Tuesday, May 20, 2008

Blajo Weh!

Ok. Time to get busy. First day of training. Pagi bekfes kat food court 2. Makan pun cari yang murah2 je sebab nak jimat kupon. Hehehe.. Suprisingly, harga bekfes paling mahal pun Rs15. Takdelaa mahal mana ekk. Boleh la kot last long kupon2 aku ni.
After breakfast we go striaght to GEC - Global Education Centre. Kat sini la kami akan undergo training. Our class is at SL5. Kat mana pun aku tak tau. Redah je la nanti. Sebelum masuk ke GEC kami kena go through security check. Pak gad n mak gad memang dah stand by kat depan GEC tu. Diorang akan check setiap beg yang dibawak masuk. To make sure no cameras, no pendrives, hardiscs, etc. etc. tak dibawak masuk. Strict jugak ye. Lepas abis tu kami menonong cari SL5. Katanya SL5 tu kelas at Second Floor, Left Wing of GEC and kelas no 5. Whoa.. No wonder la namanya SL5. Senang je. Bila dah sampai tu, tecit je tulisan SL5 tu. Nama kelas kami sebenarnye Robert Norton Noyce. Setahu aku nama2 kelas ni dinamakan after tokoh2. Tapi sape plak pokcik Robert ni ye? Ada kena mengena ngan Norton Anti Virus ke? Hahaha..
So, we go straight to tujuan utama aku menyusah2kan diri datang India ni. Training yang kami attend ni namanya Infosys Foundation Program. Ada several modules yang akan didedahkan sepanjang kami kat sini. Some of the modules ada yang aku dah familiar. Ada gak yang baru. Our batch is placed under J2EE stream. So apa yang dipelajari sepanjang 2 bulan kat sini adalah berkaitan dengan J2EE. Setiap batch yang datang training kat Infosys ni akan dipertanggungjawabkan kepada sorang Batch Owner. Our batch owner name is Suchitra Ravi Subramaniyam. Tecit2 comei2 je orangnye. Kalau ada pape memang refer pada dia je.
First day of training n our first module is Programming Fundamentals. Belajar balik C Programming. Aku ni dah sememangnye agak bengap dalam programming memang excited dapat belajar balik. Memang seronot. Our trainer is Meenakshi. Dia ni banyak pengalaman kerja dalam software development. So memang bagus la. Cara penyampaian dia pun best. Tak rasa boring pun. Module programming fundamental ni is scheduled for 6 days. 4 days of training n 2 days of project. At the end of the day je mesti ada assignment. Kena siapkan n submit the assignment online.
Hari pertama ni keadaan agak bercelaru sket. Ye lah, tempat duduk tak assigned lagi. So redah je la nak duduk kat mana pun. Aku n geng pilih seat depan2. Mata potek cam aku ni mana bley dok belakang2. Tak nampak. Nanti tak paham apa cikgu ajar. Hahaha.. Semangat hari pertama memang camni. Tengokla besok n hari2 seterusnya. Gerenti aku dok belakang2. Lepas dok tempat tu ada sesi bagi2 buku teks. Cam jaman2 skolah plak. Diorang ada provide reference book untuk module yang berkaitan dengan apa yang kita belajar ni. Bagus gak ek. Pastu sesi bagi2 cawan plak. Cam kelakar pun ada. Diorang provide cawan ni untuk kitorang punya tea break. Best woo.. Ada vending machine kat luar kelas tu. Time break just pi tadah je teh ke nescafe ke kat situ n minumlaa sampai mabuk. Tak kisah pun.
Our lunch break pukul 11.30 sampai 2. Lama kan? Best betul. Cam long break hari jumaat plak. Hehehe.. Diorang baik hati bagi break lama sket coz nak balik sembahyang lagi kan. GEC ke hostel dah la jalan 10 minit. Jauh tu. Kalau tak mo jalan naik la beskal. Tapi biasanya beskal memang cepat abis. Tak dan nak capai. Makan lunch pegi food court 2 je la. Itu yang paling dekat ngan hostel. Menu hari ni? Chicken Kabab with Ghee Rice. Nasi dia mak datuk. Banyak giler. Boleh makan dua orang ni. Aku mintak kurangkan. Pelik je mat india tu. Sorry laa, perut I kecik. Hehehe..
Pukul 2 start balik training. Disebabkan tempat duduk tak assigned lagi, intern ID n PC login + password pun tak dapat lagi. Selagi benda2 ni tak dapat susah la kita nak buat assignment, nak access email n so on. Serabutnye ya amat. Diorang ni kan, dah tau 100 umat nak datang dari mesia, siapkan la semua awal2. Takde la haru biru camni. Sabo je la. Dengar je la apa Meenakshi ajo kat depan tu. Dah abis blajo wat assignment plak. Hangguk! 10 assignment kena siapkan. Sabo, sabo. Malam ni datang lab balik. Hehehe..
Petang tu kami keluar pi Mysore Town. Ni kes dah tak sabo2 nak berjalan la ni. Hema handle all the transportation. Dia dah pro. Boleh jadi leader. Aku tukang follow je kat belakang. Kami 5 orang plus Shamala, Sha n Ruby (tutors from UTHM) and Pak Tam & Ihsan (Lect from UiTM) joined this trip. Bukannya apa pun. Saja jalan2 release tension. Baru satu hari dah tension. Belum lagi dua bulan dok India ni. Hahaha.. First stop kami ke Mysore Saree Emporium. Dari luar tengok cam kedai mahal je. Tapi takpe. Masuk dulu. Sari memang lawa2 kat situ. Aku sempat pow satu. Kaler biru. Memang biru yang aku suka banget. Tapi embroidary dia kaler gold + merah la plak. Adeh.. Tak kisah la janji biru dia menawan.
After that kami baru pi ke Mysore Town. Hecticnya. Dusty, sesak. Nak pengsan aku. Jalan pun berpimpin2. Takut punye pasal. Hehehe.. Nasib baik Hema n Shamala ada. At least takde laa orang2 Mysore ni pandang kami semacam. Ada gak kaum dia jalan2 dengan kami ni. Ahakss.. Pegi masuk kedai yang sale je. Hema & Shamala sempat pow banyak kain untuk punjabi suit. Aku ni pandang je la. Mana reti nak pakai punjabi2 ni. Diorang dah beli kain tu siap hantar pi tailor lagi. Katanya tak la mahal mana. Satu pasang baru Rs100. Tu baru lapan hengget beb! Sapo nak bagi harga camtu. So untung la diorang. Tak payah bawak baju banyak2 pun takpe. Boleh beli siap jahit lagi kat sini. Tak macam aku. Takdenye baju tu rotate seminggu. Rotate sebulan pon boleh. Hahaha..

Mysore @ Night. Banyak setan rupanya tengah2 bandar ni..
Around 9 malam jugak kami sampai Infosys. Masing2 dah penat. Pegi lab? Sorry la. Besok je la aku siapkan assignment semua tu. Haha.. Balik bilik konon penat la nak tido terus. Tapi sari yang aku beli tadi dok memanggil2 aku suruh tengok balik. Apa lagi. Bongkar ler. Shima pon bongkar sari dia gak. Cantik plak bila dah sampai bilik ni. Tapi bila tengok2 balik, sari aku ni cam bendera Johor pun ada gak. Wakakakaka.. HIDUP JOHOR!! ^__^V

0 comments :