Thursday, September 4, 2014

The Ice Cream Project, Johor Bahru

Dah lepas jalan-jalan pusing tengok bandar JB yang semakin hip katanya ni, akhirnya kami pun singgah ler ke cafe yang terakhir untuk hari ni. Namanya The Ice-Cream Project. Kedai aiskrim! Tapi kedai aiskrim ni lain daripada yang lain. Aiskrim yang dibuat adalah on the spot, selepas customer siap buat order dan bayar dengan menggunakan nitrogen. Haaa.. Canggih tak canggih gitu kan.

The Ice-Cream Project ni letaknya di Jalan Dhoby. Berdepan dengan IT Roo Cafe tu yang glamer dengan chicken chopnya. Idokler berdepan betul-betul. Tapi area situ lah. Bukak agak lewat petang. Jadinya bila malam-malam macam ni ramai ler yang datang.

Depan kedai..

Dalam kedai..

Selain daripada jual aiskrim, ada jugak lah drinks and tit bits. Cookies lah. Tapi kalau dah sampai kedai aiskrim ni, kita order aiskrim lah kan. 

Menu..
Drinks..

Ok. Pilih aiskrim mana yang kita nak, pergi kat kaunter, order dan bayar dan seterusnya tunggu lah aiskrim tu siap. Aiskrim tu dibuat kat kaunter berasingan. Berasap-asap dengan gas nitrogen. Kelabu je bijik mata aku. Hehe.. 

Flavour Butterscotch lah ni yang diorder. Bila dah dapat tu, rasa memang sedap lah. Tip top. Tengok lah, harga dia, cara buat pun tip top jugak. Disebabkan tip top tu lah kami order satu je dan kongsi berdua. Haha.. Sekadar nak merasa je kan. Bukannya nak melantak gila-gila.

Tengah buat aiskrim..
Sedap!!

Dah habis tu, boleh lah balik kan. Tapi sebelum balik kena kemas dulu meja tu. Kiranya self service lah ye. Dah makan, sila kemas sendiri. Dah tu letak lah cawan ke piring ke apa ke di tempat yang dah disediakan. Kami makan aiskrim je, so tak ada apa sangat lah nak dikemas.

Sila kemas sendiri!!

Dah tu baru lah tour kedai ni. Takde lah besar mana. Kat tingkat bawah jual aiskrim. Kat tingkat atas macam jual merchandise, tshirts and so on. 2 in 1 jugak lah ni. Tapi aku malas lah pulak nak explore kat atas tu. Dah penat merewang, tak kuasa nak naik turun tangga dah.

From the back..
Menus & Kedai tshirt..

Ok. Sudah! Meh keluar. Dah keluar tu, kat pintu ada digantung signage aiskrim dah habis dijual. Dasat! Ye lah, kalau dah habis nitrogen tu, nak buek aiskrim macam mana dah lah kan. Datang lah besok pulak. Tadi masa kami order pun dia mintak tunggu jap, dia tengok dulu lepas siap aiskrim yang dia tengah buat tu, ada lagi ke tak baki nitrogen. Kalau ada lagi, boleh lah order. Kalau takde, takde rezeki ler jawabnya. Sampai gitu sekali kan..

Habis doh!!
Siapa nak cari kerja pun boleh.. 

Ok. Boleh datang lagi!!

Related Posts:

  • Kenyang di Senibong, Johor Bahru Ni first time tau aku datang Senibong! Selalu dok dengar orang makan seafood kat Senibong. Murah lah, apa lah. Cumanya aku je yang tak pernah pergi. Ni dah alang-alang ada yang mengajak, aku ikut je lah. Nak jugak tau Senib… Read More
  • ZZ Sup Tulang, Johor Bahru Lagi satu port makan kalau datang ke JB ni. Food Court di Hutan Bandar. Tau Hutan Bandar tu apa? Boleh dikatakan tempat untuk rekreasi lah. Kami datang pun untuk rekreasi jugak. Rekreasi perut. Kekekeke..  Food Co… Read More
  • City Square's Dapur Kita, Johor Bahru Aku tak ingat dah berapa lama dah aku tak menjejakkan kaki ke City Square ni. Ni datang pun sebab nak jumpa dengan geng jalan-jalan. Kalau jumpa, mesti lah nak kena lepak-lepak. Dah alang-alang berada kat City Square ni, me… Read More
  • Chaiwalla & Co. Container Cafe, Johor Bahru Katanya tempat ni dah dibuka sejak 2012. Tapi kenapa aku tak tau? Sebab aku orang JB yang tak duduk kat JB dan tak sempat nak pi ronda-ronda gitu. Hehe.. Bila geng makan ajak keluar mengexplore tempat-tempat makan kat JB ni… Read More
  • Maco Vintage, Johor Bahru ~ Again! Gedik sangat datang sini lagi. Hehe.. Dulu dah pernah datang. Ni datang lagi. Saja je datang lepak-lepak kat sini sebab nak celebrate birthday Mek Pijah. Dah tu, boleh lah kita try menu yang belum kita pernah try khenn?? … Read More

0 comments :