Monday, April 21, 2014

Chaiwalla & Co. Container Cafe, Johor Bahru

Katanya tempat ni dah dibuka sejak 2012. Tapi kenapa aku tak tau? Sebab aku orang JB yang tak duduk kat JB dan tak sempat nak pi ronda-ronda gitu. Hehe.. Bila geng makan ajak keluar mengexplore tempat-tempat makan kat JB ni, memang aku tak tolak punya lah. 

So Chaiwalla & Co. Container Cafe. Kenapa container cafe? Sebab it's a cafe operated using a container! Siapa pernah terpikir? Aku tak pernah. :P Memang unik lah kan. Aku pun baru first time tengok. Kat luar negara mungkin dah banyak dah cafe serupa macam ni. Tapi kat Malaysia baru first time aku nampak. Tapi aku tak tau lah kan kalau kat other parts of Malaysia dah buat dah this style of cafe. 


Unik khennn??

Chaiwalla. Terus aku teringat cerita hindustan. Chai maksudnya teh, walla tu something like 'orang' lah kan. Yang membuat sesuatu kerja. Aish susah lah nak explain kot. Haha.. So Chaiwalla ni kalau direct translate jadi Orang Teh lah kan? Tak pun Pembuat Teh? Pembancuh Teh? Penghidang Teh? Ahh lebih kurang lah tu. :P 

Walaupun ceritanya tentang teh, aku memilih untuk minum kopi. Kopi kat sini menggunakan biji kopi dari Vietnam gitu. Keless ko kemain jauh. So, macam mana nak order? Tengok menu kat dinding tu then pilih satu-satu from each kotak, Base apa, Flavour apa, Topping apa, Sweetness apa. Gitteww!!

Sila order..

Walaupun kat base tu tulis coffee je, kita boleh mintak milk coffee jugak. Tak ada masalah. Aku ni kalau minum kopi mesti nak perisa vanilla. Dah kena sumpah dengan Jongjin kan. Dok pulun Vanilla Latte je kat MoBit sana, makanya kat sini pun aku nak minum Vanilla Latte jugak. Disebabkan takde vanilla latte, paling dekat yang aku boleh pilih ialah vanilla flavoured milk coffee. BOLEH? Boleh bah kalau kau.. Topping aku tak mintak ler, macam pelik je nak minum kopi dengan topping. And the sweetness make it 50% yeahhhhh.. Habis cerita mengorder!

Tu kopi Vietnam tin warna merah tu..

Walaupun tak ramai orang, aku perasan service dia agak slow lah jugak. Nasib baik aku tak tergesa-gesa. So duduk je lah menunggu. Dah dapat tu, memang sedap lah aku menghirupppp. Duduk lepak-lepak kat tengah panas ni, tepi kontena. Tak pernah dibuat orang kan. 

Our order..



























Overall, tempat ni unik, strategik, dan best lah untuk lepak-lepak. Tapi tak banyak tempat duduk sebab kontena je pun. Siang-siang dah meriah. Malam lagi lah. Nak-nak ada Bazar Karat lagi kan. So, kalau nak rasa lepak lama-lama datang lah time dia baru nak bukak kontena. Hah tapi jangan lah pulak datang pagi-pagi buta sebab kontena ni bukak pukul 12 tengahari. Hehe..

Address: Lot 2810, Jalan Tan Hiok, 80000 Johor Bahru
Operating Hours: Sun-Thurs 12:00-00:00; Fri-Sat 12:00-01:00

Related Posts:

  • Banafee Village, Johor Bahru Staying at Hotel Selesa, aku berpeluang untuk menjengah ke Banafee Village. Tempat melantak lah youuu.. Locationnya, satu jalan yang sama dengan Hotel Selesa iaitu Jalan Abdullah Tahir. Kalau jalan kaki ada kot dalam 8-10 m… Read More
  • Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2012 Yosh.. Inilah antara sebab kenapa aku balik raya awal. Sebab event ni lah. Balik raya awal, tapi ada kerja for the next 4 days. Kill two birds with one stone lah kiranya ni. Hari ini datang lagi. Majlis penutup Infosys F… Read More
  • Festival Inovasi & Kreativiti UTM Forgot to story the mory. Aku berkesempatan pergi ke Festival Inovasi dan Kreativiti UTM sempena short trip back home hari tu. Konon-kononnya nak bertenggek kat perkarangan festival tu seawal pukul 7 pagi sebab nak tengok s… Read More
  • Hotel Selesa Johor Bahru Aku berkampung 5 hari kat sini sepanjang Benchmarking Visit tu. Hotel ni letaknya kat Jalan Abdullah Tahir, off Jalan Tebrau. 5 minutes drive from bandar JB. About 10 minutes drive from Johor CQI. Senang je nak cari. Memang… Read More
  • Johor Premium Outlet Semua orang bercerita tentang JPO. Especially geng-geng yang ada kat Johor ni. Masa mula-mula dengar tu, aku tertanya-tanya jugak menatang apakah JPO tu. Sengal sungguh kan? Punyalah tak terfikir yang JPO tu Johor Premium Ou… Read More

0 comments :