Wednesday, March 18, 2015

UMS Peak

Dah 10 tahun kot aku kerja kat sini, tapi ni baru first time aku nak naik UMS Peak! Hampeh betul lah. Aku bukannya apa, cuma tak rajin je nak menapak mendaki bagai ni. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng naik ke atas, memang challenging betul. Hehe..

Tapi hari ni aku gagahkan diri jugak lah. Memang semput, putus nafas aku dibuatnya. Yang semputnya dari jalan besar nak naik sampai ke tangki air tu. Nampak macam senang, jalan tar sepanjang jalan, tapi dia punya darjah kecuraman dia tu, fuh rasa nak merangkak je sampai ke atas. 

Permulaan masuk hutan..



Dalam setengah jam jugak lah aku menonggek ke atas. Bergegar lutut, paha aku pun menggigil-gigil. Selamat sudah cabaran pertama. Cabaran kedua ialah masuk hutan pulak ikut laluan yang ada. Yang ni walaupun jalan tak berapa rata, aku rasa ok lagi sebab tak berapa nak curam. Takde lah sambung monyok menyumpah-menyumpah macam tadi. Hehe..

Tak lah menakutkan sangat kan?

Dalam 15 minit jugak kot baru sampai ke puncak. Berjaya juga akhirnya. Kat puncak ni, kawasannya masih bersemak, dan tak berapa nak luas sangat. Kalau ramai-ramai kat atas ni, rasa agak sempit jugak lah. So, kat atas ni kita ambik gambar komemoratif lah pulak. Gitteww..

Yay! Sampai dah..
Kenapa aku tak join masa ni..

Turun kemain laju. Jalan sampai tak boleh nak break-break. Apa pun, sekali je ni lah kot naik. Kalau nak suruh aku naik lagi, aku akan pastikan aku bawak kereta sampai ke tangki air. Hahaha..

Related Posts:

  • Poring Hot Springs Entah berapa kali entah aku pergi Poring ni. Asal ada kaum kerabat, besprenzz, geng karatz dan yang sewaktu dengannya datang ke KK ni mesti nak kena bawak jalan-jalan ke sini. Kat KK tu bukannya ada apa sangat kan.  … Read More
  • Kembara Off-Road SK Magandai Tak pernah seumur hidup aku terfikir nak ikut kembara off-road macam ni. Almaklumlah aku ni jenis yang lemah lembut sopan santun. Tak sesuai nak ikut aktiviti lasak. Hah.. Chitpoodah sangat lah kan. Terjadinya kembara of… Read More
  • Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu.. Kali ni aku pergi sebab na… Read More
  • Mabul Island 4D3N Getaway Mereng. Siapa mereng? Aku lah yang mereng. Baru je balik dari Jepun, tak sampai 3 hari duduk kat rumah, aku dah terbang lagi merewang. Mereng tak mereng, senget tak senget, lain cerita. Yang penting kita enjoy. Sementara bo… Read More
  • Basah Kuyup di Pulau Manukan Degil. Langit hitam, cuaca sendu, angin tak berapa nak sepoi-sepoi, tapi degil. Mengada-ngada jugak nak pergi pulau kan. Rasakan! Memang padan muka. Salah timing kami datang ni. Tapi belasah je lah. Mudah-mudahan tak hujan. … Read More

0 comments :