Friday, January 23, 2009

Aku yang SENGAL..

Sengalnya aku, bila terkejut tengok slip gaji untuk bulan Januari ni, KWSP aku dipotong 8% sahaja. Dah berkuat kuasa rupanya. Silap aku juga sebab tak pergi ke KWSP sana isi borang untuk maintain 12%. Bila dah banyak kerja, banyak benda yang nak disettlekan, benda-benda penting macam ni pun aku boleh lupa.

Sudah 3 tahun aku berkerja di sini. Upon confirmation, aku telah memilih skim pencen. Jadi pemotongan KWSP ni harus stop lah dengan serta merta, ye tak? Harusnya aku dapat gaji penuh. Tapi nampaknya belum ada tanda-tanda lagi. Lambat lagi lah aku boleh claim kesemua carumanku tu. Huhuhu.. Apa aku nak buat dengan duit tu nanti ye? Hurrmm.. Banyak projek ni. Hehe..

Aku juga baru saja memohon tiket untuk balik ke wilayah asal sempena kenduri Nora nanti. Kalau diikutkan, sejak aku bekerja di sini, aku boleh claim 2 kali dah tiket free ni. Tapi, tak pernahnya aku buat. Burn macam itu je lah tiket-tiket tu. Memang sengal aku ni. Aku bukannya tak nak. Tapi prosesnya yang leceh tu membuatkan aku rasa malas nak apply. Lagi pula pada masa tu wilayah asal yang dimaksudkan hanya sampai KL sahaja. Nak balik JB haruslah aku beli tiket sendiri. Buang karan aku ja. Naik MAS dari KL ke JB lagi mahal dari aku naik Air Asia dari KK ke JB. Baik naik Air Asia. Dah la direct, dua jam setengah je perjalanan. Senang kan?

Berkuat kuasa tahun ni, tiket balik ke wilayah asal boleh dituntut setahun sekali. Nampak gayanya tiap-tiap tahun aku boleh balik free. Tak ke best tu? (^__^)V

Related Posts:

  • Chantekk.. Petang tadi aku pi gatal2 test mekap kat kaunter Shiseido CP. Mana la tau kalau cun bley aku wat untuk graduation dinner besok. Mula2 cam tak selesa sangat coz being make up kat kaunter tu jugak. Jadi tontonan orang lalu lal… Read More
  • I am Dreamy and Distracted..I went here -- What's Your Name's Hidden Meaning?I entered my full name.And the results..You Are Dreamy and DistractedYou are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very acti… Read More
  • Bila Dah Sengal.. Aku telah melamar (katanyalah..) seseorang. Aku ajak dia kahwin.. Jeng.. Jeng.. Jeng... Iskk.. Bila difikir-fikir, buat malu kaum je. Sengalnya aku ni kan? Hikhik..… Read More
  • Aku dan Distributed System Aku mengajar subjek Distributed System untuk PLUMS semester ni. Seingat aku, subjek ni lah subjek yang paling aku benci during my undergrad days selain daripada Operating System. Tak cukup dengan tu, subjek ni memang baik pu… Read More
  • Tag lagi..Aku kena tag lagi. Dari Emmy pulak kali ni. Nasib baik tak panjang tagnya. Hehe..1) What were you doing 5 years ago?Graduated my BSc & registered my MSc. 2) What were the 5 things on your to do list today?Kemas RumahMeroy… Read More

0 comments :