Monday, January 26, 2009

Tahun Baru Cina = Hari Tutup Sedonia

As expected. KK 'lumpuh' sempena Tahun Baru Cina ni. Sama seperti Skudai. Taman Universiti terutamanya. Macam pekan koboi jadinya. Semua kedai tutup. Kalau diikutkan, boleh sampai seminggu tuan-tuan kedai menutup kedai.

Sama juga keadaannya dengan di KK ni. Lifeless. Orang ramai tapi kedai-kedai banyak yang tak dibuka. Kesudahannya, mereka melepak-lepak di tepi-tepi jalan membuang masa. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa. Agak menakutkan juga lah bila mereka dah berkumpul beramai-ramai macam tu.

CenterPoint dah jadi rumah hantu. Suasana ya ampun, gelap gulita tak bermaya aku tengok. Kedai yang dibuka pun boleh dikira dengan jari. Amat-amat lah membosankan. Tapi, ramai juga orang. Apa yang mereka 'shopping'kan pun aku tak tau.


CenterPoint @ Rumah Hantu

Yang paling aku angin, mesin-mesin CDM Maybank seantero KK pun tutup kedai. Dari satu Maybank ke Maybank yang lain aku pergi. Satu CDM pun tak berfungsi. Melampau la tu. Ramai ke orang deposit duit sempena CNY ni? Tak paham sungguh aku.

Hopefully hari Rabu ni semua kembali seperti biasa..

Related Posts:

  • Puncak Borneo Resort Baru-baru ni aku dan mek kpop Kia pergi meronggeng di Kundasang & Ranau. Officemate mek Kia buat kenduri kahwin. So, aku pun bawaklah dia pergi sana. Semangat betul aku datang menyemak kat majlis orang. Sempena ron… Read More
  • QPR in Kota Kinabalu Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah la… Read More
  • Kembara Off-Road SK Magandai Tak pernah seumur hidup aku terfikir nak ikut kembara off-road macam ni. Almaklumlah aku ni jenis yang lemah lembut sopan santun. Tak sesuai nak ikut aktiviti lasak. Hah.. Chitpoodah sangat lah kan. Terjadinya kembara of… Read More
  • Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu.. Kali ni aku pergi sebab na… Read More
  • Poring Hot Springs Entah berapa kali entah aku pergi Poring ni. Asal ada kaum kerabat, besprenzz, geng karatz dan yang sewaktu dengannya datang ke KK ni mesti nak kena bawak jalan-jalan ke sini. Kat KK tu bukannya ada apa sangat kan.  … Read More

0 comments :