Friday, January 2, 2009

Azam Tahun 2009

Banyak azam aku untuk tahun ni, aku carry forward dari tahun lepas. Hahaha.. Macam carry forward cuti pulak. Tak terlaksana, kenalah bawak ke depan. Antara azam-azam aku untuk tahun ni:-
  1. Simpan duit lebih banyak daripada biasa. (I still want that piano you know!)
  2. Kicking my ass off buat research and publish paper 10 kuasa 20 juta seperti yang disarankan oleh our beloved dekan. (Harus masuk online journal lagi hokkayy??)
  3. Mengurangkan lagi lemak yang tepu dan tak tepu di badan ini. Harap-harap hilang lagi 10kgs macam tahun lepas.
  4. Kahwin.. (ni azam tahun 2004 aku carry forward tiap-tiap tahun sampai ke tahun ni.. :p)
  5. Dan yang paling penting.. CABUT DARI UMS! Yeeehaaaa!!!
Hahaha.. Harap-harap sebahagian daripada azam aku ni tercapai lah hendaknya. Aminnn...

Related Posts:

  • Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu.. Kali ni aku pergi sebab na… Read More
  • QPR in Kota Kinabalu Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah la… Read More
  • Kembara Off-Road SK Magandai Tak pernah seumur hidup aku terfikir nak ikut kembara off-road macam ni. Almaklumlah aku ni jenis yang lemah lembut sopan santun. Tak sesuai nak ikut aktiviti lasak. Hah.. Chitpoodah sangat lah kan. Terjadinya kembara of… Read More
  • Puncak Borneo Resort Baru-baru ni aku dan mek kpop Kia pergi meronggeng di Kundasang & Ranau. Officemate mek Kia buat kenduri kahwin. So, aku pun bawaklah dia pergi sana. Semangat betul aku datang menyemak kat majlis orang. Sempena ron… Read More
  • Lagi-Lagi Exam Yes. Minggu Exam datang lagi. Kalau nak tengok aku sewel tahap gaban, meh datang jumpa time musim exam macam ni. Sewel sebab nak marking paper.  Total students = 137 orang Hambikkkk~!! Layan blues kat lu… Read More

14 comments :

Anonymous said...

Sebelum dapat cabut dari UMS, dapatlah saya buat kecoh dalam kelas satu sem lagi! Mwahahaha...

faizul hadi said...

cabut dari UMS?
hilangla 1 lecturer yg sempoi nanti.

CikSengal said...

BX,
Ya.. I'm gonna make all of your lives miserable. MUAHAHAHAHA.. Gelak setan ni. Just wait ahh. Banyak perubahan yang saya nak buat.

CikSengal said...

Faizul,
Percayaalaaaaaaahhhhhhhh.. Mengikut jejak langkah kawanku itu. Boring dah duduk sini.. Hehe..

Anonymous said...

wah...cabut dari UMS? r u kidding? if u cabut, I will lost my nice and charming supervisor~

CikSengal said...

Alahai, there's no big deal lah if i'm gone.. I'm nothing but a lalat yang bila2 masa boleh dipukul penyek.. Hehe..

sitinurulhawa said...

wah... cik sengal nampaknya fav lecturer ek.. ;)

kalau kawan dah blah mmg membara gitu semangat nak blah.. aku paham, pernah rasa camtu

CikSengal said...

Iskkk.. Favourite ke? Malu lah.. :p

So akak ikut jejak dia ke ikut blah jugak?

sitinurulhawa said...

resign ler.. kalau tak tak kan kerja kat sini skrg haha..

tp jgn terikut2 sgt sentimen tu. skrg mmg la membara-bara. 2-3 bulan lagi dah ok. pk betul2 apa yg kita nak dlm hidup ni, walaupun serapat mana kawan tu, akhirnya masing2 akan ada hidup sendiri. kawan dtg dan pergi. waktu dia ada, hargai, bila dia nak pergi redhakan. hidup perlu terus!

semoga tercapaila cita2 yg tertunggak sejak 2004 tu, itulah harapnya kawan yg boleh bersama selamanya :)

CikSengal said...

Cita-cita yang tertunggak tu macam kena carry forward lagi. Hahaha..

Itu la kan. Awal-awal ni je semangat membara. Last2 maintain jugak di sini. Tapi walau apa pun tetap akan cabut jugak. Buat PhD misalannya. Hehe..

Misako said...

akak pun pernah rasa mcm tu yatt, bila kawan akak masa tutor n buat master sesama dulu dah resign. sedih, rasa mcm nak cabut.. so akak pun pikir apa nak buat (kerja). Last2 kat sini jugak bertapak.. mcm dah basi dah akak ni.. jom p blajar thn ni.. !

CikSengal said...

Yep. Kalau tak cabut untuk kerja lain, kita cabut untuk sambung belajar. Sekarang ni memang tak larat nak duduk sini buat benda2 yang sama jek. Muntah hijau tiap2 sem..

Anonymous said...

pi sambung study yat... mana tau azam 2004 tu tercapai semasa study.. kekekekke caiyo caiyo

CikSengal said...

aminnnnnnnnnnnnnnnnn... hahaha..