Thursday, April 3, 2014

Dynamic Busan ~ Summary

Yeah! Entry yang dinanti-nantikan gitu kan. Mari kita rumuskan sikit tentang trip 7 hari 6 malam kami di Busan dan Gimhae ni. Boleh lah kot nanti dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak ke sana.

Busan from Busan Tower


Secara rumusannya, berikut adalah tempat-tempat yang kami pergi (mengikut turutan abjad):-

Busan
40 Steps of Culture
Beomeosa Temple
BIFF Square
Bokcheon Museum
Bokcheon Ancient Tomb
Busan Cinema Centre
Busan Cinema Studios
Busan Mosque
Busan Museum
Busan Station
Busan Tower
Busan Yachting Center
Cappadocia Turkish Restaurant
Dalmaji Road
Dongbaek Island: APEC House
Dongnaeeupseong Fortress
Gamcheon Culture Village
Gukje Market
Gwangbok-ro Fashion Street
Haedong Yonggungsa
Haeundae Beach
Haeundae Market
Haeundae Station
Jagalchi Market
Jang Yeong Sil Science Garden
Miss Egg Hostel
Pusan National University
Seomyeon Station
Shinsegae Centum City
Taejongdae: Observation Deck, Sinseon Rock, Yeongdo Lighthouse
UN Memorial Cemetery
World Musical Instruments Museum
World's Mystery Library
Yongdusan Park

Gimhae
Bonghwadong Ruins
Casablanca Restaurant
Daeseongdong Tombs Museum
Gimhae Central Market
Gimhae International Airport
King Suro's Tomb
Queen Hwang-ok's Tomb
The North Gate of The Wall of Gimhae


Ada beberapa tempat tu kami pergi dua tiga kali sebab mental. Hehehe.. Dari segi perbelanjaan pulak, boleh dirumuskan seperti yang kat bawah ni. Kesemua perbelanjaan ni setelah dibahagi sama rata antara kami 2 orang. Perbelanjaan yang dikongsi bersama lah. Souvenir dan benda alah lain yang aku gataii beli tak termasuk sekali. Tu dikira sebagai perbelanjaan sendiri.

Guesthouse (6 malam) = KRW162,000
Makan Minum & Jajan = KRW79,900
Entrance Fees = KRW8,500
Transportation = KRW30,500
EG Simcard = KRW20,000

Souvenirs & other misc = KRW23,000 (Souvenirs & Postcards) + KRW14,200 (Food) + KRW92,000 (Books & CDs) + 70,000 (Skin Products) = KRW199,200


TOTAL = KRW500,100 ≈ RM1475.30 (Rate semasa = RM2.95)


Tiket penerbangan pergi balik dari KL ke Busan pulak RM443.00 termasuk luggage 20kg. Tiket penerbangan dari KK ke KL pulak aku tak ingat berapa. So malas nak masukkan sekali. Hehe.. Makanya, perbelanjaan keseluruhan ialah RM1918.30. Kalau abaikan segala benda-benda merepek hasil shoppingan tu tinggal RM1330.65 je.

RM1330.65 all in selama 7 hari boleh dikatakan murah jugak lah. Tapi boleh dapat murah lagi dari tu, sebabnya kami duduk kat guesthouse yang agak mahal di Haeundae iaitu KRW27,000 seorang untuk satu malam. Kalau pergi ke area Busan Station boleh dapat KRW18,000 - KRW20,000 untuk satu malam. Dah boleh jimat banyak dah. Tang makan minum dan jajan merepek-repek tu pun boleh dikurangkan lagi. Banyak nau makan jajan kami ni. Hehe.. Kalau jenis bukan hantu internet boleh jugak skip simcard tu. Jimat lagi KRW20,000. Trip ke Busan ni memang aku dah plan nak beli barang. Makanya, terlebih banyaaaaaak lah perbelanjaan aku ni. Huhuhu..

Secara keseluruhannya, Busan sangat best sebab kebanyakan tempat tarikan pelancong tak dikenakan entrance fees. Yang kena bayar setakat yang kami pergi ni cuma Busan Tower je. Lain-lain FOC! Best gilakk!! Lagi pulak, siapa yang suka sejarah, culture dan nature macam aku ni memang sesuai lah datang sini. Bab shopping pulak agak kureng bagi aku sebab kat Seoul macam lagi murah gitu. Tapi entah lah, aku ni bukannya kaki shopping pun. Hehe..

Okeh! Dengan ini secara rasminya entries Busan - Gimhae Trip is completed! 

0 comments :