Sempena beberapa hari kami merewang kat Penang ni, kami stay kat Anggerik Lodging. Lokasinya kat Gelugor. Aku ni entah dua ke tiga kali sampai Penang ni. Peta Penang pun tak habis nak hapal. Dah sampai kat hotel ni baru tau, kita ni kat belah pulau rupanya. Haha..
|
Anggerik Lodging Hotel.. |
|
Reception Counter kat dalam.. |
Yang buat urusan booking ialah Cik Dila. Dia dah pernah stay sini sebelum ni. Katanya ok dan harga agak murah dan berbaloi. Aku pun main ikut je lah sebab malas nak mencari. Hehe.. Kami berempat kongsi satu bilik. Agak kecik jugak lah ruang dalam bilik ni. Tapi kira boleh lah jugak sebab setakat nak tidur je kan.
|
Satu ruang bilik with twin beds.. |
|
Satu lagi ruangan with double bed.. |
Dalam bilik ada toilet. Bergasak ler berebut 4 orang. Hehe.. Harga satu malam per person ialah RM45. Not bad jugak lah. Breakfast katanya ada disediakan tapi kami tak pulak sempat nak merasa sebab pepagi buta dah keluar. Hehe..
Boleh dipertimbangkan lah kalau nak dok kat sini. Tapi kalau nak tanya aku senang bergerak untuk jalan-jalan ke tak dari Anggerik Lodging ni, aku pun tak tau nak cakap macam mana. Kami sewa kereta dan pakai WAZE. Hehe..
0 comments :
Post a Comment