Thursday, April 17, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Final Day: Osaka to Kansai Airport

Monday, 28th January 2013

Hari terakhir, flight balik Malaysia pukul 4.30 petang, makanya kami tak ke mana dah hari ni. Seluruh pagi, masa dihabiskan untuk mengemas, mempacking dan segala mem lah. Dah tu pening pikir macam mana nak pikul barang banyak-banyak ni. Takde buat aktiviti shopping mana pun, tapi entah kenapa beg semakin berat. 

Check out pukul 11 pagi. Macam dihalau-halau je kami ni. Tak boleh lambat satu minit pun. Sungguh tak user friendly pakcik hostel ni. So, dari hostel kami menapak ke Shinimamiya Station. Kami terus pergi ke platform untuk Airport Train ~ agak jauh sikit lah nak menapaknya. Shinimamiya Station ni ada dua bahagian. Satu route yang biasa untuk pergi pusing-pusing Osaka, dan satu lagi khas untuk ke airport. Kena tengok betul-betul.

Oleh kerana JR Pass kami dah expired dah semalam, dah 7 hari dah kami pakai, makanya hari ni punya tiket terpaksalah keluarkan duit. One way ke airport berharga JPY890. 

Tiket train..



Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Shinimamiya ke Kansai Airport. This is it. Nak balik dah! Huhuhuh.. Berjalan lah masuk ke dalam Terminal. Dah masuk tu kena tahan dengan polis lagi, kena interview lagi. Strict betul lah mereka-mereka ni. Dah selesai interview kami terus pergi ke kaunter check in. Dah habis check in, jalan-jalan merewang kat airport, kena tahan lagi dengan polis. Ni polis lain pulak. Haha hadoii.. Kami terus cakap dah kena interview dah tadi. Terus polis tu terpinga-pinga and kata ok ok. 

Masuk terminal..

Dilarang bawak ketam? Hahaha.. Jangan sampai tersepit kat pintu ye.. 


Dah tu kami mencari benda yang boleh dimakan. Masuk lah restoran sushi. Macam semalam jugak, kami pilih yang murah-murah dan kongsi-kongsi. Hehe.. Settle bab makan, pi solat dan terus masuk ke departure hall. Nak tau tak? Kat dalam departure hall ni lagi best souvenir-souvenir yang dijual. CHAITT~!! Kat sini baru nampak t-shirt I LOVE JAPAN bagai, keychains and fridge magnets. Bookmarks pun ada. Ni lah baru dikatakan souvenir! Yang kat Namba semalam tu entah souvenir hapa tu. Huhuhu.. So kita shopping-shopping lah kat sini. 

Lunch..

Masanya dah pun tiba. Time to go home! It has been a wonderful journey here in Japan for 10 days. Nanti kita datang lagi ye! Siapa nak ikut?

Balik kampung! O o ohhh balik kampung!!

Habis dah! Entri yang seterusnya akan kubuatkan summary dan kos perbelanjaan secara keseluruhan. Tunggguuuuuuuuuuuuuuu....



Kos perbelanjaan hari ni:-

Tiket Train = JPY890.00
Lunch = JPY400.00
Souvenirs = JPY600.00

TOTAL = JPY1890.00

Related Posts:

  • Konnichiwa Japan! ~ Day 2: Nara - Nara Park, Todaiji Temple, Higashimuki Shopping Street, Kobe - Masjid Kobe, Sunday, 20th January 2013 Hari kedua menghirup udara Jepun. Nyamannya. Tihihihi.. Mengada-ngada sungguh. Nyaman tu memang nyaman lah kan. Tapi suhunya. Ya ampun. Memang sangat bertabah. Bahana gedik sangat beli tiket fli… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Prologue Hallu! Saya baru balik dari merewang-rewang di Jepun. Yayy!! Macam tak percaya pun ada. Dah banyak dengar cerita orang, nak ke Jepun susah. Nak deal dengan visanya lah, dengan rate currency yang tinggi lah, harga barang yan… Read More
  • Miyagi Guesthouse, Sendai Kat Sendai. Kami stay kat sini untuk satu malam. Namanya Miyagi Guesthouse. Kami sampai Sendai dah malam dah. Tak ada lah malam mana pun baru pukul 6 lebih je sebenarnya tapi disebabkan winter time, dah malam sangat dah ras… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Kick Off Entri edisi jalan-jalan ke Jepun akan bermula tak lama lagi. Sebelum tu aku bagi sneak peak sikit lah, ke mana aku merewang selama 10 hari kat negara matahari terbit tu. Merewang sampai muntah.. Tungguuuuuuuuuuuuuuu… Read More
  • New Koyo Hotel Tokyo Ketika jalan-jalan di Tokyo, kami memilih untuk tinggal kat New Koyo Hotel. Boleh dikatakan antara tempat tidur yang agak murah lah kat Tokyo ni. Murah bila dicompare dengan harga tempat-tempat tidur yang lain lah. Kalau ha… Read More

0 comments :