Friday, August 16, 2013

Nest Boutique Hotel, Kuala Lumpur

Hait! Aku berpeluang duduk kat hotel ni sempena short visit aku mengong drive ke KL seorang diri dari JB. Tak ada kerja, cari kerja. Ni lah jadinya. 

Nest Boutique Hotel ni letaknya kat Jalan Ipoh. Aku pun tak tau macam mana aku end up kat hotel ni. Mungkin sebab aku tengok gambar-gambar kat internet hotel ni nampak cantik. Hahaha.. Lagi pulak ada offer 1 malam RM100. Lagi  pulak, katanya parking tak ada masalah. Cuma kena bayar RM5 per entry je. Kira boleh lah kot?

Dah sampai tu aku pun sekadar parking kat belakang lot kedai untuk check in terlebih dahulu. Staf kat kaunter kata parking lot tu ada tapi bukan diorang punya. Kena pusing agak jauh jugak. Terus terbangak aku kat situ. Alahaii.. Jauh ke. Nanti tengok lah jauhnya macam mana. Kita masuk bilik dulu.

Lorong ke bilik..

Dah masuk bilik tu not bad jugak lah. Bilik tak ada tingkap. Patut lah murah kan. Ni maunya berkepam takde udara keluar masuk. Nasib baik bilik yang aku masuk ni tak ada bau apa-apa. So kira boleh lah.

Basic je ye. Tak ada cerek, drinks whatsoever. Peti ais pun tak ada. So pandai-pandai lah bajet kalau nak duduk kat sini.

Katil..

Toilet..

Shower & Sinki..

Pintu masuk & TV..

Dah lepas check in tu aku keluar. Nak tengok lot parkingnya kat mana. YA AMPUN  memang jauh. Kalau aku keluar waktu malam memang scary nak parking sini dan jalan kaki balik ke hotel. Dah tu malam-malam, palang dibukak, tak ada orang jaga. Sangat lah tak selamat. Sudahnya aku tawakal je lah parking kat lorong tepi lot kedai yang berdekatan dengan hotel. Alhamdulillah, besok pagi tengok selamat kereta aku. ^^

Kesimpulannya, hotel ni ok. Dekat dengan Chow Kit Monorail, jalan kaki tak sampai 5 minit. Tapi kalau ada bawak kereta tu aku tak rekemen lah duduk sini. For more info go to http://www.nestboutiquehotel.com.my/

0 comments :