Sunday, 8th February 2015
Kita kira hari ni hari kedua lah ek, edisi jalan-jalan sekitar Mumbai. Malam tadi kononnya dah survey dah sikit-sikit tentang attractions yang ada kat Mumbai ni. Makanya, hari ni kita try lah pergi ke tempat-tempat ni semampu yang boleh. So, dari Mumbai Central Station, kami naik train dan turun di Churchgate Station.
Sebelum keluar tu kami tanya tentang teksi untuk ke airport dari guesthouse ni pada hari terakhir nanti. Tuan guesthouse kata teksi sentiasa ada 24 jam. No worries katanya, Mumbai never sleeps. Bila dia dah kata macam tu, kami pun mengambil keputusan untuk tambah satu malam lagi duduk kat guesthouse ni. Kisahnya, flight kami pada 12 Februari nanti pada pukul 6.10 pagi. So nak check out siap-siap lah kononnya pada 11 Februari tu, dan lepas tu overnight kat airport je sementara menunggu flight pagi. Tapi bila pikir nak check out awal, dah tu nak tinggal beg yang bertimbun, pastu nak pergi jalan-jalan lagi, macam tak berbaloi je. Makanya, tambah je satu malam lagi, dan kami akan bergerak ke airport pada pukul 12 malam atau 1 pagi je.
|
Dapat port tepi pintu.. Alhamdulillah tak tergolek keluar.. |
Ok, back to cerita tadi, Churchgate Station ni merupakan stesen keretapi terakhir pada aliran Western Line. Lokasinya hanya 4 perhentian sahaja dari Mumbai Central Station dan tambangnya pulak cuma INR5. Churchgate Station ni mendapat namanya dari nama jalan yang bernama Church Gate Street. Ceritanya dulu, Mumbai ni merupakan sebuah bandar yang dikelilingi dengan tembok dinding. Like a fort, you know? Ada tiga pintu utama untuk keluar masuk Mumbai ni dan salah satu pintu ni guess what namanya apa. Yep, Church Gate. Hehe..
Ni cerita dulu-dulu lah. Sekarang Church Gate tu dah takde dah. Tembok, gate, semua dah dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Sayang kan? Kalau masih ada, memang boleh posing sakan kat depan tu.
|
Platform di Churchgate Station.. |
|
Di dalam Churchgate Station.. |
Kalau siapa-siapa teringin nak tengok 'Dabbawala' in action, boleh lah datang ke Churchgate Station ni setiap hari Isnin hingga Jumaat lebih kurang pukul 11 pagi ke 12 tengahari. Exact time tu aku tak berapa nak pasti, tapi boleh je standby kat situ. Tau ke idak Dabbawala ni apa? Ha, nanti aku cerita dalam next entry. Sementara tu boleh lah Google dulu kan, cari info tentang Dabbawala ni. Hari kejadian ni tak dapat nak tengok sebab masih awal lagi. Besok kami akan datang lagi ke sini.
Kami keluar dari Churchgate Station dan berjalan kaki menuju ke Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya, muzium utama yang ada di Mumbai ni. Nak buat macam mana lagi kan, kami ni memang suka pergi muzium. Lebih kurang 1 km jugak lah jarak jauhnya muzium ni dari Churchgate Station. Macam jauh je, tapi sebenarnya ok je kalau jalan perlahan-lahan. On the way nak ke sana tu, ada beberapa tempat menarik jugak lah yang boleh disinggah dan diambil gambar. Takde lah terasa boring, lama dan penat.
Sambil berjalan tu, landmark pertama yang kami passed by ialah statue Sir Dinshaw Wacha yang letaknya berdekatan dengan Churchgate Station. Bila ada statue macam ni, straight away kita akan tau orang ni mesti seorang yang terkenal dan agak prominent pada suatu masa dulu. Dah balik tu baru aku Google dia ni siapa. Hasilnya, dapat lah pengetahuan baru yang Sir Dinshaw Wacha ni merupakan salah satu founders of Indian National Congress, antara parti politik terbesar di India.
|
Statue of Sir Dinshaw Wacha.. |
Jalan ke depan sikit, kat bahagian kiri jalan ada Cross Maidan Garden dan seberangnya pulak ada Oval Maidan. Maidan ni kalau ditranslate jadik "tempat bermain". Biasanya diorang akan main kriket dan bola sepak kat sini. Cross Maidan ni mendapat nama daripada batu salib yang diletakkan di hujung taman. Kawasan dalam Cross Maidan Garden ni agak besar lah jugak. Tapi kami tak masuk ke dalam, sekadar sekodeng dari luar je.
|
Pintu masuk ke Cross Maidan Garden.. |
|
Oval Maidan.. |
Di satu sudut Cross Maidan Garden ni letaknya sebuah telaga yang bernama Bhikha Behram Well. Kisahnya, dulu ada seorang Parsi bernama Behram yang mengembara di kawasan sekitar Mumbai ni dan bina sebuah telaga untuk pengembara-pengembara yang lain. Katanya, air telaga ni rasanya manis kalau nak compare dengan air lain yang ada di kawasan sekitar yang sedikit masin. Kemasinan ni disebabkan oleh kedudukan Mumbai ni berdekatan dengan laut.
Telaga ni dijaga dengan baik sehingga sekarang dan dianggap sebagai tempat yang suci oleh masyarakat Parsi dan penganut Zoroastrian. Tempat ni juga telah menjadi salah satu daripada monumen warisan di India. Nak try masuk dalam pun tak berani sebab dah ada signage kat luar kata orang Parsi je yang boleh masuk ke dalam. Orang tak Parsi tak boleh masuk. Kucing Parsi aku tak sure pulak. Hehe..
|
Bhikha Behram Well.. |
Jalan terus lagi akan berjumpa dengan Central Telegraph Office dan juga Flora Fountain. Flora Fountain ni dinamakan sempena Roman Goddess yang bernama Flora. Asalnya, nak letak nama lain sempena nama gabenor Mumbai pada ketika itu. Tapi last-last entah kenapa, si Flora ni pulak yang dapat nama. Mungkin sebab ada ukiran Flora ni kot pada fountain tersebut. Kalau nak letak nama gabenor tu, terpaksa lah ukir patung gabenor tu.
|
Central Telegraph Office.. |
|
Flora Fountain.. |
Yang menariknya tentang Flora Fountain ni, ia didirikan betul-betul di atas tapak bekas Church Gate yang dah dirobohkan tu. Dan katanya lagi, fountain ni asalnya tak nak letak kat sini, nak letak kat Victoria Gardens (Rani Baug yang sesat barat semalam cari muzium tu) tapi tak jadi jugak. Kalau lah letak kat sana kan, tak perlu lah nak robohkan Church Gate kan? Kan? Hehe..
Dah sampai kat Flora Fountain ni kami belok ke kanan. Jalan lah pulak sepanjang jalan ni menuju ke muzium. Macam-macam jenis bangunan boleh kita tengok sepanjang jalan ni.
|
Mumbai High Court bahagian belakang.. |
|
HSBC Bank.. |
Di satu persimpangan, kami tiba di University of Mumbai. University of Mumbai ni merupakan universiti tertua di Maharashtra. Maharashtra ni merupakan sebuah negeri, dan Mumbai merupakan ibu negerinya. Ada beberapa kampus University of Mumbai yang ada di sekitar Mumbai. Kampus yang kami singgah ni merupakan Fort Campus. Idokler kami masuk ke dalam kawasan kampus ni. Setakat sekodeng dari jauh je.
Yang penting kita dapat snap gambar Rajabai Clock Tower - monumen terkenal di dalam kawasan universiti ni. Dari jauh dah boleh nampak. Ambik gambar dari jauh je lah. Kalau dekat-dekat, tak muat skrin kamera ni nak capture sampai atas. Sebenarnya malas aku ni nak pergi dekat-dekat. Hehe..
|
Rajabai Clock Tower.. |
Rajabai Clock Tower ni dilhamkan dari struktur Big Ben kat London nun. Masa mula-mula dibangunkan dulu, menara jam ni merupakan struktur tertinggi di Mumbai. Kalau tengok pada senibina dia, memang ler Gothic style. Suka aku menengoknya. Haha.. Tak habis-habis admiration aku terhadap Gothic architecture ni. Okeh, kita teruskan jalan lagi.
|
Street Food.. |
|
Buku murah-murah.. |
|
Yikes bangunan apa ni nampak seram.. |
Jalan punya jalan ke depan kami berjumpa dengan satu bangunan yang agak unik. Dah tu, kemain ramai pulak orang keluar masuk bangunan ni. Disebabkan rasa curious ya amat, kami pun masuk lah ke dalam. Well, bangunan ni sebenarnya merupakan The David Sassoon Library & Reading Room. Wah, library lah! Macam best je ni. Best lah buat hantu buku macam kami ni.
|
Masuk ke dalam library. Patung David Sassoon di tengah-tengah tu. |
Aku serita sikit lah ye, mengikut apa yang aku baca kat papan info library ni. Kisahnya sejarah library ni bermula pada tahun 1847. Ada sekumpulan mekanik ni berhasrat nak buat satu persatuan yang memperkenalkan dan menggalakkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran gitu, lebih-lebih lagi dalam bidang mekanikal dan senibina. So, dari situ nak buat satu library dan muzium. Maka jadi lah Sassoon Mechanic's Institute, dan siap dibina pada thun 1870.
Kenapa dinamakan dengan nama David Sassoon? Siapa David Sassoon ni? Dah macam shampoo Vidal Sassoon dah. Hehe.. Well, David Sassoon merupakan seorang businessman yang telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembinaan library ni, so dapatlah nama library ni ke dia. Aku pun time ni lah baru nak belajar tengok siapa David Sasson ni. So, he was an Iraqi Jew, lahir di Baghdad, at one time pindah ke Bombay, jadi businessman, jadi penghulu masyarakat Yahudi di Bombay, dan jadi antara orang kuat dalam perdagangan kapas dan candu di China. Hebat kan?
Menarik jugak lah kalau nak godek kisah David Sassoon ni. Keluarga dan keturunan dia sangat lah terkenal dan kaya raya. Even zoo Rani Baug dengan muzium Dr Bhau Daji Lad yang kami pergi semalam tu pun dibina atas tanah dia. Tengok dressing sempoi je pakai turban pakai jubah. Tapi kaya-raya. Aku mula-mula tengok patung dia tu mati-mati ingat dia pak Arab mana lah. Rupanya orang Iraq. Orang Yahudi pulak tu. Ada anak nama Abdullah pulak tu. Lesson learnt, jangan assume yang pakai serban, pakai jubah, nama Islamik tu semuanya beragama Islam! Ye lah, dulu-dulu kan. Apa lah ada pada nama. Makanya, kena lah kita keluar dan explore dan belajar. Supaya tak bodoh dan jadi keyboard warrior. Hehe..
|
Aktiviti Khala Ghoda.. |
Well, back to the library itself, hari ni ramai sangat orang sebabnya ada festival kesenian Kala Ghoda yang diadakan pada setiap tahun. Kawasan taman di bahagian belakang library ni dijadikan tempat berlangsungnya aktiviti-aktiviti yang melibatkan literature. Ada story-telling, pembacaan sajak dan puisi, lakonan teater, dan macam-macam lagi lah. Happening lah jugak.
|
Story telling.. |
|
Bersemangat murid-murid ni bercerita.. |
|
Mak bapak yang beri sokongan... |
Kami duduk lah sekejap tengok aksi murid-murid sekolah bercerita. English masing-masing, memang keles nyah. Nasib baik lah in English kan, boleh lah faham jugak apa yang diceritakan. Kalau in Hindi pun aku terer jugak nak paham. Haha.. Dah rasa puas menebeng kat situ tu, kami pun keluar lah dan jalan lagi menuju ke muzium.
|
Let's go! Cantik kan interior dia.. |
Ok, jalan ke depan sikit sampai lah kita di Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya (CSMVS), muzium utama di Mumbai. Panjang sangat namanya, sampai berbelit lidah aku nak sebut. Dah sampai Mumbai, mesti lah nak tau lebih lanjut tentang sejarah Mumbai dan India secara generalnya lah kan. Semalam dah pergi muzium Dr Bhau Daji Lad. Hari ni kita tengok pulak apa yang ada dalam muzium CSMVS ni pulak.
|
Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya.. |
Masuk je pintu gate, kita akan berjumpa dengan kaunter tiket. Boleh lah beli tiket kat sini sebelum masuk ke dalam kawasan muzium. Harga tiket dewasa international adalah sebanyak INR550. Ini termasuk entrance ke main building, special exhibitions dan jugak sewa audio guide. Boleh tahan mahal jugak tu. Belasah je lah bayar kan, dah alang-alang sampai. Dah tu kalau bawak kamera or smartphones kena bayar extra lagi. Dah masuk dalam, tak kan tak ambik gambar kan. Haha.. Bertabah je lah.
|
Tiket masuk.. |
|
Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya.. |
Kisahnya, pada asalnya muzium ni diberi nama The Prince of Wales Museum, sempena Prince of Wales pada ketika itu, George V. King George V ni merupakan datuk kepada Queen Elizabeth II yang memerintah UK sekarang ni. Ceritanya, Prince George ni datang melawat India, dan untuk meraikan kedatangan Prince George ni, satu muzium akan dibangunkan. So, batu asas diletakkan pada tahun 1905 dan muzium ni siap sepenuhnya pada tahun 1915.
Walaupun dah siap pada tahun 1915, muzium ni belum dapat berfungsi lagi sebagai sebuah muzium akibat perang dunia pertama. Nak tak nak, bangunan muzium ni dijadikan sebagai hospital tentera. Pada tahun 1922 baru lah ia dijadikan sebagai muzium. Pada tahun 1998, nama muzium ni ditukar kepada Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya, dan kekal lah ia sampai sekarang. Begitu lah serba sedikit latar belakangnya. Ni mengikut apa yang aku baca kat papan info ye. Hehe..
|
Ruang utama muzium.. |
|
Audio Guide.. |
Dalam muzium ni ada banyak galeri. Dah tu banyak lah jugak items yang dipamerkan. Yang sedihnya, tak ambik gambar sangat pun dalam muzium ni sebab kamera ada problem. Mengharapkan gambar-gambar dari kamera K Awa je lah jawabnya. Tak nak cerita banyak sangat lah tentang muzium ni. Kena datang, tengok sendiri dengan mata dan hayati sendiri. Nak cerita lebih-lebih pun aku tak pandai. Hehe..
Walaupun dari luar nampak besar, sebenarnya kat dalam muzium ni tak lah besar mana. Jadi takdelah penat nak jalan-jalan. Overall, bagi aku OK lah jugak datang ke muzium ni, cuma aku rasa macam apa yang aku nak cari tu takde kat sini. Haha.. Macam tak sampai maksud gitu. Tapi, apa-apa pun banyak ilmu yang aku dapat dengan jalan-jalan kat dalam muzium ni.
|
Bangunan seberang jalan muzium.. |
Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 1 tengahari. Nak dijadikan cerita, K Awa ada seorang kawan dari Mumbai yang bernama Mariam. Jumpa masa buat umrah dulu. Dah tu, Mariam ni bersemangat sungguh lah nak jumpa dengan K Awa. Disuruhnya kami datang ke tempat dia. Dah bersemangat sangat tu, kena lah datang jumpa jugak kan. Karang kempunan, tak pasal. Hehe..
Menurut apa yang dia mesejkan, kami kena datang ke Crawford Market. Aku dah ternampak dah lokasi Crawford Market tu masa buat aktiviti menggoogling malam tadi. Memang jauh kekdahnya dari muzium ni. Dah tu, Mariam kata naik je teksi dan bagitau nak ke Manoman yang letaknya di Crawford Market. Katanya Manoman tu semua orang tau, so tak ada masalah kalau nak naik teksi. Hurmm.. Kita ikutkan je lah. Kami menyeberang jalan depan muzium dan tahan sebuah teksi. Manoman ye pakcik! Apa benda alah lah Manoman ni ye. Kok glamer sangat.
|
Naik teksi.. |
Naik teksi tu tak sampai 10 minit. Tambang pulak sebanyak INR100. Tempat kami turun tu bukan main sesak dan agak sibuk. Terpinga-pinga jugak lah. Ku pandang kiri kanan, rupanya Manoman yang dikatakan Mariam tu kedai baju Man O Man rupanya. Hahaha hadoilah.. Memang patut pun ramai orang tau. Letaknya betul-betul di persimpangan masuk ke kawasan Crawford Market. Memang takkan terlepas pandang punya lah.
|
Tu dia Manoman.. |
Sejam lebih jugak lah kami menunggu si Mariam ni. Dengan tak ada datanya, susah betul nak contact. Hantar mesej biasa pun sengal sungguh nak tunggu si Mariam ni reply. Nak call, jangan harap lah kan. Menangis nanti tengok bil telefon bila dah balik Malaysia. Hehe.. Bila dah sampai tu, Mariam pun bawak lah kami ke satu tempat ni. Sekali kan, dia bawak kami makan kenduri. Hahahahaha..
|
Ke mana sajalah.. |
|
Makan kenduri! Haha!! |
Aku pandang K Awa, K Awa pandang aku. Dah tu masing-masing gelak. Dah dua kali dah jadi Kenduri Crasher ni. Sekali dulu kat
Bukittinggi, ni kat Mumbai pulak. Adoiyai. Tak tau lah pulak dia ajak kami datang kenduri. Dah lah baju tak proper. Belasah je lah. Mariam kept on saying this is Niyaz. Aku mana lah tau Niyaz tu apa. Kenduri lah kot kan. Kenduri doa selamat. Haha..
Walau apa pun, bersyukur jugak lah kami dapat join kenduri ni. Jimat duit lunch. Hehe.. Dah tu sedap pulak tu. Tak tau lah apa nama nasi yang dimasak ni. Sedap betul. Lauk kambingnya pulak perghhh, boleh cair dalam mulut. Huhu.. Nak mintak tambah pun malu, sebab orang kiri kanan makan sejemput-sejemput je. Aku dan K Awa makan penuh slow motion sebab nak betul-betul menikmati makanan free ni. Haha..
|
Makan kenduri.. |
|
Sedap gila kot.. Coleslaw, sayur, ikan, ayam, kambing.. |
|
Dessert.. |
Tapi segan jugak lah nak duduk lama-lama kat situ. Sebabnya dah habis makan, kita akan bangun dan bagi laluan pada orang yang baru datang pulak makan. Macam kenduri kahwin kita tu. Hehe.. Aku nampak semua perempuan je. Rupanya ada dua bahagian tempat ni. Tingkat bawah jemputan lelaki. Tingkat atas jemputan perempuan. Interesting. Kat sini, sempat lah berjumpa dengan mak dan bapak Mariam. Husband dia pulak lambai dari jauh je.
|
Tunggu turn nak makan.. |
|
K Awa dan Mariam.. |
Dah kenyang, kami pun say bye bye pada Mariam dan beredar. Masih awal lagi nak balik ke guesthouse, makanya kami pun sambung berjalan. Nak melintas jalan tu ya ampun, sengsara sungguh banyak betul kereta. Tapi si Mariam relax je angkat tangan dan ajak kami lintas jalan. Dan relax lah pulak semua kereta dan motorsikal berhenti. Haha.. Gila tak kagum dengan Mumbai ni.
Kami bercadang nak pergi menghala ke Chhatrapati Shivaji Terminus. Malangnya, teksi yang ditahan semuanya tak nak bawak kami ke sana. Mungkin susah kot nak pusing. Tak pun jalan sibuk dan jem. Sudahnya, kami buat keputusan untuk jalan kaki je. Berbekalkan direction yang diberi oleh Mariam dan instinct pandai-pandai sendiri, kami pun mula melangkah. Nasib baik sampai ke tempat yang dituju.
|
Menghala ke terminus.. |
Dalam 15 minit jugak kot kami jalan dari Crawford Market ke Chattrapati Shivaji Terminus. Dah sampai tu, terus pergi menerjah bangunan tu betul-betul depan hidung. Sudahnya, nak ambik gambar pun susah. Ambik gambar bangunan portion by portion lah jawabnya.
So, Chhatrapati Shivaji Terminus ni pada asalnya bernama Victoria Terminus dan merupakan HQ bagi Central Railway di India. Dibina pada tahun 1888, sempena meraikan jubli emas pemerintahan Queen Victoria. Dan, ia juga tersenarai sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site. Memang historic ya amat lah tempat ni. Penuh dengan sejarah.
|
Dari luar gate.. |
|
Bahagian kiri.. |
|
Tengah-tengah.. |
|
Bahagian kanan.. |
|
Cubaan panorama yang entah apa-apa.. |
|
UNESCO World Heritage Site.. |
Apa yang menarik dengan bangunan ni? Of course lah senibina Victorian Gothic nya. Cantik kan. Agaknya kalau Kellie's Castle kat Perak tu siap, lebih kurang macam ni kot bentuknya, kan. Kalau tengok pada pintu masuk utamanya tu, kat tembok pagarnya ada seekor singa dan seekor harimau. Tu konon-konon melambangkan dua negara lah tu, India dan juga Great Britain.
Dah namanya stesen keretapi, haruslah ada keretapi keluar masuk ke terminus ni. Ada 18 buah platform semuanya dalam terminus ni yang mana 7 untuk commuter train dan 11 lagi untuk long distance train. Boleh lah nak pergi ke mana-mana negeri dalam India ni dari sini.
Dah, ambik gambar kat luar je. Tak masuk pun ke dalam. Kalau masuk ke dalam boleh lah fefeeling jadi The Pussycat Dolls buat video clip Jai Ho. Hehe..
|
Bangunan seberang jalan, Municipal Corporation of Greater Mumbai.. |
So, jalan lah lagi kami ni. Entah berapa ribu steps dah kami berjalan. Jalan punya jalan kami bertemu dengan sebuah kedai buku yang bernama Kitab Khana. Ni yang aku stress ni. Masalahnya kat India ni, buku-buku semuanya murah-murah! Tak kisah lah buku apa. Reference book ke, text book ke, novels ke, apa ke, semuanya memang mampu beli. Novels yang biasanya dijual kat Malaysia yang berharga RM35-RM39 tu boleh dapat kat sini dengan harga RM15 setelah diconvert. Huhu.. So, memborong lah kita?
|
Kitab Khana.. |
|
Kat dalam.. |
|
Books galoooreee~!! |
|
Dari tingkat atas.. |
Masuk je ke dalam kedai buku ni terasa macam kat alam Harry Potter lah pulak. Feeling aku je lah, sebab interior dia semacam. Haha.. Matilanak, macam mana ni. Kalau ikutkan hati memang banyak nak borong ni. Tapi mengenangkan perjalanan masih jauh dan lama lagi nak balik Malaysia, macam terpaksa kuburkan je cita-cita tu. Mula lah rasa menyesal jalan-jalan ke Mumbai dulu. Patutnya kita pergi ke Dubai dulu. Baliknya baru singgah Mumbai untuk shopping. Huhu.. Tak terfikir.
Tapi dalam sedih-sedih tu, aku rembat jugak lah dua biji buku. RM28 setelah diconvert. Ringan je, nak bawak senang. Senyum jugak lah akhirnya. Senyum dalam tangisan. Haha..
|
In the process of completing my Tudor Series.. |
Orait, dah dapat buku tu, kami pun berjalan lagi. Sampai jumpa balik dengan muzium CSMVS tadi. Haha.. Cumanya kami tak jalan ke arah muzium lah, kami lalu jalan belakang muzium. Kat sini, tengah berlangsungnya festival kesenian Kala Ghoda tu. Macam-macam gerai ada, dan macam-macam arca yang pelik-pelik ada dipamerkan kat sini. Orang punya lah ramai.
Nak masuk ke festival ni, kesemua pengunjung kena lalu ikut security scanner macam kat airport tu. Memang strict jugak kat sini. Takut jadi apa-apa kan. Dah tu ramai gila polis pakai baju coklat tu. Siap bawak dia punya baseball bat tu amende tu yang pendek tu aku tak tau nama. Ngeri jugak aku tengokkan.
Aku tepek gambar je lah ye sekeping dua tentang apa yang ada kat festival ni. Kalau nak tepek semua, sampai besok pun tak habis cerita.
|
Menyemak aku ni.. |
|
Besonya burung.. |
|
Amende ni.. |
|
Hurmm.. |
|
NatGeo pun ada.. |
|
Takde lah pulak starnya.. |
|
Err.. Apakah? |
Tengah berjalan-jalan tu, kami ditegur oleh satu keluarga ni. Siap tanya lagi kami ni dari mana, buat apa kat sini, how do you find Mumbai, etc. etc. Macam kena interview reporter gamaknya. Bila sebut Malaysia je, terus diorang bersorak. Apa kes lah pulak ni kan. Dah tu, diajak ambik gambar sama-sama. Layan kan je lah. Kami ni lain daripada yang lain kot. Ye lah, orang sana kalau bertudung litup kebanyakannya warna hitam dari atas ke bawah. Kami pulak warna warni rainbow unicorn bagai.
Kami jalan sampai ke penghujung jalan. Penat dah. Satu hari ni berjalan je kerjanya. Dah rasa malas dah nak teruskan perjalanan lagi. Sudahnya, kami pun balik lah semula ke guesthouse dengan menaiki teksi. INR90 je tambangnya. Boleh lah. Agak jauh jugak perjalanan dari kawasan muzium ni balik ke Mumbai Central.
Malam tu kami jalan-jalan sekitar guesthouse je. Nampak sebuah mall, masuk lah ke dalam. Ada supermarket. Ada KFC jugak. KFC nya halal so yay belilah KFC untuk dinner. KFC dia lain dari yang lain tau. Tak kan jumpa kat Malaysia. Hehe..
|
KFC apa entah ni. Tapi sedap. Haha.. |
Orait. Habis dah cerita entah apa-apa aku untuk hari kedua ni. Ada lagi 3 hari untuk dibebelkan. Tunggu lah aku ada idea nak mengarang ye. Till then, adios~!
Perbelanjaan Hari Ini:-
Guesthouse 1 Malam = INR500.00
Tiket Keretapi = INR5.00
Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya = INR550.00
Taxi = INR190.00
Jajan & Drinks = INR59.00
KFC Dinner = INR98.00
Novels = INR478.00
TOTAL = INR1880.00
2 comments :
salam ziarah yer sis...menarik jugak tempat2 tu..ade peluang tgk tempat orang... hrp ada rezeki satu hari nnt..
follower #180 ;)
Juls Julie80,
Terima kasih datang singgah sini. :D
Post a Comment