Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Satyam. Show all posts
Showing posts with label Satyam. Show all posts

Monday, January 12, 2009

Apa Dah Jadi?

Malaysia Bimbang Terhadap Kemelut Satyam

CHENNAI, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia telah melahirkan kebimbangan terhadap isu penipuan kewangan syarikat gergasi komputer India, Satyam kerana ia boleh menjejaskan operasi seluruh dunia, termasuk di Malaysia.


Satyam Computer Services iaitu syarikat penyumberan luar perisian, mempunyai jumlah pekerja yang ramai di Cyberjaya.


"Perkara ini masih belum selesai, syarikat masih tidak mampu memberikan gambaran jelas mengenai arah tujunya tetapi statusnya pada masa ini sudah pastinya menjadi isu.


"Kita bimbang mengenai arah tuju syarikat seterusnya kerana ia akan memberi kesan kepada kehadirannya di Malaysia," kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam kepada pemberita di luar persidangan Pravasi Bharatiya Divas ketujuh yang berakhir di sini, Jumaat.


Satyam, syarikat perisian keempat terbesar di India, yang ditubuhkan oleh usahawan B. Ramalinga Raju, merudum ke kancah kewangan minggu lepas, selepas beliau mengaku memalsukan angka sehingga Rs7,000 crores (RM3.5 billion) sejak lima tahun lepas.


Dalam satu langkah dramatik berlaku malam Jumaat, Ramalinga dan saudara lelakinya B. Rama Raju, ditahan polis kerana penipuan melibatkan jutaan dolar. Ia juga merupakan skandal kewangan terburuk melanda India.


"Bila saya kembali ke Malaysia, saya akan membincangkan dengan Satyam di sana untuk melihat sama ada mereka mempunyai sebarang arahan mengenai arah tuju masa depan syarikat.


"Tetapi, sudah pastinya kita akan melihat isu ini secara serius bagi memastikan yang penggunga syarikat di Malaysia dan kebajikan pekerja diambil kira," kata Subramaniam.


-- BERNAMA



What the hell happened? Baru je aku berjinak-jinak dengan Satyam ni. Dah jadi macam ni. Seriau pulak rasa. Nampak gaya, takde peluang laa aku nak ke India lagi. AS IF!! :p

Sunday, November 30, 2008

I'm Baaackk!!

Sampai juga aku di KK akhirnya. Suka betul aku. Tak pernah-pernah rasa macam ni. Kalau tidak, maunya muncung aku ni panjang sedepa bila pikir nak balik KK. Entah kenapa kali ni seronok betul. Hahaha.. Ada benda yang menarik rupanya kat KK ni. Miahahaha..
Anyways, the Satyam Faculty Development Program was excellent. Mata aku dibuka seluas-luasnya tentang keperluan industri. Geng, kita kena tukar silibus lah! Banyak benda kena switch around. Bala kata jangan ajar programming first semester. The students will cry. Dia kata ajar SE dulu, then Database, then baru lah programming. Baru betul caranya. So, programming language in the 2nd year? Hmm... Mau ke pengurusan kita tukar ye?
Well, sepanjang kursus ni aku diperkenalkan dengan beberapa buku yang aku pernah kata aku takkan baca satu masa dulu. Buku Motivasi! Sikit-sikit, Who Moved My Cheese? Then ada The World Is Flat. Lagi ada apa entah. Nampak gaya lepas ni aku kurang lah kot baca novel-novel Alaf 21. Hehe..
Duduk di KL 5 hari aku terasa rimas. Asal balik training je hujan. Lebat pulak tu. 3 hari aku basah lenjun kena hujan. Sakit kepala jangan cakaplah. Nak jalan-jalan? Huh. Forget it. Baik aku tidur je kat hotel. Memang tak ke mana-mana lah aku ni.
Dalam serabut-serabut tu, I managed to meet Zaza. Lepak sama-sama, borak-borak. Malamnya aku tidur kat rumah dia. Syok jugak lah. My other plans with Yusz, Payart and Erma totally ruined disebabkan hujan dan masa yang singkat. Next time lah geng! Time kerja macam ni tak ada feel nak meroyan.
The program ended on Friday. Lambat pulak tu. Ada closing ceremony and hi-tea. Ceremony je habis 5.30. Aku tak sempat nak tunggu makan. Terus pecut balik hotel, ambik barang yang banyak gila + berat tu, naik monorail pi kl central, check in and naik ERL pi KLIA. Pheww.. Penat beb! Rasa nak patah pinggang aku pikul beg sebeban macam tu. Huhu..

Arrived safely in KK early saturday morning. Zul and K Leen datang menjemput aku kat airport. Yes, it's good to be back again. Yey! Kekeke..


*will upload some photos later.. (^__^)V

Wednesday, November 26, 2008

We're The Satyamese

Yeah. Satyamese. Macam kucing siam bunyinya kan? Tapi tak apa lah. Janji, working again with the Indians. Warghagahwghgaa.. Boleh muntah hijau macam ni.

Anyways, we're stuck here for 5 days di APIIT, Techno Park. Aku stay di Vistana. So everyday aku jadi orang KL naik turun LRT pegi ke tempat kerja. Agak serabut la kepala otak aku ni. Tak biasa tengok kesesakan KL dengan orang ramainya. Tiba-tiba je aku rindu KK. Miahaha..

Sebenarnya aku attend Faculty Development Program. Ramai lecturer dari various IPTs kat Malaysia ni. Banyak betul familiar faces kat sini. Ada dua orang bekas lecturer aku kat sini and 2 former Infoscions yang 'tamak', si Aizat and Hema. Yey!

Setakat tiga hari kat sini, aku rasa program ni sangat-sangat la menarik. Ia lebih kepada bagaimana kita sebagai pendidik nak serapkan keperluan industri ke dalam silibus. Memang mencabar minda mental dan fizikal. Sakit kepala pun ada juga.

Ada 2 orang main trainers. Seorang diimport khas dari Hyderabad, Mr Daleep George dan seorang lagi dari Chennai, Mr Bala. Mr Bala dah 9 tahun kat Malaysia ni. Memang boleh la cakap melayu. Cara penyampaian memang best. Bukan setakat slide presentation, ada games, interactive sessions, dan banyak lagi. Nampaknya aku kena buat macam ni dalam kelas, baru students tak boring.

The training went very well, cuma most of the time tu, the trainers were interrupted by this one lecturer yang tahu segala-galanya. Quite annoying jugak lah. Kita nak dengar apa trainer tu cakap. Bukannya explanation dia yang berjela-jela yang dia rasa dia je betul. At one time, Mr Bala sampai cakap "I'm really pissed off right now", bila orang lain yang tanya soalan, the 'tahu segala-galanya person' tu menyampuk dan terus menjawab bagi pihaknya. Geram betul aku tengok!

Another 2 days to go. Then aku akan balik ke KK. Seriously, aku rindukan KK....

Friday, October 31, 2008

Berubah Haluan?

Ketika cuti raya, aku diberitahu bahawa aku akan dihantar berkursus di KL. Sukanya, sampai melompat-lompat kegirangan. Mana tak suka, aku dapat keluar berjalan-jalan. Sambil menyelam, minum air. Ye tak? Then, after I got back to work, barulah aku tahu yang kursus tu berkaitan dengan Satyam. SATYAM? I laughed like crazy. Dulu Infosys, now Satyam? Interesting. Bukan ke diorang ni rivals? Errmmm..?? Tak kisahlah. Janji dapat keluar dari Sabah ni. Haha.. So, different inputs lah this time ye. Oh wait.. Are they going to make me go to India again? Huh? Harap-harap tak ada lah. Perut aku ni baru je nak baik. Hehe..

Last wednesday, aku terima panggilan dari KPT. I need to attend a web seminar with Satyam people on Friday, which is today lah. Before that, i need to join a test run. Nak make sure application web seminar tu ok dan aku boleh interact with Satyam tanpa sebarang halangan. But, things aren't very good. The internet sucks! Aku tak dapat join the test run. The following day, another test run, same thing - Internet macam cipan. Tak dapat join jugak.

Today? Worse! Definitely macam cipan yang tengah nazak. (Just a perumpamaan. Aku tak pernah tengok cipan nazak..) Menunggu saat-saat untuk meninggalkan alam fana. No choice. Aku memecut ke arah 1Borneo. It only took me 4 minutes to start enjin kereta, drive keluar dari UMS and park my car di 1Borneo. Tak sangka. Sekejap je rasa. Nak pergi IPMB lagi jauh. Aku terus menuju ke arah coffee bean, order myself some treats and start the web seminar.



Nothing much with the web seminar. Some introduction to the program, chit chatting with the participants and bla bla bla. Chet!! Aku ingatkan ada something big lah. Something very important. Tengok-tengok macam main YM je. Tapi still ok. Dapat interact dengan other participants. Well, program yang akan berlangsung 24-28 Nov di APIIT, Technology Park ni melibatkan 20 lecturers from various IPTs.

Bila difikir-fikir, aku ni tamak ke? Nak rebut semua peluang yang ada? What will people say? Sudah-sudahlah dengan Infosys, Satyam pun kau nak kebas jugak? Aku tak tau nak cakap apa. It is not my fault being the only single lecturer in our science computer department. Mana-mana kursus or training, yang jauh, yang lama durationnya, aku dapat pergi. Yang lain-lain busy dengan family, anak and so on. Aku ni anak kucing pun tak ada. So, lucky me! Or, dead meat me!

Well guys, I'm not the only INFOSCION yang bertukar arah (bukan suka-suka ye). Ada lagi seorang tu. Well, two actually. Tapi yang lagi sorang tu macam tak jadi je. Siapa ye lagi sorang yang 'tamak' tu? Wait n see lah. Kita jumpa di lain entry. Hehe..