dia ada dua crater. Crater di dalam crater gitu. Aku pun tak paham konsepnya macam mana. Yang aku nampak satu je lah crater. Tapi kalau orang geologi dia mesti nampak lain. 

Dah tu kat dalam crater tu pulak, ada semacam bump, rupa dia dah macam bentuk kuburan traditional Korea. Yang terbonjol ke atas tu. Tak tau lah tu kubur ke, memang terbentuk macam tu ke, apa ke. Kita layan kan je lah tengok dan bergambar sakan!

Saya rasa yang tinggi belah kanan tu Hallasan..
On the other side..
Belah kiri tu crater lah..
Belah sanun pulak.. Laluan tu ialah Jeju Olle Trail no 10..

Nama je sampai ke crater kami ni, tapi tu bukannya puncak paling atas pun. Kalau naik lagi atas, lagi cantik pemandangan. Dan ada jugak batu tanda yang bertulis Songaksan, boleh posing sakan kat situ. Aku ni dah ler lutut longgar dek panjat Hallasan semalam, rasa pun masih sengal walau dah kurang. Tak kuasa lah aku nak naik sampai ke atas. 

Dah penat kena tiup angin, kami pun mula turun ke bawah. Kemain laju je jalan, sebab banyak lagi tempat nak pergi lepas ni. Gigih buat timing satu tempat tak boleh singgah lebih dari setengah jam. Dah macam ikut travel agent pulak dah kan. :P

Let's go back..
Nak naik kuda pun boleh..

Songaksan ni juga merupakan filming location untuk drama Dae Jang Geum Jewel In The Palace tu. Pada sesiapa yang pernah follow bagai nak rak cerita tu, mesti ingat pada satu part episode last sekali Jang Geum pi jadi bidan tolong seorang perempuan ni beranak dalam gua. Ha, gua tu lah kat Songaksan ni. Sebuah gua kat tepi pantai. Tapi kami takde lah pergi ke gua tu. Malas pulak nak menapak ke sana. Ambik gambar dari jauh je lah.

Nun kat sana tu banyak gua tepi pantai.. Dae Jang Geum filming location..
Jalan terus..

Wokay, habis Songaksan kita singgah ke tempat yang seterusnya iaitu Yongmeori Coast. Ha, pada sesiapa yang tau bahasa Korea tu, "Yong" maksudnya naga dan "Meori" tu pulak maksudnya kepala. So apa jadinya? Pantai kepala dregen lah gitu. Kenapa kepala naga? Ni yang excited nak tengok kan. Ada ke kepala naganya kat situ? Tertanya-tanya konon. Tengok gambar kat internet, fullamak cantik betul! Baca review orang pun dah boleh rasa terawang-awang. Beautiful coast made up from flowing lava lah, turquoise clear water lah. Kalau tak percaya, cuba Google. Tak sabar rasanya nak posing kat situ!

Dari Songaksan, perjalan mengambil masa tak sampai 15 minit untuk ke Yongmeori Coast. Sesudah parking kami melalui deretan kedai yang ada sepanjang menuju ke pesisir pantai. Sekali ada makcik jual sotong bakar lah! Tak boleh jadi ni. Dah addicted sangat dah. Terbayang-bayang kesedapan sotong bakar di Seopjikoji. Makanya, harus beli!

Sotong bakar atas batu wehh!!
Silkworm pupa pun ada..

Selain jual sotong, makcik ni jual pupa jugak. Aku tengok pun gerun. Sedap agaknya ek. Bila makan tu meletup-letup, kencrit-kencrit terlalu juicy. Hahaha yikes! Tak pe lah. Makan sotong lagi sedap. Sambil mengunyah, kami pun menuju lah ke Yongmeori Coast.

Dekat je.. 
Sedap sedap sedap..

Dengan gaya excited, kami pun menuju lah ke entrance. Tapi kenapa lah pulak ramai orang kat entrance tu. Sekali..

Whatt??

Hoii!! Tak ke kau kachiwa gila babun tergolek? Adoiyaii.. Baru nak ambik gambar cantik-cantik kat sini. Huhu.. Ye, cuaca walaupun baik, tapi angin sangat kuat sampai melayang-layang dan ombak pun tinggi. Memang haruslah pelawat tak dibenarkan masuk atas faktor-faktor keselamatan. Sedih lah jadinya kan. Nasib baik ada sotong bakar jadi peneman. Kita tengok gambar online je lah. Hukk..

Frust menonggeng tak terkata lah kan. Tapi ada jugaklah pelawat yang curi-curi masuk ke pantai. Belum sempat nak melangkah jauh, dah kena jerit dengan coast guard suruh patah balik. Dengar kata lah jugak kan. Tapi ada je yang degil teruskan berjalan jugak. Tu tak tau lah nasibnya apa tu. Semoga selamat kembali lah ye. 

Dah tak boleh ke pesisir pantai, kita jalan-jalan kat sini je lah. Tengok je lah apa yang ada. Dah tu belajar serba sedikit tentang Yongmeori Coast ni. Baca sikit-sikit papan info macam mana tempat ni dapat nama kepala dregen.

Tang mana macam dragon nya pun aku tak tau..
Pantai kat belah kanan..
Pantai kat belah kiri.. See the laluan there? 

Eh, sungguh tak puas hati aku bila betul-betul tak dapat nak menghayati Yongmeori Coast ni. Haha.. Nak ke tempat view paling cantik, kena lah lalu kat celah-celah batu untuk pergi ke belakang cliff seperti gambar kat atas ni. Cantik kot tempat tu. Kau Google je lah Yongmeori Coast, memang terpegun, ternganga lah. Terpegun ternganga kalau kau kaki nature lah. Kalau kau kaki shopping, nampak handbag, nampak kain baru kau nganga kan? Hehe.. 

Kalau ikutkan hati memang nak je redah. Tapi seram pulak tengok ombak kuat menghempas-hempas ke pantai, membadai cliff tu. Chewahh.. Angin pulak boleh tahan kuatnya. Silap haribulan, kena tiup masuk laut. Next time, kita datang lagi lah ye!

Orait lah, dah tak boleh pergi posing kat celah-celah batu, kita posing kat replika kapal yang ada kat sini. Kapal ni secara kasarnya di panggil Hamel sempena nama seorang Dutchman yang bernama Hendrick Hamel. Alkisahnya pada tahun 1653, Hendrick Hamel yang bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda ni berlayar menaiki kapal dari Nagasaki ke Taiwan. Tapi dek cuaca buruk, kapal pun karam dan Hamel bersama-sama sebilangan anak kapal terdampar di Pulau Jeju ni. Terkejut beruk lah orang tempatan Jeju bila nampak mat saleh mata biru ni kan. Dah tu, Hamel pun tinggal lah kat Joseon ni selama 13 tahun. Joseon ni nama Korea pada zaman tu. Sepanjang tinggal kat Joseon, dia pun tulis journal untuk rekodkan pengalaman dia sehari-hari dan bagaimana keadaan Joseon pada masa tu. Dah balik ke Dutch Republic (Netherlands), journal tu pun diterbitkan. Jadilah ia the first ever documentation of Joseon oleh orang barat. Gitu lah ceritanya mengikut apa yang aku paham. Hehe.. K

Kapal Hamel..

So, replika kapal yang tersergam indah yang terpacak kat tepi Yongmeori Coast ni merupakan kapal yang dinaiki Hamel yang karam tu. Ia merupakan some kind of museum jugak lah, yang mempamerkan kisah kedatangan Hamel ke Jeju dan pengalamannya tinggal kat Joseon selama 13 tahun. Kisah dia banyak selama 13 tahun ni. Jadi pengawal raja lah, kena exile lah, macam-macam ada. Kalau nak tambah ilmu sejarah, boleh lah masuk ke dalam kapal ni untuk baca apa-apa yang patut. 

Pelan kapal..
Tentang Hamel..
Tentang Kapal..
Perjalanan hidup Hamel di Joseon..
Nak tengok video tentang Hamel pun boleh..

Dah habis tour dalam kapal, kami jalan-jalan lagi di kawasan sekitar. Tengok bunga lah, tengok kuda lah, apa-apa je lah yang mampu dibuat. Konon nak panjat ke atas bukit yang berdekatan, tapi tak larat lah pulak. Sudahnya, kami pun bergerak meninggalkan Yongmeori Coast. Kita ke destinasi seterusnya!

Hai kuda..
Entah bunga apa ni..
Let's go!

Destinasi seterusnya ialah Andeok Valley. Aku pun dah lupa apa motivasi kami (lebih-lebih aku ni) nak singgah kat Andeok Valley ni. Maybe pernah nampak kat dalam variety show ataupun drama-drama Korea. Setelah ku Google, keluar lah info yang Andeok Valley ni merupakan salah satu daripada filming locations untuk drama Slave Hunter a.k.a Chuno. Hah! Baru lah aku teringat. Sebab drama Chuno rupanya. Hehe..

Perjalanan dari Yongmeori Coast ke Andeok Valley ni mengambil masa lebih kurang 20 minit. Cumanya mula-mula tu, agak confuse jugak lah nak menghala ke arah mana. Nasib baik pakai GPS bahasa Korea kan, taip dalam Hangeul, terus keluar lokasi. Tapi bila dah sampai tu, agak bingung jugak lah, sebab tak nampak tang mananya lokasi Andeok Valley tu. Dah terlajak ke depan, kami pun patah balik dan berhenti di satu kawasan car park. Tertinjau sana sini baru lah nampak signboard entrance ke Andeok Valley ni. Punyalah besar signboard tu, boleh tak nampak. Huhu..

Ini satu-satunya signboard Andeok Valley. Kena buka mata besar-besar ye. 

Ok, kira ngam lah ni parking di car park ni, kami pun mula menapak turun ke Andeok Valley. Sangat tenang dan mendamaikan kawasan ni. Nak-nak takde orang langsung! Kami berempat je yang gigih masuk ke dalam. Kedengaran bunyi aliran sungai yang slow motion pergerakannya. Bersama burung terbang berkicau-kicauan. Fuhh.. Memang mententeramkan jiwa yang gundah gulana betul lah. Gittew..

Jom turun!
Kena masuk ke dalam lagi..
Sungai yang tak berapa banyak airnya. 

Dah sampai ke dalam, sangat speechless dibuatnya. Memang cantik dan tenang tempat ni. Nak main nyorok-nyorok pun best kat sini. Tapi, bahaya jugak lah kan, kalau kena sorok dengan penunggu valley ni, payah lah pulak kan. :P

Andeok Valley..
Air yang bertakung dari sungai..
Ada small pond. Ke lake ni?
Ada laluan keluar yang lain tapi tak sure menghala ke mana..

Sebenarnya ada air terjun kat sini. Tapi mungkin sebab bukan musim hujan, dan air sungai pun tak berapa nak banyak, makanya tak nampak pun celah tang mana lokasi air terjun ni. Kalau ada, mesti best nak berposing kan.

Ambik gambar banyak mana pun, still rasa tak lawa. Kena tengok depan mata baru puas hati. Overall, aku seronok jugak lah layan blues kat Andeok Valley ni. Tapi, takde lah stay lama mana kat sini, lebih kurang 20 minit je. Banyak lagi tempat kami nak singgah ni.

Bergerak ke destinasi seterusnya. Ke mana? Stay tuned.

To be continued..

0 comments :