Sunday, 9th February 2014
Final day! Tapi masih ada masa lagi masa sebelum gerak ke airport, makanya kami pergi jalan-jalan dulu. Seawal pukul 7.30 pagi kami dah keluar. Pusing mana-mana yang patut, dah tu balik nanti baru breakfast dan seterusnya ke airport. Untuk ke airport kami gunakan transport dari Brigitte's House je. Harga boleh tahan ler kan mahalnya. Tapi macam dah penat sangat kalau nak kena jalan 3km, dah tu nak kena naik bas tepuk tangan, dah tu naik bas ke airport. Buang masa je nanti.
Disebabkan masih awal pagi kami berjalan dari Brigitte's menuju ke pasar. Saja je jalan-jalan tengok pasar. K Awa kata, kalau kita nak belajar tentang masyarakat setempat, kita kena pergi pasar. Tengok gelagat orang kat sana. Hehe.. Dalam setengah jam jugak lah kami jalan. Tapi takde lah sejauh Imam Bonjol semalam. Dah sampai sana, pasar pun tak bukak lagi. Ke hari Ahad memang tak bukak. Sunyi sepi je. Nama pasar ni Pasar Raya Barat. Maybe ada banyak pasar lah kot kan satu kat utara, satu kat selatan, satu kat timur. Walaupun sunyi, ada lah jugak empat lima kedai yang bukak berniaga. Skodeng gitu-gitu je. Sambil ngunyah apam yang dibeli dengan brader food cart kat tepi jalan.
Pergi pasar.. |
Pasar Raya Barat.. |
Apam.. Buat alas perut.. |
Dari pasar kami berjalan ke muzium pulak. Kami ni kalau tak masuk muzium memang tak sah lah kan. Dah sampai Ranah Minah ni. Kenalah tambah ilmu sebakul dua. Dalam 15 minit jugak lah kami jalan kaki dari pasar ke muzium ni. Museum Adityawarman namanya.
Museum Adityawarman.. |
Sebelum masuk ke perkarangan muzium, kita akan jumpa satu monumen yang didirikan sempena memperingati kejadian gempa bumi yang melanda Sumatera Barat pada 30 September 2009. 7.6 skala Richter. Kuat jugak tu. Banyak kemusnahan yang berlaku. Yang jadi korban pun ramai. Boleh lah cari di Google untuk tau dengan lebih lanjut.
Monumen Korban Gempa.. |
Ok. Masuk lah kita ke dalam muzium. Harga tiket masuk ialah IDR2,000. Murah je. Tapi ilmu yang boleh dibawak balik tu priceless gitu. Hehe.. Sebelum sampai ke depan muzium, kita akan jumpa lagi satu monumen berwarna putih. Monumen Bagindo Azizchan namanya. Nama diambil sempena nama Walikota Padang yang kedua selepas kemerdekaan di atas sumbangan dan perjuangan beliau dalam menentang Belanda pada masa tu.
Monumen Bagindo Azizchan.. |
Barulah nampak muziumnya.. |
Museum Adityawarman ni dinamakan sempena nama seorang raja Minangkabau pada abad ke 14. Menggunakan senibina Rumah Gadang, muzium ni memang ler banyak mempamerkan artikel, artifak dan apa-apa sajalah yang berkaitan dengan Padang dan Sumatera Barat pada amnya, dan juga adat dan gaya hidup orang Minang pada khususnya. Nah, kalau nak study dan tau lebih banyak tentang masyarakat Minang, boleh lah datang ke muzium ni.
Makanan sempena perayaan masyarakat Minang.. |
Perkahwinan.. |
Masyarakat Minang ni pulak, lain-lain tempat, lain dia punya adat dan budaya. Entah berapa banyak jenis masyarakat Minang yang ada kat sini. Orang Payakumbuh lain caranya, dressingnya, orang belah Bukittinggi lain lagi. Yang kat Padang ni lagi lah lainnya. Haha.. Pening aku. Yang kat Negri Sembilan tu agaknya ikut yang mana satu ye? Ke macam-macam jugak?
Selain dari adat dan budaya, ada jugak lah on senibina rumah gadang yang berbeza-beza di lain-lain tempat dan jugak sistem tulisan Minangkabau. Macam tulisan ancient Egyptian aku tengok. Hehe.. Meh belek sikit.
Belajar lah! |
Selain on the mainland itself, ada juga pameran tentang budaya suku-suku kaum yang terdapat di pulau-pulau sekitar Padang. Pulau yang paling dominan ialah Pulau Mentawai. Masih lagi virgin pulau ni. Orang-orang putih suka nau pergi pulau ni. Sebab katanya tempat yang best untuk surfing. Dah malas nau aku ni nak ambik gambar untuk hari terakhir ni. Apa yang ada je lah..
Mampu ambik yang ni je.. Huhu.. |
Dah habis merewang kat dalam muzium dan bergambar ala kadar, kami pun balik lah semula ke Brigitte's. Jalan kaki lagi. Dah sampai tu, memang kebulur lah jugak. So, terus ke dapur untuk breakfast. Ala kadar je breakfastnya coffee, toasts and mixed fruits sekadar mengalas perut. Masa breakfast sempat lah jugak berborak dengan seorang makcik orang putih dari Austria ni. Gigih dia berjalan-jalan sorang-sorang. Orang putih ni biasa lah kan. Bila ditanya berapa hari kat sini, dia kata depends. Kalau kita, aku lah especiallynya, dah cakap siap-siap dok sini dua hari, dok sana tiga hari and so on. Almaklumlah cuti ciput je.
Makcik ni kerja hospital. Tak sure lah pulak doctor ke apa. Tapi gayanya macam orang yang pegang jawatan besar-besar jugak ni. Sebelum dia cuti, dia buat overtime banyak-banyak supaya dia dapat extra cuti. Kalau kita OT banyak-banyak dapat duit extra. Dia kat sana dapat cuti extra. Syioklah kan. Setahun dapat 5 minggu cuti bergaji. Dia kata kalau rajin buat OT dapat extra 3-4 minggu cuti. Tambah tolak, buta-buta boleh dapat cuti 2 bulan! Menganga aku jadinya. Lagi best dia kata, setiap 5 tahun bekerja akan dapat cuti tambahan 3 bulan. OH EM GEE.. Jom kita kerja sana!
Ok, then it's time for us to leave. Naik transport provided by Brigitte's house IDR60,000 per person. Dah sampai airport, agak pening jugak lah sebab airport dia kecik je. Dah settle check in, pergi solat. Surau kat Indonesia ni campur lelaki perempuan. Makanya tak boleh lah nak togel-togel sesuka hati. Dah habis solat tu, aku terkejut ada seorang brader ni dok belek-belek kain telekung yang ada disediakan tu. Nak bagi kat aweks dia kot lah kan. Tapi last-last dia yang pakai kain tu. Hahahahaha.. Nak tersembur aku dibuatnya. Baguslah brader ni. Dia pakai seluar pendek sebenarnya. Pendek nau nak dibuat solat. Tebalkan je muka dan sambar je kain telekung. Hehe..
Boleh jadi calon menantu brader ni.. Haha.. |
Sementara tunggu nak boarding tu, kami buat homework matematik. Mengira total kemusnahan sepanjang 5 hari 4 malam kat Padang dan Bukittinggi ni. Dah ketawa tak keluar suara bila kira total cuma RM210 seorang je all in bila dah convert rupiah ke ringgit. Tu tak termasuk tiket flight dengan airport tax ler. Haha.. Ikut rate semasa lah kan. Sekarang ni entah berapa. Nanti aku buatkan summary and total cost in rupiah.
Bye bye!! |
Ok bye-bye! Tamat sudah pengembaraan 5 hari 4 malam ni Padang dan Bukittinggi. Semoga ketemu lagi di lain masa. Nantikan entry terakhir on costing. Chioowww!!
Muzium = IDR2,000
Makan, Minum & Jajan = IDR6,000
Airport Transfer = IDR60,000
Airport Tax = IDR100,000
TOTAL = IDR168,000
0 comments :
Post a Comment