Friday, March 27, 2009

Maulidur Rasul 2009

Penat dan seronok! Itu kot yang aku boleh describe hasil daripada 'berjalan jauh' pagi tadi. Sebenarnya tak lah sejauh mana. Saja je exaggerate cerita bagi gempak sikit. Hehe..

Hari ini, kami warga U berarak sempena Maulidur Rasul. Dari perkarangan Masjid sehinggalah ke Dewan Canselor. Kesemua sekolah, jabatan dan kolej kediaman terlibat. Masing-masing dengan gaya dan fesyen masing-masing. Bermacam-macam warna. Meriah betul. Warna tema kami tahun ni warna ungu. Malatop kaauuu.. Dengan selendang siap 'awning' lagi. Fuh.. Seumur hidup aku tak pernah aku pakai tudung ada awning ni. Ini lah first time. Dan barangkali ini lah juga last time aku akan pakai tudung macam ni. Hahaha..


Tengah semangat nak berarak ni..


Kemain seronot dia dikelilingi aweks-awekss..

Acara dimulakan dengan penilaian sepanduk dan kontinjen. Kemudiannya berarak ke dewan, sedikit refreshment dan seterusnya masuk ke dalam dewan untuk ceramah sempena Maulidur Rasul. Semalam ketika taklimat, aku terkedu ketika membaca nama ustaz yang memberi ceramah tu. Ustaz Nicholas Sylvester. Macam salah acara kan? Tapi betul lah tu. Memang itu lah nama dia.


melepaskan penat selepas berarak..


with k sal.. seriously, aku tak suka pakai tudung awning ni..

Di dalam dewan, aku agak terganggu jugalah dengan perjalanan program. Dengan pengacaranya yang banyak kali tersasul. Dengan keadaan acara yang sedikit kelam kabut. Macam tak ada persediaan. Mungkin kali pertama agaknya mereka melibatkan diri. Dimaafkanlah! (Padahal dalam dewan dah kutuk habis. Hahaha).

Acara ditutup dengan persembahan nasyid, penyampaian hadiah dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Sepatutnya persembahan nasyid dahulu sebelum ceramah, tapi bila dijemput ke atas pentas, penyanyi-penyanyi nasyid ni tak muncul-muncul. Macam lawak pun ada. Dua kali announce, dua-dua kali juga tak muncul. Terpaksa diteruskan juga dengan ceramah. Selepas habis ceramah baru lah ada persembahan nasyid tu. Rupanya student yang membuat persembahan nasyid tadi tu baru habis mid-term. Tu sebab mereka lambat. Hahaha.. Macam-macam. Dah nak final exam dah. Baru buat midterm? Siapalah lecturer tu. Hehehe..

Penyampaian hadiah? Kami tak menang apa-apa. Kebanyakannya dibolot oleh Jabatan Pendaftar dan Bendahari. Tak apalah. Tahun depan ada lagi. InsyaAllah..

Related Posts:

  • Baling-baling Boling It's that time again. Kita main BOWLING!! Heheheh.. Sempena Hari Keluarga SKTM sebenarnya. It was quite funny juga lah. Sebabnya, no pilih-pilih team sendiri. Kena cabut nama. Gasak!! Dan tergelak besarlah aku bila diletakk… Read More
  • SKTM Family Day Hahaha.. Sakan sungguh aku ni. Sampai tak menyempat-nyempat nak buat benda lain. Baru je habis meroyan di Family Day aku dah menconteng kat sini. Al kisahnya, hari ni kami berfamily day. Tak jauh mana pun. Di ODEC je. Tahun… Read More
  • Our Newsletter Sudah terbit rupanya buletin kami yang pertama ni. Aku tak pasti la pula sama ada yang pertama untuk tahun ni atau yang pertama dalam seumur hidup SKTM ni. Yang pastinya, ini kali pertama aku nampak buletin seumpama ni sepan… Read More
  • Maulidur Rasul 2009 Penat dan seronok! Itu kot yang aku boleh describe hasil daripada 'berjalan jauh' pagi tadi. Sebenarnya tak lah sejauh mana. Saja je exaggerate cerita bagi gempak sikit. Hehe.. Hari ini, kami warga U berarak sempena Maulidu… Read More
  • SKTM's Family Day Hari ni SKTM buat family day kat Lagoon Park Karambunai. Aktiviti start 7.30. Tapi bisala janji melayu. Aku pon pukul 8.30 baru sampai. Hehehe.. Sampai sana orang pun tak ramai lagi. Konon2 pagi2 ada senam robik. Tengok oran… Read More

4 comments :

Anonymous said...

yatt...hehehe...lawo tudung...;p

CikSengal said...

alahai nom.. rimas aku pakai tudung ni.. abis berarak je aku balik umah tukar tudung.. hahaha..

sitinurulhawa said...

apesal tak de gambor Ustaz Nicholas Sylvester tu?

CikSengal said...

jauh giler nak snap gambo.. dah abis zoom pun still tak bley nak nampak muka dia.. :p