Monday, January 12, 2009

Apa Dah Jadi?

Malaysia Bimbang Terhadap Kemelut Satyam

CHENNAI, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia telah melahirkan kebimbangan terhadap isu penipuan kewangan syarikat gergasi komputer India, Satyam kerana ia boleh menjejaskan operasi seluruh dunia, termasuk di Malaysia.


Satyam Computer Services iaitu syarikat penyumberan luar perisian, mempunyai jumlah pekerja yang ramai di Cyberjaya.


"Perkara ini masih belum selesai, syarikat masih tidak mampu memberikan gambaran jelas mengenai arah tujunya tetapi statusnya pada masa ini sudah pastinya menjadi isu.


"Kita bimbang mengenai arah tuju syarikat seterusnya kerana ia akan memberi kesan kepada kehadirannya di Malaysia," kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam kepada pemberita di luar persidangan Pravasi Bharatiya Divas ketujuh yang berakhir di sini, Jumaat.


Satyam, syarikat perisian keempat terbesar di India, yang ditubuhkan oleh usahawan B. Ramalinga Raju, merudum ke kancah kewangan minggu lepas, selepas beliau mengaku memalsukan angka sehingga Rs7,000 crores (RM3.5 billion) sejak lima tahun lepas.


Dalam satu langkah dramatik berlaku malam Jumaat, Ramalinga dan saudara lelakinya B. Rama Raju, ditahan polis kerana penipuan melibatkan jutaan dolar. Ia juga merupakan skandal kewangan terburuk melanda India.


"Bila saya kembali ke Malaysia, saya akan membincangkan dengan Satyam di sana untuk melihat sama ada mereka mempunyai sebarang arahan mengenai arah tuju masa depan syarikat.


"Tetapi, sudah pastinya kita akan melihat isu ini secara serius bagi memastikan yang penggunga syarikat di Malaysia dan kebajikan pekerja diambil kira," kata Subramaniam.


-- BERNAMA



What the hell happened? Baru je aku berjinak-jinak dengan Satyam ni. Dah jadi macam ni. Seriau pulak rasa. Nampak gaya, takde peluang laa aku nak ke India lagi. AS IF!! :p

Related Posts:

  • Berubah Haluan? Ketika cuti raya, aku diberitahu bahawa aku akan dihantar berkursus di KL. Sukanya, sampai melompat-lompat kegirangan. Mana tak suka, aku dapat keluar berjalan-jalan. Sambil menyelam, minum air. Ye tak? Then, after I got bac… Read More
  • I'm Baaackk!! Sampai juga aku di KK akhirnya. Suka betul aku. Tak pernah-pernah rasa macam ni. Kalau tidak, maunya muncung aku ni panjang sedepa bila pikir nak balik KK. Entah kenapa kali ni seronok betul. Hahaha.. Ada benda yang menarik … Read More
  • Apa Dah Jadi? Malaysia Bimbang Terhadap Kemelut Satyam CHENNAI, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia telah melahirkan kebimbangan terhadap isu penipuan kewangan syarikat gergasi komputer India, Satyam kerana ia boleh menjejaskan operasi seluruh … Read More
  • We're The Satyamese Yeah. Satyamese. Macam kucing siam bunyinya kan? Tapi tak apa lah. Janji, working again with the Indians. Warghagahwghgaa.. Boleh muntah hijau macam ni. Anyways, we're stuck here for 5 days di APIIT, Techno Park. Aku stay d… Read More

4 comments :

yantie said...

Rasuah dan India tak dapat dipisahkan

Anonymous said...

k.yatt setia ngn infosys je lah.. hehe :D

CikSengal said...

k yantie,
Yep. Masa hari tu kat india, nak masuk ke negeri lain pun kena roadblock. Lepas bayar orang kat situ baru dia bagi lepas. Teruk lah!

CikSengal said...

emmy,
Itu la kan. Sebenarnya ada nak kena buat report untuk Satyam ni. Tapi macam malas je bila dengar-dengar gini jadinya. Kehkehkeh..