Orait, aku simpulkan mana yang boleh disimpul kat sini. Aku cerita sikit kisah jalan-jalan ke Padang dan Bukittinggi selama 5 hari 4 malam ni (5th Feb 2014 - 9th Feb 2014). Sedikit sebanyak boleh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak merewang-rewang ke Padang dan Bukittinggi ni. Tapi trip yang ni unik sikit sebab most of the time kami menggunakan motorsikal untuk meronda. :-)
Museum Adityawarman, Padang.. |
Secara keseluruhannya, kami stay 3 malam di Bukittinggi, dan 1 malam di Padang. Tak ada plan yang konkrit pun asalnya. Tanya sana sini, dan tanya K Elsa (ex-colleague yang memang asal Padang) pun katanya lebih bagus jalan-jalan Bukittinggi. Padang ni tak ada apa katanya. Stay di Bukittinggi kami berkesempatan untuk ke Payakumbuh dan Danau Maninjau. Dari situ, berikut adalah tempat-tempat yang kami singgah:
Agam Regency
Danau Maninjau
Kelok 44
Rumah Buya Hamka
Bukittinggi City
Fort de Kock
Jam Gadang
Lobang Jepang
Ngarai Sianok
Plaza Bukittinggi
Taman Marga Satwa
Taman Panorama
The Hills
Padang City
Brigitte's House
Jembatan Siti Nurbaya
Minangkabau International Airport
Museum Adityawarman
Padang Beach
Pasar Raya Barat
Plaza Andalas
Payakumbuh City
Lembah Harau
Kat Padang sebenarnya ada banyak jugak tempat nak pergi, tapi tak ada kesempatan. Contohnya Pantai Air Manis yang terkenal dengan batu Malim Kundang tu. Nak kena keluar sikit lah dari bandar. Dari segi perbelanjaan pulak, boleh dirumuskan seperti yang kat bawah ni. Kiranya ini per head lah ni.
Guesthouse / Hostel (4 malam) = IDR320,000
Hello Guesthouse Bukittinggi (3 malam) = IDR225,000
Brigitte's House (1 malam) = IDR95,000
Pengangkutan = IDR212,000
Bas Airport ke Padang = IDR22,000
Bas Padang ke Bukittinggi (return) = IDR36,000
Angkot Bukittinggi ke Guesthouse (return) = IDR5,500
Sewa Motor (2 hari + petrol + parking) = IDR84,500
Bas Padang = IDR4,000
Airport Transfer = IDR60,000
Bayaran Masuk (Entrance Fees) = IDR22,000
Fort de Kock & Taman Margasatwa = IDR10,000
Lembah Harau = IDR5,000
Taman Panorama = IDR5,000
Museum Adityawarman = IDR2,000
Makan, Minum & Jajan = IDR146,000
Makan, Minum & Jajan = IDR146,000
Lain-lain / Others = IDR50,000
Local Sim Card (XL 11GB) = IDR50,000
TOTAL = IDR750,000 ≈ RM210.00 (Rate semasa MYR1.00 = IDR3,571)
Nganga je belanja sepanjang kat sana cuma RM210.00. Not bad. Boleh pergi banyak kali dan stay lama-lama sikit. Kat sini memang aku stresskan ground expenses je. Sebabnya tiket kapal terbang tu tak dapat nak fix. Boleh berubah bila-bila masa. Tiket penerbangan yang aku beli pula seperti berikut:
Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur (MAS) = RM245.00 (return)
Kuala Lumpur ke Padang (AirAsia) = RM204.00 (return termasuk baggage)
Airport tax Minangkabau Airport = IDR100,000 ≈ RM28.00
So, jumlah yang berkaitan dengan tiket ialah RM477.00. Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk trip ni ialah RM687.00. Alhamdulillah. :-)
Sebenarnya boleh kurangkan lagi perbelanjaan tu. Nak cheapskate sangat, tak payah beli simcard dan tak payah naik airport transfer. Boleh dapat RM189.00 untuk ground expenses.
Okeh! Dengan ini secara rasminya kita tutup edisi Padang-Bukittinggi. Yay~!!
0 comments :
Post a Comment