Friday, August 15, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ Day 2: Merempit ke Lembah Harau, Payakumbuh

Thursday, 6th February 2014

Hari kedua di Bukittinggi wehuuu~!! Keluar dari guesthouse agak lambat jugak lah hari ni, sebab malas bebeno. Masa breakfast baru terhegeh-hegeh perah otak, plan nak pergi ke mana. Santai sangat kekdahnya. Breakfast pagi ni disediakan oleh Ling. Roti bakar kena drizzle dengan chocolate. Walaupun simple je bunyinya, presentation atas pinggan kemain mewah macam duduk hotel mahal. Tergamam terkagum sampai lupa nak ambik gambar. :P

Dah settle makan semua baru sebok tanya Ling, apa aktiviti yang boleh kami buat untuk dua hari ni. Ling pun cadangkan sewa motor dan pi jalan sana sini. Oklah. Kita sewa motor dulu. Bila dah confirm, Ling pun call seorang pakcik ni untuk hantar motor. Dah tu, kami deal je dengan pakcik ni. Masih belum tau lagi nak sewa motor untuk hari ni je atau untuk dua hari. Pakcik tu pun senang nak kawtim. Kalau nak sambung besok call je dia. Sewa motor sehari cuma IDR60,000. 

Dah dapat motor, baru lah boleh pergi jalan-jalan. Aku ni tak reti nak bawak motor, makanya duduk kat belakang je lah jadi bos. K Awa lah yang jadi drebar. Hehe.. Naik motor ni, senang lah jugak kan nak merempit sana sini. Tapi nak merempit kat Indonesia ni sebenarnya agak susah lah jugak sebab tak banyak signboard kat jalan. Nak menghala ke arah mana pun tak sure. Masa ni lah, perkhidmatan WAZE sangatlah berguna. 

Ling kata dari Bukittinggi ni boleh jalan-jalan naik motor ke Payakumbuh dan Danau Maninjau. Both places ni in opposite direction gitu. Leceh kalau nak pergi sekali harung. So, hari ni kami decided untuk pergi menghala ke Payakumbuh dulu. Besok baru jalan-jalan ke Danau Maninjau. Perjalanan ke Payakumbuh mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Itu pun sebab kami banyak makan angin tengok scenery. Sebelum jalan, kita isi minyak dulu!

Beratur nak isi minyak..


Ada funny story masa nak isi minyak ni. Kekdahnya, orang sini speaking minang pekat yo. Perkataan yang dia gunakan tu aku tak pernah dengar pun. Aku ni biasa jugak lah dengar orang N9 berborak. Paham lah jugak, sikit-sikit. Tapi ni out of this world sungguh. Dah tu, kesengalan lah pulak tak tau nak angkat seat motor macam mana. Hehe.. Nasib baik pakcik atendan tu memahami dan tolong kami sambil bebel-bebel. Too bad pakcik, kami tak paham apa pun. :P

Okies, dah sampai kat Payakumbuh ni, kami cuma jalan-jalan cuci mata melihat keindahan alam kat Lembah Harau je. Punyalah tak adventurous mana. Nama pun jalan-jalan santai kan. Lepak lama-lama kat sini tengok bukit, tengok sawah. Feeling-feeling tenang gitu. Nak sampai ke Lembah Harau ni, kita just jalan straight je ikut main road once dah keluar dari Bukittinggi. Ada simpang kiri kanan pun jangan belok-belok. Then kita akan nampak signboard Lembah Harau. Jalan je terus lagi. At the end tu memang kawasan Lembah Harau lah tu. Dah kat penghujung jalan, ada satu simpang tiga, kami belok ke kiri. Take your pick lah nak ke mana dulu. Nanti baliknya pun kena patah balik ke sini jugak.

Oh lupa nak cakap, nak masuk Lembah Harau ni kena bayar IDR5,000 seorang untuk entrance fee. :D

Lembah Harau..

Kalau ambik simpang ke kiri, kita akan jumpa dengan kawasan air terjun with kolam buatan dan gerai-gerai di kiri kanan jalan. Tapi disebabkan cuaca panas ya amat, hujan pun tak turun dalam seminggu dua ni bak kata Ling, makanya air terjun tu takde lah kelihatan. Macam sedey je. Tak ada orang pun kat sini melainkan kami, pakcik orang putih 4 orang dan peniaga gerai yang bukak berapa ketul je tu. Hari Khamis kan. Kalau hujung minggu mungkin ramai kot. Kami lepak-lepak sekejap kat sini setelah sejam setengah atas motor kan. Sampai berdengkot-dengkot melangkah sebab sakit pungkoq. Hehe..

Kawasan Rehat dan Rawat..
Map Lembah Harau.. Pintu masuk dari bawah.. Kami ke kiri dulu.. 
Nice huh?

Lembah Harau ni merupakan sebuah ngarai ataupun canyon dalam bahasa orang putih. Boleh nampak tebing granit yang tinggi-tinggi kat sekitar Lembah Harau ni. Dah tu mengapit sawah padi pulak tu. Mana tak terjojok mata dan ternganga mulut bila tengok depan mata. 

Nak ambik gambar, buat video clip ala-ala Bollywood memang cantik. Secenery dia ya ampun sangat best mata memandang. Tenang dan damai je. Kalau ada masa yang panjang, nak jugak kami bermalam kat sini. Ada lah jugak beberapa homestay kat sini. Cumanya kami ni jalan secara mengejut, tak buat persiapan langsung dan study pasal trip ni pun ala kadar je. So gigit jari je lah. Next time lah datang lagi. 

Dah tu, kami pun bergerak pergi menuju ke penghujung jalan satu lagi. Kat bahagian sini ada banyak kawasan air terjun. Memang sesuai untuk buat aktiviti riadah mandi-mandi. Kami datang menjenguk je lah apa yang ada. Parking motor kat tempat parking, dah tu jalan kaki masuk ke dalam.


Tempat Parking..
Moh jalan..

Jalan masuk sikit ke dalam kita akan jumpa dengan satu air terjun yang bernama Sarasah Beonta. Sarasah tu air terjun lah kot kan dalam bahasa Minang. Ke bahasa Indonesia? Entah aku pun tak tau. Hehe.. Kat Sarasah Beonta ni ramai lah jugak orang tengah piknik-piknik. Dah tu macam ada rombongan pakcik dan makcik ke air terjun lah pulak. Pakai baju sepesen je. Mesti orang-orang gomen buat LDK kan? Hehe..

Kawasan kemain cantik, tapi sayang air terjunnya tak nampak. Yang ada pun sikit je air mengalir. Kalau terasa haus boleh lah singgah kat gerai yang berhampiran untuk minum-minum. Duduk melepak layan blues pun best kat sini.

Sarasah Beonta..
Pakcik makcik buat apa tu??
Gerai depan air terjun..
Banyak air terjun..

Jalan ke depan lagi kami ditemukan dengan satu lagi air terjun. Tak jauh mana pun dari Sarasah Beonta. Sebab tak jauh mana, aku menyimpulkan air terjun yang kedua ni namanya Sarasah Murai. Kat sini ramai budak-budak muda melepak dan piknik dan mandi-manda. Macam budak sekolah pun ye. Aihh, tak sekolah ke dik? Mungkin rombongan sekolah lah kot. Yang budak permpuannya malu-malu kucen ayu-ayu bertudung dan berkain batik duduk di gigi air. Alahaiii.. 

Assume je Sarasah Murai.. 

Kami lepak sebentar di gerai depan Sarasah Murai ni. Lepak-lepak minum teh panas dan makan keropok opak sambil perhatikan BBNU di air terjun bergurau senda. Amboi. Gedik masing-masing. Tiba-tiba teringatkan zaman UTM dulu bergedik-gedik kat air terjun Gunung Ledang. Tapi masa tu perempuan je lah semuanya. Kalau gedik-gedik dengan jantan, tak pasal-pasal kang Puteri datang menjelma bagi tazkirah. Bagi tazkirah ye takpe kot. Kalau kena sergah? Haha.. 


Favourite drink kat Indonesia ni..
Tapi kita minum teh panas je..
Dan makan opak.. Malangnya yang ni terjatuh ke tanah dah.. So beli yang lain.. Hehe..

Selain kawasan air terjun, kat sini ada disediakan juga tapak untuk camping. Luas pulak tu kawasannya. Pada yang kaki camping tu boleh lah try camping kat sini. 

Camping site..

Dah hilang haus, dah alas perut, kami pun mula mengatur langkah. Untuk bergerak balik ye bukannya untuk jalan jauh ke dalam lagi untuk jengah air terjun yang lain. Malas lah. Kalau air terjunnya banyak air, gigih jugak lah nak ke sana. Kalau dah seciput yang turun, sama je kot rupa parasnya kat mana-mana air terjun. Makanya kita balik saja lah. Dah pukul satu lebih dah pun. Panas dan macam malas dah nak buat apa-apa. 

Bergerak balik ke parking, bayar harga parking dan terus chow chin chow meninggalkan Lembah Harau. Sambil on the motor tu sambil snap gambar. Aku tepek sikit gambar yang tak berapa Parkinson kat sini. :P

Rumah in the middle of nowhere..
Sawah padi terbentang luas.. 
Tebing granit yang tinggi-tinggi..
Ehhh... 
Kan best kalau buat rumah kat sini..
More sawah padi..

Habis dah. Keluar dari kawasan Lembah Harau dan menuju ke Bukittinggi. On the way nak balik tu kami singgah solat sat dan makan kat satu kedai ni. Lesehan Sudimoro namanya. Makan lauk ikan gurame. Seekor bakar, seekor lagi masak asam manis. Huhu.. Sedap wei. Highly recommended kot. Haha.. Ke tekak aku je yang rasa sedap. Aku ni, semua makanan rasa sedap. Apa je yang tak sedap. 

Meh singgah..
Menu..
Our lunch..

Dah kenyang, boleh lah balik. Total kemusnahan kat lesehan ni untuk nasi putih dua pinggan, gurami bakar, gurami asam manis, dua es jeruk cuma IDR46,000 untuk dua orang. Dalam RM13 gitu. Gila murah! Huhuhu..

bye bye Payakumbuh..
Eh ada orang jual kepsi lah..
Moh balik.. 

Jalan-jalan kat Indonesia ni kan, apa yang buat aku banyak sengih kat jalan ialah bila tengok billboard iklan diorang. Macam-macam. Kelakar pulak tu bila baca. Bagi kita kelakar lah. Bagi orang dia, tak ada apa pun yang kelakar. Ada yang sempat aku ambik gambar, ada yang tak sempat sebab mengekek gelak, parkinson, dah tu tak tertekan punat kamera. Hehe..

Kemain mamat-mamat yang atas tu.. Yang bawah buruk hehe..
Yaaa ngakk mentokk.. Korang tau tak mentok tu apa? Haha..
Sampai dah Bukittinggi..

Sampai kat guesthouse lebih kurang pukul 6 petang. Tak ada buat apa dah lah, lepak-lepak je sebab penat duduk atas motor. Dah malam sikit, kami keluar jalan kaki menuju ke Jam Gadang. Tak ada lah jalan sampai sana. Jalan-jalan kawasan sekitar je. Dah tu deal dengan pakcik motor, nak guna motor lagi besok untuk pergi ke Danau Maninjau. Sempoi je pakcik motor tu reply in English. Hehe.. Motor kami park di kawasan rumah Ling dan duit motor pun kami pass dengan Ling je.

Dinner malam tu kami makan ringan-ringan je. Makan sate. Mak Ling kata sedap. Sampai ke mak dia kami tanya makanan apa yang best. Haha.. Oleh sebab aunty tu kata sedap, kami pun pergi lah cari sate tu. Oklah jugak. Tapi tak ada lah sampai jadi favourite. Sate dia lain sikit sebab instead of kuah kacang, kita dapat some sort of kuah lemak. Nice but not so memorable. Hehe..

Abang jual sate..
Makan kat guesthouse.. Sate bertemankan teh panas..

Dah. Selesai sudah hari kedua. Hari ketiga bakal menyusul. Akan disiapkan secepat mungkin. Till then!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Sewa Motor = IDR30,000
Minyak Motor = IDR11,000
Lembah Harau Entrance Fee = IDR5,000
Makan Minum + Jajan = IDR50,000
Parking Motor = IDR1,500


TOTAL = IDR97,500

0 comments :