Tuesday, March 31, 2015

Namaste Mumbai! ~ Summary: 5D4N Itinerary & Expenses

Alright, sebelum kita tutup buku, aku nak summarizekan sikit lah tentang trip kami ke Mumbai selama 5 hari 4 malam ni (7 - 11 Feb 2015). Sedikit sebanyak boleh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak berjalan-jalan ke Mumbai. Mungkin kita ada dengar, "Alaa, ada apa kat Mumbai tu..", tak pun "Artis Bollywood je yang ada kat sana..", tapi sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang kita boleh kunjungi kat sini. Kena rajin menggodek Internet dan tanya pakcik Google. :-)

The Gateway of India



Secara rumusannya, berikut adalah tempat-tempat yang kami pergi (mengikut turutan abjad):-

  • Bandra Station
  • Bhikha Behram Well
  • Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya
  • Chhatrapati Shivaji Terminus
  • Churchgate Station
  • Cross Maidan Garden
  • Dhobi Ghat
  • Dr Bhau Daji Lad Museum
  • Flora Fountain
  • Gateway of India
  • Haji Ali Dargah
  • High Street Phoenix Mall
  • Mani Bhavan
  • Maratha Mandir (DDLJ Movie)
  • Marine Drive
  • Minara Masjid
  • Mumbai Central Station
  • Mumbai Metro
  • Nariman Point
  • Palladium Mall
  • Rajabai Clock Tower
  • Sassoon Dock
  • The David Sassoon Library & Reading Room
  • The Taj Mahal Palace Hotel
  • University of Mumbai


5 hari ni aku rasa memang tak cukup jalan-jalan Mumbai ni. Elehh, aku ni. Pergi mana-mana pun memang tak cukup hari. Nak kena bertapa sebulan kot baru puas hati. Hehe.. Mumbai ni sebenarnya bandar yang mahal. Tapi, kenalah pandai-pandai buat bajet dan nanti ko akan perasan, sebenarnya tak banyak mana pun duit yang perlu kita belanjakan.

Disebabkan aku pergi Mumbai ni berdua je, kita rumuskan perbelanjaan per head setelah di bahagi dua sama rata:-

Penginapan (4 malam + 1 late check out) = MYR125.00 + INR500.00
          Central Guesthouse Mumbai =
          MYR125.00 (credit card in advance) + INR500.00 (cash at hotel)
Pengangkutan = INR928.00
          Kesemua tambang Teksi = INR828.00
          Kesemua tambang Keretapi = INR70.00
          Kesemua tambang Metro = INR30.00
Bayaran Masuk (Entrance Fees) = INR520.00
          Dr Bhau Daji Lad Museum Entrance Fee = INR100.00
          Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya Entrance Fee = INR400.00
          Maratha Mandir Movie = INR20.00
Makan, Minum & Jajanan = INR1181.00
          Kesemua Makan, Minum & Jajanan = INR1181.00
Lain-lain = INR765.50 + RM221.60
         Porter Barang = INR100.00
         Dobi = INR25.00
         Buku & Alatulis = INR498.00
         Peta Mumbai = INR17.50
         Poskad & Stem = INR125.00
         Visa India (Single Entry - guna agent) = RM221.60

JUMLAH = INR3894.50 + RM221.60 + MYR125 ≈ RM582.22 (Rate semasa INR100 = MYR6.05)

Eh, macam murah je tak sampai RM400 (tak masuk visa) untuk 5 hari 4 malam kan? Haha.. Murah mungkin sebab kami banyak curi-curi masak sendiri berbanding dengan makan luar. Tapi tengok belanja makan-minum pun tinggi tu kan. Ye lah, ada hari yang pergi lepak cafe lah, minum kopi lah. Mahal doh. Lagi pulak, balik-balik asyik beli air mineral. Cuaca sangat panas dan kering. Satu hari memang boleh habis 3 botol air mineral 1.5 liter tu. Seorang 3 botol tau!

So, ni kira ground expenses + visa je lah ye. Visa mahal gilos pulak tu. Untuk flight pulak, susah aku nak kira sekali sebab beli tiket SIN-BOM-DXB-SIN berharga RM1550.00. Nanti aku kira secara overall je lah berapa jumlah kemusnahan.

Okeh! Dengan ini secara rasminya kita tutup edisi jalan-jalan ke Mumbai. Boleh pergi lagi yeah!

0 comments :