Wednesday, January 7, 2009

Cerita Hari Ini..

Pagi tadi aku bermeeting PLUMS. Pening betul aku dibuatnya. Nasib baik settle dah semua. Boleh la semester dimulakan dengan tenang dan jayanya. Ya meh? Poyo je la aku ni. Tahun-tahun lepas berserabut je aku tengok. Kekeke.. Hopefully ok laa sikit tahun ni. Subjek yang dioffer pun tak banyak. Boleh relaks-relaks.

Tengahari aku skipped lunch. Aku dah disumbat dengan nasi lemak time meeting tadi. Tak larat ohh nak makan lagi. Banyak kalori pula nak kena bakar nanti. (Tengah try nak diet kalori macam K Awa.. ngehngehhh..) Jadinya aku menghabiskan masa aku berborak dengan si Kelly. Macam-macam la cerita yang keluar. Dari bab shopping ke bab geli-geli (hehehe..) ke bab makan.

Belum pukul 4 perut aku dah menyanyi. Tension betul jadinya. Aku ni kalau tengah lapar satu kerja apa pun tak boleh buat. Dah mula fikir-fikir nak makan apa balik nanti. Nak masak punya lah malas. Buang karan je. Nak beli pun malas. Dah la mahal, tak sedap pulak tu. Banyak betul alasan. Kelly suggest aku masak sup sayur. Diet punya pasal lah kan. Tapi ku pikir-pikir ada lagi sebuku nasi impit dalam peti ais aku tu. Tak tau nak buat apa. Kelly pun suggest lagi sekali buat lontong goreng. Humang aihh.. Aku tau lontong goreng ni agak femes lah kat Johor and Singapore, tapi tobat aku tak tau rupanya macam mana. Kelly kata buatnya macam buat mi goreng jugak. Perencah semua sama cuma instead kau masukkan mi, masukkan laa nasi impit yang dah dipotong-potong tu. OIC.. Baru lah aku paham. Tapi still tak boleh imejin rasanya macam mana. Nasi impit = nasi. So lontong goreng = nasi goreng versi gedabak la kan? Hahaha.. Betul laa tu agaknya. Kira lebih kurang la kan?

Jadinya balik tu aku try test lah. Buat lontong goreng ni. Tapi biasalah, kalau tengah malas tu aku main campak je apa yang ada dalam peti ais, masuk dalam kuali. Hasilnya:-


Mamma Mia!!

Huh, walaupun hasilnya nampak tak senonoh sikit, sedap jugak ye rasanya. Nikmat tak terkata. Hahaha.. Masuk bakul angkat sendiri lah! Alhamdulillah, kenyang aku malam ni.

Time belek-belek bahan dalam peti ais aku nampak tempe aku yang tak terbela tu. Kesian dia. Jadinya aku kerjakan dia buat sambal goreng. Apa itu sambal goreng? Hurmm.. Makanan orang Jawa Johor. Tak tau la Jawa tempat lain ada makanan ni ke tak. Ada kot? So bahan-bahan untuk sambal goreng ni senang je. Lain orang lain caranya. Ni aku tunjuk cara Cik Sengal. Bahan-bahannya kentang, tempe, tauhu, paru lembu, dipotong nipis-nipis dan digoreng asing-asing. Aku tak berapa gemor tauhu so tettt! Takdenya aku nak joinkan masuk korum. Paru lembu pun kat sini susah nak cari so aku substitute dengan pedal ayam. Fuh.. Mengancam tu! Then, bahan-bahan lain bawang merah, bawang putih dihiris nipis-nipis buat menumis. Cili padi buat penyedap rasa, lagi banyak lagi kaw-kaw. Suhun yang dah direndam dan last but not least, kicap.

Cara-caranya? Tumis bawang-bawang + cili padi, masukkan semua bahan yang digoreng, masukkan suhun, masukkan kicap. Gaul sehingga sebati. SIAP! Senang je kan?


Sambal Goreng Cik Sengal..

Walaupun rupanya tak la semenggah mana dan tak berapa cun, rasanya memang best. Boleh dimakan dengan nasi, nasi impit, or macam tu je. Cuba lah!


*Akan ku promote makanan Johor from time to time. Lepas ni apa pulak ye? Mi Rebus? Mi Bandung? Laksa Johor? Lontong? Warghhhh.. Meleleh dah air liur aku.

Related Posts:

  • Lontong CikSengal Dah lama mengidam nak makan. Kalau duduk kat JB nun, maunya aku lari je ke gerai Pakcik Mansor. Tapi kat KK ni mana nak cari? Buat sendiri lah kan. Gigih godek internet cari resipi, sebab aku tak pandai nak buat. Makan j… Read More
  • Businesswoman Konon Atas permintaan ramai (wah keless ko nyah..) aku pun buat lah beberapa tapau. Meniaga lah ni kononnya. Tapi aku buat pun atas permintaan. Sebelum buat aku announce dulu kat fesbuk. Sapo nak soto besok sila bagitau. Bila dah… Read More
  • Mari Memasak Tteokbokki Godek recipe kat internet, modify here and there and voila!! Tteokbokki versi Cik Sengal Rupa takde. Tapi rasa dia, PERGGHHHHH!!! Sedap. Sedap.. … Read More
  • Laksa oh Laksa Dah berapa minggu ni aku teringin nak makan laksa. Cari kat PaRam tak ada lah pulak. Hurmm.. Nak kena masak sendiri lah macam ni ye? Pusing-pusing aku pergi mencari mi laksa. Entah berapa kedai aku masuk. Dah berapa hari… Read More
  • Cerita Soto Aku Soto.. Soto.. Siapa sini peminat Soto? Yosshhh!! Boleh geng dengan aku ya. Tapi yang aku minat ni Soto yang aku buat sendiri lah. Sedap weh!! Motiplah kau perasan Soto kau sedap? Soto yang dijual kat kedai around KK ni aku … Read More

7 comments :

sitinurulhawa said...

yatt, sejak jaga kalorie ni, mcm2 resepi akak cuba. seronok gak. kat sana lagila best kan, sayur dia segar bugar.

tringat la dulu balik dari sana bawak pelam ngan brokoli. siap kirim ngan dr rose tu haha. brokoli kundasang sedappp sgt,

sitinurulhawa said...

eh eh... dah start polish skill masak makanan Johor ke? bagus! bagus!

Misako said...

yaatt.. nak resepi mee rebus.. nampak sedap jer lontong gorent.. yummy..!

CikSengal said...

k awa,
Macam-macam di try test ye. Dah lama tak pegi pasor kat sini. Parking dah semakin terhad. Leceh sangat-sangat.

Ehem.. Begitu lah adanya. Polish sikit-sikit. Praktis selalu biar dapat rasa yang paling kaw-kaw sekali. Haha..

CikSengal said...

Misako,
Ehehhhh.. Takde lah resipi nye akak oi. Hehehe.. Nanti tunggu cik kak bernama Kelly tu bagi resipi. Nanti kita try sama-sama ye!

Mimi said...

Ms.Yatt... i vote for laksa johor! heheheh... btw, hari tu nampak Ms.Yatt, wahhh... slim suda ooo... peewitt... hehe... share2 la resipi makanan kurang kalori ni...

CikSengal said...

Mimi,
Kurus ekk? Hehehe.. Ni bertambah semangat nak kurus lagi. Wokeh. Laksa Johor this weekend! :p