Thursday, 24th January 2013
Hari keenam sudah! Sangat lah mendamaikan, kesejukan gitu kan bila bukak mata baru sedar yang diri ni dah berada di Fujikawaguchiko. Dah lebih separuh dah perjalanan kami kat bumi matahari terbit ni. Hari ni tak ada apa-apa aktiviti sangat. Jalan-jalan sekitar Fujikawaguchiko ni je sebelum balik semula ke Tokyo dan seterusnya ke Sendai. Senak tak senak tak? Hehe.. Kalau dah sampai sini kan, memang tak sah lah kan kalau tak cari Mt. Fuji. Macam lah dia dok menyorok dalam lubang cacing khenn nak kena cari bagai. So, pagi ni agak terpisat-pisat lah jugak bangun tu, dan-dan terus bukak langsir tengok ke arah luar. Wow.. Got snow on the ground. Tapi tak berapa tebal nau lah. Mungkin sekejap je kot snow lebat malam tadi.
Outside the window..
Operasi pertama pagi ni ialah packing beg dan sarapan ala kadar apa yang ada. Ala kadar apa yang ada tu maksudnya makan maggi lah. Hehe.. Habiskan stok mana-mana yang boleh untuk ringankan beg. Mandi? Oh sorry. Sejuk dan malas. Kita mandi malam nanti je lah ye. Kuikuikui.. Dah siap kemas bagai, angkut beg dan turun ke bawah untuk check out.
Pagi ni yang dok jaga kaunter ialah seorang pakcik. Busuk-busuk je rupa pakcik ni, memang serabai habis. Confirm lah kan ni tak mandi pagi macam kami. Tapi kami tak mandi pun, takde lah serabut macam dia. Haha.. Kami pun malu-malu nak bertanyakan pakcik ni arah tuju nak jalan-jalan sekitar Fujikawaguchiko ni. Kot-kot dia susah nak paham kan. Sekali hambik kau. Dia punya English perghh US slang berabuk habis I tell you. Ternganga aku. Makanya, jangan pandang orang sebelah mata ye.
Pakcik serabai pun explain kat kami kalau nak jalan-jalan sekitar sini boleh ke Fuji Visitor Center. Kalau jalan kaki adalah dalam 20 minit lebih kurang. Kat sana boleh dapat banyak info pasal kawasan Fuji ni. Dah tu boleh pergi ke Lake Kawaguchiko. Tengok tasik, dan boleh naik cable car untuk tengok kawasan Fuji ni dari atas. Menarik jugak ni. Lake Kawaguchiko ni pulak takde lah jauh mana dari Koe House ni. Dalam 15 minit je. Ok. Mari kita jalan! Beg kami tinggal je kat Koe House. Jimat duit locker khenn. Hehe..
Kami jalan menghala ke Fuji Visitor Center dulu. Pakcik kata jalan kaki 20 minit. Tu Japanese style tu rasanya. Malaysian style haruslah satu jam. Haha.. Plus minus berhenti sekejap-sekejap ambik gambar selca 360 darjah kat satu-satu tempat gitu. Keluar dari Koe House, kami jalan menuju ke Kawaguchiko Station. Nah, dari jauh dah nampak dah Mt. Fuji kat belakang Kawaguchiko Station tu. Terus senyum lebar aku. Entah ye. Aku ni mereng tengok gunung kot. Nampak puncak Gunung Kinabalu beratus kali pun, beratus kali jugak aku sengih. Ini lagi lah puncak Gunung Fuji. Mestilah sengihnye overdose terlebih.
Kawaguchiko Station & Mt Fuji.
Langit kat atas tu sangat clear, tu yang boleh nampak puncak Mt Fuji. Kalau langit berawan aku rasa payah kot nak nampak. Dah lah sama-sama putih. Tapi yang menariknya, awan letaknya kat bawah tengah-tengah gunung pulak. Terasa magical gitu khenn. Macam kat dalam kartun Disney. Haha.. Datang ke sini untuk kali ni, kita tengok dari bawah je lah ye. Next time datang, harus kena pergi hiking naik Mt Fuji ni!
Awan kat bawah..
Kisahnya lah kan, Mt. Fuji ni gunung berapi yang aktif. Tapi dah lama tak meletus. Mt. Fuji ni jugak merupakan gunung tertinggi kat Jepun ni. Kalau ikut ranking donia, di tempat ke 35. Kiranya rendah sikit lah dari Mt. Kinabalu. Speaking of Mt. Kinabalu kan, mati-mati lah aku ingat the highest mountain in South East Asia gitu kan. Dah disogok sejak zaman sekolah dulu. Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Padahal paling tinggi ialah Puncak Jaya kat Indonesia. Ke gunung ni membesar? Asalnya Kinabalu yang tinggi tapi kat tengah jalan Puncak Jaya membesar bagai johan berjaya kalahkan Kinabalu. :P So bila kita nak naik Mt Fuji ni? Berangan sangat lah aku ni kan. Mt Kinabalu pun tak naik-naik lagi. Hehe..
Oklah, teruskan perjalanan ke Fuji Visitor Center. Ikut je peta yang dibagi oleh pakcik serabai tadi. Dah jumpa 7 Eleven, kita belok kiri. Dah tu jalan straight aje. Pagi-pagi macam ni tak berapa banyak kereta kat jalan. Ke memang tak banyak kereta kat kawasan Fujikawaguchiko ni? Jalanraya pun sokmo satu lane je. Dah tu kan tempat ni macam pekan tingal ko. Sepanjang-panjang jalan menuju ke Fuji Visitor Center tu kami takde bertembung dengan orang sangat. Kalau ada pun construction worker yang tengah buat kerja-kerja pembaikan jalan. Mungkin sebab sejuk kan. Buat apa jalan-jalan kat luar rumah.
7 Eleven di setiap penjuru!
Kami lewati post office, pharmacy dan lain-lain bangunan lagi sepanjang jalan. Rumah-rumah orang pun banyak kat sini. Restoran, kedai-kedai pun ada tapi banyak tak bukak lagi. Dah tu kami bertemu dengan kawasan lapang kiri kanan jalan. Fullemekk.. Putih sokmo! Ini kalau guling-guling sangat best ni.
Post office..
Pharmacy..
Posing celah-celah rumah orang..
Naiseeuuu..
Jom golek?
Kejakunan lah kejap khen? Dah lama ko aku tak jumpa snow yang tebal macam ni. Last sekali pun back in 1993. Dah 20 tahun dah. Masa tu sangat lah terer main golek-golek, guling-guling atas snow. Buat snowman pun pakai seluar pendek je sebab aku mampu. Ko mampu? Haha.. Terkenang lah pulak zaman kanak-kanak ribena dulu. Bestnya berangan. Aku tepek gambar je lah ye. Mana boleh aku explain, aku explain.
Letak gula sirap, jagung, susu, cincau, agar-agar kat atas dia.. AIHHH SEDAAAP KOT..
Kokokokkkiiiooooookkkkk...
Pintu masuk ke Kokokiookkk.. High School ler.. Haha..
Kena berhenti ruku' kat sini kot.. Haha..
Setelah lebih kurang 45 minit jalan melenggang lenggok mak limah, sampai lah kami kat Fuji Visitor Center. Mari lah kita tengok apa yang ada kat dalam ni. Mana lah tau boleh belajar tentang Mt. Fuji dan kawasan sekitarnya kan. Boleh tambah lah ilmu kat dada ni. :P
Sampai!!
Bangunannye..
Peta kawasan Fujikawaguchiko..
Kat dalam visitor center ni kan kalau sekali pandang kan dah macam tadika dah aku tengok. Haha.. Maybe sebab ada banyak aktiviti yang melibatkan kanak-kanak kot kat sini. Cuma kanak-kanaknya tak adalah time kami sampai ni. Ada beberapa staff duduk kat kaunter, sedia untuk melayan tetamu yang datang tapi aku sekadar senyum je tak tau nak tanya apa. Aku jenguk-jenguk je dulu apa yang ada kat sini.
Kreatif kan?
Banyak jugak lah benda on display kat visitor center ni. Dari segi bentuk muka bumi kat kawasan Mt Fuji ni, puncaknya macam mana, aktiviti apa yang banyak dilakukan kat kawasan sekitar, bla bla bla. Selain daripada yang ditepek kat dinding, visitor boleh jugak cari info dari kiosk yang disediakan.
Kiosk yang ada..
Bomb kau..
Puncak Mt Fuji..
Cuaca hari ni..
Dah habis jalan-jalan tengok apa-apa yang patut dalam visitor center tu, boleh lah proceed ke kedai souvenir tecit yang ada kat dalam tu. Aku takdelah beli apa pun, just keychain seketul untuk diri sendiri. Kat tempat tourist macam ni haruslah mahal sikit souvenirnya. Selain tu, siapa nak merasa Fuji mineral water, boleh lah beli kat sini jugak.
Sedap kot..
Dah settle semua, kami pun bergerak keluar untuk balik semula ke Koe House dan seterusnya ke Lake Kawaguchiko. Dah kat luar tu, apa lagi. Masing-masing lepas gian main snow, buat snowman bagai. Sementara takde orang dok perhatikan kan. Kang dah ramai yang menyinggah kat tempat ni, tak bleh lah nak over acting kat sini. :P
Lepas gian!
Free souvenir..
Kali ni jalan balik ke Koe House takde lah makan masa lama sangat. Sebab tadi dah puas posing sakan kan. Baliknya ni takde nak buat apa dah selain jalan menonong je ke depan. Dah tu singgah kejap kat 7 Eleven beli kopi. Sedap gila lah kan sejuk-sejuk camni minum air panas.
Okies, teruskan perjalanan ke Lake Kawaguchiko. Dah sampai kat Kawaguchiko Station, kami ada nampak satu bas kuning. Macam tourists bus pun ada jugak. Tapi tak sempat nak menjengah tengok route bas tu ke mana. Kot-kot boleh sampai ke Lake Kawaguchiko lah kan. Tapi takpelah jugak kot jalan kaki. Tak ada lah jauh mana dah pun dari sini.
Kat sini jugak kami ada jumpa satu couple ni. Malaysian. Dah senyum, tapi tak dibalas balik. Ye lah sombong. Mencik betul. Tak paham lah kenapa tourists Malaysia kat luar negara ni sombong-sombong banget. Dah ko buat muka tak semenggah, dah tak payah layan lah kan. Tak luak pun.
Bas tourist ke ni?
Lalu sekolah..
Dalam 25 minit jugak lah jalan kaki dari Kawaguchiko Station ni ke Lake Kawaguchiko. Jalan-jalan sambil bergambar kan. Kalau jalan laju-laju bak kata pakcik serabai, 15 minit dah boleh sampai. Nak ke Lake Kawaguchiko ni, lalu celah-celah rumah orang. Jalan tecit je. Bukan main road macam nak ke visitor center. Tapi sekejap je lah jalan celah-celah tu. Tak lama tu jumpa jalan besar jugak.
Almost there..
Ok.. Sikit lagi..
Sampai dah..
Lake Kawaguchiko ni merupakan salah satu tasik Fuji Five Lake. Bukan yang paling besar, tapi yang paling famous. Ramai tourists datang ke sini sebab Lake Kawaguchiko ni banyak onsen. Macam best je kan. Teringin gak nak pi onsen. Tapi mengenangkan nak kena bogg tu alahai. Hahaha..
Lake Kawaguchiko..
Other side.
Tapi kan, walaupun tempat kunjungan ramai tourists, tempat ni senyap sunyi sangat-sangat. Orang pun berapa kerat je nampak. Tu pun pekedai-pekedai. Tak lama tu nampak lah jugak tourist. Couple Malaysia tadi yang kami jumpa. Haha..
Sebenarnya kan, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini. Ada muzium kalau nak pergi. Tapi kami ni dah kesuntukan masa sangat. Kalau bermalam lagi satu malam kat sini, memang boleh sangat-sangat lah explore mana-mana yang patut. Kami cuma aim kat satu tourist spot je iaitu ropeway. Untung-untung boleh nampak Fujikawaguchiko ni dari atas. View mesti marvelous khen..
Ropeway!
Kami ni takde lah banyak masa nau yang tinggal. Nak kejar train kejap lagi untuk balik ke Tokyo. Kang kalau termissed kang lambat lagi nak kena tunggu next train. Makanya laju-laju lah pergi ke ropeway ni. Nak naik tapi boleh pulak aku doa tempat ni tak bukak hari ni. Kalau tak bukak, takde lah kami masuk naik ke atas. Dah tu, takde lah terkejar-kejar rushing. Hehe..
Agaknya kan, memang diperkenankan kot doa aku. Hahaha..
TOTOPPP!!
Lega rasanya! Haha.. Boleh lah kami melengah-lengahkan masa jalan-jalan sekitar lake ni. Tak ada apa pun. Banyak kedai je. Masuk je lah cuci-cuci mata tengok apa yang ada.
Homaaaaaiii..
Biskut Fuji.. Comel je..
Dah puas jalan-jalan, balik lah kami semula ke Koe House. On the way balik tu kami bertembung dengan tourist dari Malaysia dalam 10 orang lebih kurang. Ramai makcik-makcik, pakcik-pakcik. Dari jauh mereka dah tegur siap lambai-lambai tangan. Wah yang ni peramah lah pulak. Apa lagi lamabia-lambai balik ler. Kan bagus macam ni. Saling tegur menegur. Huhu..
Ambik beg dan terus ke Kawaguchiko Station. Train pun tak lama lagi nak jalan dah. Kami ambik express train. Cuma berhenti kat satu dua stop je sepanjang jalan sampai ke Otsuki. Kalau tak, memang tersengguk-sengguk lah dalam train sampai sejam lebih. Tu baru sampai Otsuki kan. Belum sampai Tokyo lagi! Harga tiket train express kena tambah lagi JPY300. Lari bajet. Tapi masih ok lagi kot. Haha..
Kawaguchiko Station..
Train ticket!
Naik!!
Train ni free seat. Makanya duduk je lah kat mana-mana. Nak-nak memang tak ramai orang pun atas train ni. Dalam satu gerabak ni aku rasa macam kami 4 orang je. Hehe.. Ok. Meh gerak. Bye-bye Fujikawaguchiko! See you next time.
Bye bye Mt Fuji!!
Lalu Fuji-Q Highland.. Theme Park..
Dah sampai Otsuki!
Dah sampai Otsuki, kena lah tunggu train balik ke Tokyo. Orang ramai tapi train tak nampak batang hidung lagi. Maybe memang tak banyak kot train nya. Dah sampai Tokyo Station, kami terus redeem tiket Shinkansen untuk ke Sendai. Hoyeh-hoyeh. First time ni naik Shinkansen. Laju macam mana lah kan Shinkansen ni. Hehe..
Tokyo --> Sendai..
Macam kepala itik muncung Shinkansen ni..
Spacious jugak lah Shinkansen ni. Tempat duduk tiga-tiga. Ada seat number lah. So kena pandai-pandai lah cari ye. Aku kan tak sempat nak ukur kelajuan Shinkansen ni sebab as soon train start jalan, aku terus tidur. Hehe.. Penat sangat kot.
Inside Shinkansen..
Tokyo to Sendai lebih kurang 380km. 1 jam 40 minit naik Shinkansen. Laju lah tu kan? Aku pun tak sempat nak tidur nyenyak sangat. Alih-alih dah sampai dah Sendai Station. Baru je pukul berapa tapi kat luar tu dah gelap dah. Tak boleh nak buat apa dah lah. Mari cari guesthouse dulu. Dah settle check in baru boleh pikir nak buat apa.
Keluar je dari Sendai Station, humang aihhh.. SEJUK GILA. Sejuk sebab angin kuat sangat-sangat. Memang kaw-kaw ni. Fujikawaguchiko yang tebal dengan snow pun tak sesejuk Sendai yang tak ada snow ni. Dah malam pulak tu. Lagi lah sejuk. Memang kebekuan. Makanya sebelum kami keluar dari stesen kami dah tengok peta siap-siap untuk ke guesthouse.
Sendai Station..
Satu malam kami kat Sendai ni kami stay di Miyagi Guesthouse. Kalau tengok dalam peta tak ada lah jauh mana pun. Dalam 15 minit jugak lah kot jalan kaki dari Sendai Station ni. Cumanya dah malam kan. Takut terlepas pandang je. Nak-nak tuan guesthouse kata guesthouse ni tersorok sikit. Kena bukak mata besar-besar. Indicatornya ada kereta warna pink kat tepi jalan. Iyolah. Kami cari lah nanti ni.
Memang serabut. Dah sampai dah kat kawasan tu tapi tak jumpa. Dah pening kepala. Kereta pink pun tak nampak. Mana nak nampak sebab mata bukak kecik-kecik. Hehe.. Sekali bila dah nampak kereta pink tu terus rasa nak menyumpah je. Dah malam! Apa nak nampak pink nya. Hahaha.. Oklah. Landmark dah jumpa, kami masuk ke celah-celah lorong. Jumpa lah dengan Miyagi Guesthouse ni.
Masa nak masuk tu macam tak confident je. Ni guesthouse ke rumah orang ni. Haha.. Nott masuk dulu. Ada oppa botak sambut. Haha belasah lah oppa. Aku tak tau bahasa Jepun panggil oppa apa. Onichan? Keke.. Oppa ni terpinga-pinga tengok kami. Dah lah dia tak pandai cakap English ko. Memang serabut jadinya. Dia tanya kami ada buat reservation ke. Tapi limited English lah. Ah sudah, kami dah sesak nafas. Cuak dah ni.
Booking atas nama Nott. Dia pun cari lah nama Nott dalam komputer dia tapi hampeh tak jumpa. Beria-ia dia kata tak ada booking. Adoi Nott.. Mana kita nak tidur malam ni. Memang muka pucat lesi. Nasib baik tengah huru-hara tu Nott teringat dia ada print out maklumat booking. So berdasarkan maklumat booking tu oppa tu pun carilah. Baru jumpa! Dia dah tergelak besar. Awatnye. Awatnye? Oppa tu kata, "Yusoff. Boys." Sambil tunjuk kepala dia. Puahahahhahaa.. Senget sangat. Masa Nott buat booking agaknya nama bapak Nott paling dia nampak terang-terang kot. Tu dia ingat lelaki. So dia bajet kami berempat yang datang ni lelaki. Hahaha.. Hampeh sungguh. Sabar je lah.
Oppa suruh tunggu sat sementara dia prepare bilik. Kami pun lepak-lepak kat common room. Duduk kat meja yang siap dengan selimut heater tu. Kan dah boleh berangan jadi Doraemon dan Nobita. Hehe.. Tak lama mana lah tunggu. Kami dah boleh masuk bilik dah lepas tu.
Dah settle masuk bilik bagai boleh lah mandi-mandi kan. Pagi tadi tak mandi. So kita mandi malam-malam. Dah tu makan. Poyo-poyo je makan bekal yang ada. Sambil duduk bawah selimut letrik. Best sungguh.
Dinner..
Habis dah hari keenam! Besok nak pergi Yamadera!
Map jalan-jalan setakat hari ini:-
Day 6 updates..
Kos perbelanjaan hari ni:-
Train Kawaguchiko to Otsuki = JPY1410.00
Miyagi Guesthouse = JPY1650.00
TOTAL = JPY3060.00
Boring kan entry ni. Tak ada mood nak mengarang. Huhuhu..
4 comments :
Hello cik sengal..
Salam kenal. Part nama x de dlm booking hostel tuh pun saya pernah kena. Macam hapa je time tuh..rupa2nya nama bapak yg hade..hihihi
Neway..sila sambung next entry. Tak sabarrr
hehe dah saspen dah masa tu.. nasib baik ok je.. tengah cari mood nak mengarang.. kalau takde mood, entry kurang umphh gitu.. hehe..
best tu kalau buat abc fresh dari tepi jalan, kikiki
cantik sgt gambar snow
irfa,
pastu meniaga kan.. tambah income boleh pergi jalan2 lagi.. hehehe..
Post a Comment