Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, July 30, 2014

Beraya di Kebun

Aku orang bandar. Tapi aku masih ada kampung. Kampung mak dan bapak lah. Bila balik raya, aku merasa lah jugak beraya kat kampung. Meriah ko. 

Tapi raya kali ni, kami raya dalam kebun. Seronok weh, nak-nak tengah musim buah. Macam-macam buah ada. Untung orang ada kebun lah kan. Aku takde kebun. Makanya, aku tumpang makan je lah buah-buah ni. 

Pulasan..

Wednesday, July 23, 2014

Gentel Jangan Tak Gentel

Ini lah kerja aku setiap tahun menjelang raya. Menggentel dan menggentel. 

Tart cara old school..

Kuih wajib setiap tahun! Itu pun kalau aku balik awal ler. Kalau aku balik malam raya, memang tak ada yang nak menggentel. 

Boleh meniaga lepas ni! Ehekk..

Monday, July 21, 2014

South Korea 7th Edition ~ Final Day

Monday, 27th January 2014

Kisah sengal di hari Isnin. Kalau ikut plan asal, memang dah dalam flight dah ni. Tapi aku masih kat Seoul yay! Biol sangat. Pagi-pagi ni, aku say bye bye kat Kia yang akan balik ke Malaysia. Tinggallah aku sorang-sorang kat sini. Nama je tinggal sorang-sorang tapi sebenarnya ada je kawan kat tempat lain. Hehe..

Seperti yang aku dah explain dalam entry yang lepas, hari ni aku akan bertapa kat TLJ. Dengan mek Queen. Sementara tunggu Queen datang, aku bermalas-malasan je kat hostel. Malas nak keluar dah. Beg yang dah dipack, aku hamburkan balik dan pack semula. Dah tak ada kerja kan.

Queen datang ke hostel dalam pukul 12 lebih kurang. Dah tu kami pun bersama-sama gerak ke TLJ. The rest of the story can be read here.

Dah habis menbong, sewel, meroyan entah macam apa tu, aku terus balik ke hostel, ambil barang dan terus ke airport. Naik subway train ler hapa lagi. Dah malam macam ni, airport bus pun dah tak ada dah. Terhuyung hayang bawak 4 beg. Siap ada mamat datang untuk tolong lagi. Haha.. Akhirnya berjaya juga sampai ke airport. Cari port untuk menggelimpangkan badan.

Port Tidur..















Wednesday, July 16, 2014

Aipong Sengal

Entry ini ialah cerita tentang Aipong. Alkisahnya aku ada sebiji Aipong. Banyak dah berjasa Aipong ni. Tapi tiba-tiba entah kenapa, Aipong ku ini merajuk. Tak boleh on langsung. Mungkin dah habis bateri lah kan, maka dicas lah Aipong tu. Tapi punyalah lama cas, tak ada tanda-tanda Aipong tu akan bangun semula.

Makanya aku pun cuak lah kan. Awatnya dengan kau ni Aipong oii? Maka terus lah bergegas ke epal punya service center. Ada amoi yang menyambut dikaunter. Aku pun bercerita lah apa yang telah terjadi. Dia pun angguk-angguk dan bawa masuk ke dalam untuk diperiksa. Ingatkan sekejap je periksa. Dekat sejam jugak lah. Dah tu dia pun keluar.

"Moi, telefon ko rosak suda ni. Nda bulih kasi betul suda". Terasa jantungku bagai nak tercabut kat situ jugak. OH.EM.GEE. Biar betul? Menangis lah. Oklah rosak pun rosak lah, aku terimalah jugak suratan takdir yang menimpa. Aku pun bertanya lah macam mana nak retrieve segala harta karun dalam tu, dan amoi itu pun menjawab, "Nda bulih sudah tu mau retrieve," DOUBLE OH.EM.GEE. Memang macam disiat-siat pulak dah jantung aku ni. Ala, tak boleh dah ke. Gila sedih kot! Mari lah kita tanam je Aipong ni. Sobs!

Bye Bye Aipong.. Sobs.. 

Sunday, July 13, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 4: Choi Siwon at Gwanghwamun, KTO, Ehwa Bulojingo, Ghost the Musical

Sunday, 26th January 2014

Final day in Seoul! Besok balik dah. Tinggal hari ni je untuk merewang jalan-jalan. Sebelum keluar, kami nak kena packing siap-siap dan checkout. Flight aku ke Manila (kisahnya untuk trip Seoul ni aku naik flight KK-Manila-Incheon return) sebenarnya besok pagi pukul 8 lebih. Tapi tak kuasalah nak bangun awal pagi pergi airport. Makanya, berhomeless di airport je lah kami malam ni. Jimat duit hostel satu malam. Hehe..

Nak packing ni Ya Rabbi, gila pening kepala. Masing-masing shopping bagai nak rak kan. Tak pikir consequences yang bakal mendatang. Dah macam hapa dah. Dah lah GG Hostel ni kecik comel cemetot je. Dah tu kemain banyak barang yang nak dikemas dan dipack. Sangat lah bersepah sampai tak muat bilik. Nak kemas pun sampai kena ikut giliran. Asalnya aku datang Seoul ni bawak satu beg je. Tapi bila kemas-kemas nak balik ni jadi 4 beg! Nangis mak..

Stress ngemas berposingkan coat unnie yeppoyo 50K..


Saturday, July 12, 2014

Benda Apakah Ini?

Cuba teka benda apa ni? Kalau dapat teka, aku bagi hadiah. :P

Apa ye?


Saturday, July 5, 2014

Oficially Bye Bye

Akhirnya, selepas almost 3 bulan bersusah payah mengemas, rumah ini aku tinggalkan juga. Sedih nak say bye-bye. Dah 7 tahun kot aku duduk rumah ni. Rumah besar, sewa murah (kalau duduk ramai-ramai), tuan rumah pun baik. Tapi dah tak mampu dah aku nak duduk sini sorang-sorang. 

My big room..

Bilik kedua..

Bilik ketiga..

Ruang tamu..

Tempat aku golek-golek tengok TV..

Ruang makan dan tangga ke atas..

My favourite hideout untuk campak barang bila ada orang datang ke rumah..

Kitchen..

Ini cuma SUKU dari hasil buangan bila pindah rumah..

Bye bye bye bye bye...

Dari rumah 2 1/2 tingkat, pindah masuk apartment 3 bilik. SENGSARA nak sumbat barang. Sobs!

Thursday, July 3, 2014

4096

Dah malas main Candy Crush, main game ni pulak. 2048 kot namanya. Tapi baru start main dah terus dapat 4096. Terer sangat aku main. 

Weeeehuuuuuuuuuuuuuuu~!!

Next aim is 8192. Entah jaman bila baru boleh dapat tu.

Tuesday, July 1, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 3: Alchon at Ehwa, SMTown Pop Up Store at Myeongdong, BigBang at Olympic Park, Grill5Taco at Gangnam

Saturday, 25th January 2014

Hari yang lemau, hujan renyai-renyai, cuaca sejuk ya amat, angin kuat, tapi gagahkan jugak diri ini untuk keluar. Tapi keluar pun dah lambat dalam pukul 9 lebih gitu. Menyorok dan membungkuskan diri dalam comforter lagi best time-time macam ni. 

Tapi dah disebabkan berjanji dengan kawan si Kia, kami keluar lah jugak. Kawan Kia ni tengah belajar kat Ehwa. So, malas nak pi merewang jauh-jauh, kami jumpa di Ehwa je. Dah jumpa tu terus pergi makan. Haha.. Dah kelaparan sangat kot tak breakfast. Kawan Kia bawak pergi makan kat Alchon. Sebenarnya ada banyak cawangan Alchon kat Seoul ni. Tapi disebabkan kami dah kat Ehwa ni kan, so pergilah yang ada kat Ehwa ni.

Tadaaa.. Alchon..