Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, September 29, 2014

Meninjakan diri ke SS6 Seoul

Tunggu iklan jual tiket keluar, standby depan PC beli tiket, tiket sold out in less than 5 minutes tak dapat nak beli, tunggu dua tiga hari mana tau ada ticket available sebab time ni mana-mana buyer yang lambat buat payment ticket dia akan di let go tapi tak dapat jugak, try and try for 3 weeks, akhirnya ada luck dapat beli untuk first day, try lagi untuk hari lain, ada luck jugak dapat beli untuk third day, rasa cukup lah dua hari tu je, beli lah tiket flight, book hostel bagai, then terbang lah ke Seoul. 

Itu lah serba sedikit kronologinya. Haha.. So the tickets ni, kami minta GMarket poskan ke alamat guesthouse yang kami akan stay tu. Dah pesan siap-siap dengan owner guesthouse, kami ada beli tiket, dihantar ke alamat guesthouse, sila lah terima bagi pihak kami. Dia pun kata ok no problem. Hari check in, owner pun pass tiket tu pada kami. Senyum lebar tak hengat..

Mailed by GMarket..
Our tickets..

Album baru bebudak ni baru jugak lah keluar. So pergi mencari lah jugak kat kedai Ahjusshi kat Myeongdong Station sanun. Meriah weh Myeongdong, kiri kanan depan belakang kebanyakan kedai pasang Mamacita kuat-kuat. 

Promo..
Cak!!

Then the day of the concert itself. Total 3 hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tapi kami pergi dua je. Hari Jumaat dan hari Ahad. Hari Sabtu kita ronggeng-ronggeng tempat lain. Sebenarnya dah malas nak cari tiket hari Sabtu. Lagi pulak udah bankrappp..

Super Show kali ni diadakan di Jamsil Olympic Stadium. Venue lain kalau nak compare dengan venue-venue sebelum ni. Nasib baik dah pernah explore kawasan stadium ni. Stadiumnya pun dah pernah masuk bulan Januari yang lepas. Tengok Seoul Music Awards kekdahnya. Dah paham tentang layout stadium, makanya boleh bajet nak sampai pukul berapa, nak balik berlari kejar train pukul berapa. 

Gate masuk ke Jamsil Olympic Stadium..
Bukan stadium yang ini..
Banner..

So first things first, pergi kat kaunter ticket untuk dapatkan wristband. Beli ticket standing, duduk dalam pit, kena lah pakai wristband. Gigih sangat ler nak berdiri kan. Dah tu, jengah-jengan booth merchandize. Beli lightstick!

TShirt..
Gapo neh.. Poster kot..
Benda merepek-repek..

Dah tu duduk lepak-lepak kejap sebelum masuk dewan. First time standing, tak tau pulak nak masuk kena ikut giliran. Kebetulan kami sampai kat tempat beratur, giliran kami dah lepas. Sabar je lah tak boleh masuk. Kena tunggu semua orang dah masuk, baru kami masuk. Ciss.. Kalau tau, kami dah beratur siap-siap. Susah lah nak dapat port baik macam ni. Haha.. Macam lah dapat cari port baik kalau dah ramai-ramai macam ni. 

Banner sempoi je..
Ready nak hayun!! Kipas dapat pree!!
Wristband Day 1..

Dah tu masuk ler, tak lama tu start lah konsert. Pengsan lah wei sebab pit agak besar tak ramai orang, makanya berlari aku ke sana ke sini. Haha gila bebenor. Mungkin hari Jumaat kan. Hari kerja dan hari sekolah. Ramai tak boleh datang. Tak pun sebab last minute jugak tiket hari Jumaat ni dijual. Ramai fans dari luar dah beli tiket flight siap2 untuk datang show hari Sabtu dan Ahad. Seronok lah jugak. Memang enjoy habis-habisan. Sampai tak kuasa nak ambik gambar, video bagai. 

Stage..
Extended Stage..
Layaaann..

Settled! Then hari Ahad datang balik. Hasil dari hayunan yang kuat Jumaat lepas, lightstick aku dah cacat. Boleh pulak terbelah dua. Terpaksa di ikat getah. Haha.. Hari Jumaat kita duduk di Floor B, kanan stadium. Hari Ahad ni, kita duduk di Floor A, kiri stadium. Hari ni kemain sesak. Sebab final day lah kan. 100th show pulak tu. So, tak dapat lah nak berlari sana sini. Duduk je lah setempat. Keras kejung sampai sakit-sakit kaki.

Stage..
Wristband pink and lightstick cacat.. 

Sekian saja laporan. Malas nak buat entry panjang lebar. Entry on SS5 Seoul dulu pun tergantung separuh jalan, lepas tu malas nak sambung, dah tu malas nak publish. Dah ler panjang lebor karangannya. Nanti-nanti lah kalau rajin aku publish. 

Wednesday, September 24, 2014

YOYO Express Bus from JB to KLIA/KLIA2

Kalau ko dari JB, nak pergi jalan-jalan overseas naik belon dari KLIA ataupun KLIA2, dan tiket kapal terbang dari JB tu mahal kedaung lah pulak, jangan risau, sebab sekarang dah ada bas express direct dari JB ke KLIA dan KLIA2. YAY~!!

Nama bas express ni ialah YOYO. Kemain nama dia. Nak dan turun bas ni di Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Dokek dah dengan rumah aku. Senang sangat lah kan. Kebetulan lah pulak kan, aku nak pergi naik belon. Tapi tiket flight JB ke KL, waduhh. Sakit ya amat nak membelinya. Last minit punya cerita ni. Makanya, kita try test lah naik bas ni.

Kaunter Tiket..

Monday, September 15, 2014

Breakfast Johor Style

Korang selalu breakfast apa? Kalau aku balik JB, ini lah yang aku cari untuk breakfast. Macam tak sah je kalau tiap2 kali balik tak makan ni. Hehe..

Lontong Kering..

Ada orang panggil Lontong Darat. Tapi aku panggil Lontong Kering. Sedap lah weii.. Nasi impit, dah tu lauknya mesti ada serunding kelapa, sayur kacang, sambal tumis dan lauk ayam ataupun daging. Sedap sehingga menjilat jari gitu!

Lagi sedap kalau makan free orang belanja. Thanks Mok sebab belanja makan lontong kering ni. Hehe..

Sunday, September 14, 2014

Anggerik Lodging, Pulau Pinang

Sempena beberapa hari kami merewang kat Penang ni, kami stay kat Anggerik Lodging. Lokasinya kat Gelugor. Aku ni entah dua ke tiga kali sampai Penang ni. Peta Penang pun tak habis nak hapal. Dah sampai kat hotel ni baru tau, kita ni kat belah pulau rupanya. Haha..

Anggerik Lodging Hotel..

Saturday, September 13, 2014

So Long, Farewell

On the way nak ke Penang, transit di KLIA terjumpa lah pulak dengan Yan and laki dia Aroland. Our officemate yang on the way nak pergi sambung belajar kat UK nun. Sempatlah beramah mesra buat kali terakhir sebelum diorang pergi.

Us Officemates..

Selamat dah dua orang ni pi buat PhD. Aku bila lagi? Berlumut sampai ceklat gamaknye kat opis ni. Huhu..

Thursday, September 11, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Summary

Orait, aku simpulkan mana yang boleh disimpul kat sini. Aku cerita sikit kisah jalan-jalan ke Padang dan Bukittinggi selama 5 hari 4 malam ni (5th Feb 2014 - 9th Feb 2014). Sedikit sebanyak boleh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak merewang-rewang ke Padang dan Bukittinggi ni. Tapi trip yang ni unik sikit sebab most of the time kami menggunakan motorsikal untuk meronda. :-)

Museum Adityawarman, Padang..

Monday, September 8, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Final Day: Pasar Raya Barat, Museum Adityawarman

Sunday, 9th February 2014

Final day! Tapi masih ada masa lagi masa sebelum gerak ke airport, makanya kami pergi jalan-jalan dulu. Seawal pukul 7.30 pagi kami dah keluar. Pusing mana-mana yang patut, dah tu balik nanti baru breakfast dan seterusnya ke airport. Untuk ke airport kami gunakan transport dari Brigitte's House je. Harga boleh tahan ler kan mahalnya. Tapi macam dah penat sangat kalau nak kena jalan 3km, dah tu nak kena naik bas tepuk tangan, dah tu naik bas ke airport. Buang masa je nanti. 

Disebabkan masih awal pagi kami berjalan dari Brigitte's menuju ke pasar. Saja je jalan-jalan tengok pasar. K Awa kata, kalau kita nak belajar tentang masyarakat setempat, kita kena pergi pasar. Tengok gelagat orang kat sana. Hehe.. Dalam setengah jam jugak lah kami jalan. Tapi takde lah sejauh Imam Bonjol semalam. Dah sampai sana, pasar pun tak bukak lagi. Ke hari Ahad memang tak bukak. Sunyi sepi je. Nama pasar ni Pasar Raya Barat. Maybe ada banyak pasar lah kot kan satu kat utara, satu kat selatan, satu kat timur. Walaupun sunyi, ada lah jugak empat lima kedai yang bukak berniaga. Skodeng gitu-gitu je. Sambil ngunyah apam yang dibeli dengan brader food cart kat tepi jalan. 

Pergi pasar..

Friday, September 5, 2014

Koki Bandung, Alamesra Kota Kinabalu

Koki Bandung ni merupakan kedai makan biasa-biasa je kat Alamesra ni, tapi bertemakan Indonesian food lah gitu. Bila masuk ke kedai makan ni pun terasa macam kat Indonesia dengan background music lagu gamelan. Macam seram je kalau dengar lama-lama. Hehe..

Apa yang aku nak share kat sini ialah menu dia. Menu biasa-biasa yang kita jumpa tapi cuba tengok..

Menu dia!

Thursday, September 4, 2014

The Ice Cream Project, Johor Bahru

Dah lepas jalan-jalan pusing tengok bandar JB yang semakin hip katanya ni, akhirnya kami pun singgah ler ke cafe yang terakhir untuk hari ni. Namanya The Ice-Cream Project. Kedai aiskrim! Tapi kedai aiskrim ni lain daripada yang lain. Aiskrim yang dibuat adalah on the spot, selepas customer siap buat order dan bayar dengan menggunakan nitrogen. Haaa.. Canggih tak canggih gitu kan.

The Ice-Cream Project ni letaknya di Jalan Dhoby. Berdepan dengan IT Roo Cafe tu yang glamer dengan chicken chopnya. Idokler berdepan betul-betul. Tapi area situ lah. Bukak agak lewat petang. Jadinya bila malam-malam macam ni ramai ler yang datang.

Depan kedai..

Wednesday, September 3, 2014

Pot's Kitchen, Johor Bahru

*Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu..

Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku rasa dalam 30-40 langkah je kot dari Mariners Cafe. Tak jauh mana pun. Dari Mariners Cafe pun boleh nampak Pot's Kitchen ni. Hehe.. 

Well, apa yang menarik kat sini? Cafe ni tecit je. Tak besor pun. Dua tingkat. Apa yang dihidangkan di sini ialah more to drinks and desserts. Menurut staf Pot's Kitchen ni, kat sini menu ringan-ringan je. Kalau nak makan berat-berat sila lah pergi ke Pot's Industries. Wow. Ada tempat lain lah pulak. Pot's Industries letaknya kat Danga Bay. Boleh lah kita check it out bila-bila free. Bila aku balik semula ke JB ler. Hehe..

Menu.. Kick-ass betul makan Ass-cream.. Hehe..

Tuesday, September 2, 2014

Mariners Cafe & Bistro, Johor Bahru

Mari kita sambung lagi edisi cafe hunting dan cafe hopping sekitar JB ni. Dua tiga bulan aku tak balik, ada saja cafe baru yang muncul. Kali ni kita ronda-ronda town lah ye. Cafe pertama yang kami terjah ialah Mariners Cafe & Bistro.

Mariners Cafe ni letaknya di Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. Telah wujud since 2012. Tapi ni baru first time aku menjengahkan diri ke sini. Sesiapa yang biasa jalan-jalan cari makan di IT Roo, tak pun minum-minum di Chaiwalla & Co., takkan terlepas pandang lah cafe ni. Satu area tu jugak. Tak berapa jauh antara satu dengan yang lain. Makanan yang dihidangkan pula adalah lebih kepada western food. Walaupun western, ada lah jugak beberapa selections on local delicacies. 

Mariners Cafe..
Menu yang ada..

Apa yang menariknya cafe ni bagi aku ialah hiasan dan lukisan yang ada pada dindingnya serta susun atur kerusi meja. Kerusi meja main mix and match je semuanya. Belasah saja tapi comel jugak lah. Bukan kerusi je ye yang ada. Sofa nak baring-baring pun ada. Memang sesuai nlah untuk bersantai-santai. Cafe ni dua tingkat, tapi ada satu tingkat kat atas tu ala-ala loteng lah pulak aku tengok. Tak pulak kami naik sampai atas sebab kebetulan ada satu wedding photo shoot tengah dibuat kat situ.

Kat dalam..
Kaunter pembayaran..
Hiasan dinding..
Lukisan dinding..
More seats..
More drawings..
Tangga ke tingkat 2..
More and more seats..
Tangga naik ke 'loteng'..
Loteng kat atas nun..
Kat mana kami melepak? Kami melepak di tingkat 2. Boleh tahan ramai orang jugak lah yang datang menjamu selera masa kami di sini. Duduk kat atas ni syok jugak lah tepi tingkap nampak orang lalu lalang. Kebetulan pulak ada marathon. Dok perhatikan je lah peserta-peserta berlari, berjogging, jalan kaki dan strolling along sambil makan jajan. Hehe..

Lepal kat atas..
Meriah nau jalan kena conteng..

Apa yang kami makan? Disebabkan ini edisi cafe hopping, kami order tit bits je. Tak nak makan berat-berat, kang tak boleh nak simpan ruang untuk cafe yang seterusnya. Hehe.. So we ordered some drinks, potato wedges and onion rings. Jamah-jamah je lah. 

Waliaooo lupa dah ni air apa namanya..
Wedges dia sedap!!
Onion rings pun sedap!

Disebabkan makan tit bits je so nak bagi markah pun susah lah jugak kan. Tapi tit bits dia kena dengan selera tekak aku, ambience makan-makan, lepak-lepak kat sini pun best, makanya best lah keseluruhannya. Boleh datang lagi lain kali!

Lunch promotion..

Masa aku pergi ada jugak Lunch promotion. Tak sure sekarang masih ada lagi ke tak. Boleh lah check it out! Next time datang aku nak try benda lain pulak!