Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, January 30, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Prologue

Hallu! Saya baru balik dari merewang-rewang di Jepun. Yayy!! Macam tak percaya pun ada. Dah banyak dengar cerita orang, nak ke Jepun susah. Nak deal dengan visanya lah, dengan rate currency yang tinggi lah, harga barang yang mahal lah, nak makan susah lah. Guess what? We managed to survived 10 days with +-RM3000.00. Tak percaya? Percayalah!

Pada awalnya K Awa, K Abid dan Nott dah beli tiket ke Jepun ni. Aku tertinggal kat belakang tak join sebab aku tak boleh nak agak future aku macam mana kan. Buatnya rezeki aku untuk sambung belajar datang, kenalah aku pergi belajar. Tapi lama-lama tu macam gatal jugak tangan ni nak beli tiket flight. Tak boleh jadi ni. Beli lah. Join geng-geng yang lain. ^___^

Sebelum pergi, sempat tanya my sis samada dia nak ikut atau pun tak. To my surprise, terus dia melompat-lompat nak ikut. Minah ni hantu Jepun. Manga lah, Anime lah, JDorama lah. Memang sesuai sangat lah pergi Jepun kan. Bukan musim cuti sekolah pun dia sanggup ambik cuti. Tak dapat cuti, dia sanggup ambik cuti tanpa gaji. Punya semangat nak ikut!

Friday, January 18, 2013

Maybank Malaysia Open 2013

Tak pernah terfikir pun nak pergi tengok badminton match. Tapi disebabkan aku ada satu hari untuk dibazirkan, dan tak tau nak buat apa, aku terus melangkah ke Mid Valley, beli tiket kat Rock Corner, jalan-jalan sekejap dan terus bergerak ke Stadium Putra.

Kebetulan hari ni pusingan separuh akhir. And i see some familiar names playing today. Lee Chong Wei ada, Saina Nehwal ada, dan yang paling best Lee Young Dae pun ada. Hikssss..

My ticket!

Dah lama jugak lah sebenarnya tak menjejakkan kaki kat Stadium Putra ni. Last time datang sebab meroyan tengok SuJu back in 2011. Lepas tu tak ada dah. Alih-alih dengar stadium ni tutup untuk renovation. Apa yang direnovate pun aku tak tau.

Long time no see!

Some events outside..

Aku sampai lambat. Malas nak rushing-rushing. Sebelum masuk, aku skodeng-skodeng keadaan sekeliling stadium. Sempat jugak masuk jamban. Hurmm.. Tak terbela pun jamban ni. Apa yang direnovate? Dah abis skodeng, aku masuk. Wahh rindunya aku kat susasana dalam stadium ni. But wait.. Sama je dengan sebelum ni. Mana yang direnovate? 

Inside..


Banyak membebel aku ni pasal renovate-renovate ni. Tak nampak apa-apa perubahan pun. Kerusi pun ala-ala nak tertanggal jugak. Ada yang tercabut sana sini. Hurmm.. Dia renovate bumbung kot.

The game started. Ramai jugak yang datang tengok ni. Tak kira bangsa agama. 1Malaysia lah kan. Sekali sekala terdengar orang bersorak bagi semangat ke pemain. Meriah jugak lah. Somewhere in between tiba-tiba blackout kat sebelah kanan stadium. Lohh.. Tak ada lampu pulak dah. Beberapa game terpaksa ditangguhkan sebentar sementara lampu dibaiki. Chaitt.. Buat malu je. Other than that, aku relaks dan layan game.

Darren..

Sania..

Lee Young Dae and geng.. Hikhiksss..

Atuk Chong Wei..

Boleh dikatakan seronok jugak lah tengok live depan mata. Kalau kat rumah dok menyumpah-nyumpah depan TV je. Kat sini boleh join menyumpah-nyumpah dengan pakcik-pakcik yang duduk sebelah aku. Hehehehe.. It was fun.

Dah! Tak tunggu sampai habis. Aku nak kena balik semula ke KL Sentral, ambik beg dan melangkah ke LCCT. Aktiviti homeless akan dimulakan sebentar lagi..

Monday, January 14, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 4: Oamaru: Harbour Street Market, Steam and Rail, Blue Penguin Colony, Heritage Radio, Dunedin & Portobello

Hurrrrrrr.. Dah berapa lama dah tak update jalan-jalan NZ ni. Gila malas tahap gaban terbongkang dah ni. Kita buat slow-slow lah ye. Here goes............


Sunday, 29th April 2012
Oamaru --> Dunedin --> Portobello

Setelah kesejukan tidur tanpa heater (seksa ya amat tau!), kami bangun. Secara officialnya, tempat tidur aku memang lah kat bumbung van. Nott dah tak kuasa nak panjat, K Abid lagi lah. Kirim salam saja katanya. Aku mengalah lah. Tak kisah lah. Aku maknae. Kena ikut dengar cakap kakak-kakak. Hahahhaa.. Bersiap-siap ala kadar (tak ingat aku mandi ke tak, hahaha) dan mula bersilat kat dapur for a simple breakfast. Goreng-goreng apa yang ada, buat toast dan minum teh panas. Nikmat sungguh.

Breakfast..

Thursday, January 10, 2013

Persediaan Wajib

Aktiviti persediaan yang ni memang tak boleh ambil lewa kalau nak pergi jalan-jalan. Sila lah charge semua alat elektronik yang ada. Tak cukup bateri, sila beli extra bateri. Tak cukup tu, sila beli power bank. Power bank pulak beli dua. Yang pakai cable satu, yang attached kat handphone satu. Tu dia. Memang kaw-kaw punya persediaan. Bukannya hapa, sangat berguna benda-benda ni especially bila kita pergi ke tempat-tempat yang susah kita nak cari port mengecas.

Ni boleh malatop satu rumah ni over current..

Kebaikannya bawak gadget-gadget ni, kita tak gelabah lah kan bila kamera habis bateri, phone habis bateri. Keburukannya, BEG JADI BERAT. Hurrrrr...

Tuesday, January 8, 2013

Concorde Inn KLIA

One of my favourite hotel lah kiranya ni kalau aku ada meeting kat PanPac KLIA Sama-Sama KLIA Hotel (Why the hell they named it Sama-Sama? Macam nama rumah tumpangan je). Macam mana tak favourite. Hotel ni je lah yang mampu aku duduk. Nak duduk PanPac KLIA Sama-Sama KLIA Hotel tak mampu. Itu pun kalau meeting start awal pagi lah kan. Kalau meeting start lambat, aku balik hari je KK-KL. Penat macam hapa.

Well, hotel ni convenient jugak lah sebab dekat sangat dengan KLIA. 5 minutes drive gitu? Dan ada disediakan free shuttle to and from KLIA. Tunggu kat pintu no 3 tak silap aku kat Tingkat 1 KLIA. Shuttle service pulak setiap 20 minit sekali. 

Kat dalam..

Bilik hotel, luas, selesa. Kalau susun betul-betul boleh sumbat 8 orang. Hahahaha.. Tengoklah nanti akan aku buat sumbat-sumbat orang ramai-ramai macam tu. Pricing? Aku ikut harga gomen. RM160 satu malam with breakfast. Provided, ko kena bawak ID gomen ko lah. Tak bawak, kirim salam je lah. Bayorlah RM200++.

Lain-lain? Oh ya. Ni tips lah ye. Kalau nak gerak ke mana-mana jangan guna khidmat teksi hotel ni. MAHAL! Sebab pakai inhouse taxi. Khas hotel punya. Aku ni tak tau lah kan. Pergi Cyberjaya yang sekangkang kera tu je aku kena RM110. Cisss.. Baik naik free shuttle balik ke KLIA, naik KLIA Transit ke Putrajaya Sentral dalam RM6++ gitu dan ambik teksi dari situ pergi Cyberjaya dalam RM13 je. Tak sampai RM30!

Apa-apa pun, banyak komplen macam mana pun, breakfast dia sedap. Hehehehe..