Sunday, January 25, 2009

Project Time!

24/5/2008
Cerita Infosys Hari ke-8
48 Days to go..


Dah habis belajar, kena buat projek la pulak ye. Malas tahap gaban betul. The project? Group project lah. 4 orang dalam satu kumpulan. Senang je ahli-ahli kumpulan ni dibahagi-bahagi. Ikut turutan nama je. Aku pun nak buat macam ni lah dalam kelas nanti. Tak payah budak-budak nak cari group sendiri. Biar padan muka diorang! Kalau disuruh cari group sendiri, confirm buat dengan geng-geng. Lepas tu adalah yang merungut tak buat kerjalah, apa lah. Menyusahkan pulak jadinya.

Projek yang dibangunkan ni melibatkan C programming yang simple je. Sistem sempoi yang bernama Sterling Automation Courier Service. Tapi kerjanya banyak gila. Walaupun dibahagi-bahagikan tugas, bebannya maha dahsyat. Rimas aku jadinya. Bukan setakat nak tulis program je. Nak debug satu-satu. Harus muntah hijau aku. Seharian kami duduk di lab buat kerja. Tak cukup siang, malam pun sambung lagi. Aku confirm, security GEC tu rasa pelik tengok budak-budak Malaysia ni kok rajin sangat. Aku ni bukannya rajin, sebab lemau bab-bab programming ni. Kenalah ambil masa sikit. Tapi, kalau ikutkan lama-lama boleh jadi sewel macam ni.

Sampai satu tahap tu aku jadi teramat lah bosan. Sakit kepala tengok coding. Besok-besok je lah sambung. Balik hostel tidur lagi best!

Related Posts:

  • First Time Di saat aku merepek ni, aku berada di Labuan. Lebih tepat lagi, tengah tergolek-golek dalam surau airport Labuan sambil main internet. Nasib baik aku bawa mambang kunen ku bersama-sama. Kalau tak, mati kutu lah aku kat sini.… Read More
  • Infosys Reunion Umat-umat yang berjaya menyepockan diri untuk Infosys. See you guys in Melaka this May! … Read More
  • Korea ehhh.. KL, Here I Come! Tersengih-sengih aku atas flight tadi. Mana taknya, terbuntang dengan besarnya mata aku melihat adik beradik Boys Over Flower menaiki pesawat. Hahaha.. Bukan BOF betul-betul. Kaum kerabat mereka lah. Cuci mata betul. Rupa-ru… Read More
  • Test SengalAku dah pernah experience test sengal ni tahun lepas. Tahun ni, anak-anak buah aku pulak yang experience. Memang sengal ya amat. Punya lah berbelit soalannya. Macam-macam aksi dah budak-budak ni buat sepanjang menjawab seoala… Read More
  • Melepak.. Aku sedang melepak lagi. Kat KKIA. Sementara menunggu flight ke KL. Asyik berjalan je aku ni kan? Sabtu ni balik JB pulak. Tapi bukan dari KL ye. Dari KK. Hahaha.. Bengong jadinya. Pergi KL buat apa? Bengkel Infosys. Nasib … Read More

0 comments :