Tuesday, April 21, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 2: Sanam Luong, Wat Pho, Grand Palace & Platinum Mall

Saturday, 4th April 2009

Hari kedua. Seawal jam 7 pagi kami sudah keluar berjalan. Dari Chakraphong Road kami berjalan ke arah selatan menuju Grand Palace. Pandai-pandailah kami mencari jalan berpandukan peta free yang diambil dari airport. Untuk ke Grand Palace kami melalui satu kawasan lapang (yang mana menurut peta, taman kehijau-hijauan) yang bernama Sanam Luong. Tapi realitinya, tak lah hijau pun. Macam tapak funfair aku tengok dan agak kotor juga lah. Dah lama tak update kot peta tu. Hehehe..


Signbod..


Sanam Luong..



Kami berjalan lagi. Cuba menghabiskan masa. Grand Palace dibuka pada jam 8.30 pagi. Awal lagi ni. Kalau mengikut itinerari, kami mahu breakfast dahulu sebelum pergi ke Palace ni. Tapi sepanjang jalan, satu kedai pun belum dibuka lagi. Suasana lengang betul. Kami berjalan dan terus berjalan. Dah penat berjalan, kami melepak sebentar di public park. K Awa pun mengeluarkan senarai saktinya. Senarai tempat melantak lah. Kami berada di jalan yang betul Charoen Krung Road. Tapi mak datuk, jalannya panjang gila! Entah-entah restoran tu berada di penghujung jalan. Maunya pengsan kalau jalan kaki ke sana.


Grand Palace dari luar..


Ministry of Defence kalau tak silap aku.. depan Grand Palace..


Rumah kayu kat dalam Public Park.. teringat kat rumah limas Johor kat Danga Bay..

Susah juga nak berkomunikasi dengan orang tempatan. Tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Kesudahannya bahasa isyarat juga yang digunakan. Itu pun, boleh salah interpret lagi. Aku cerita lain, dia paham lain. Walaweeii.. Challenging sungguh! Lebih kurang jam 9 barulah berlumba-lumba kedai dibuka. Keadaan kembali meriah. Kereta mula memenuhi jalan. Dah start jem dah pun. Orang Bangkok jenis bangun lambat kot? Hehe..

Cari kedai makan, jumpa pula kedai apa namanya tu? Alah yang jual barang reben, bunga, doorgift untuk majlis kahwin tu. Kedai tu lah. Berderet-deret. Murah pun ye. Nasib baik aku takde tanda-tanda nak kahwin. Kalau tak, maunya aku borong kat situ. Huhu.. Tengah syok membelek, lalu seorang kakak yang pakai tudung macam kami. K Awa pun dengan aksi pecut 100m mengejar kakak tu untuk tanya tempat makan. Sayang, kakak tu pun tak tau skeeping London. Soi, soi je yang disebutnya. Sabor je lah ye. Jalan saja lah. Mana tau jumpa juga nanti.

Setelah merewang tak tentu hala, kami jumpa juga kedai makan halal. Itu pun setelah aku terliur tengok murtabak yang dijual dan dengan tiba-tiba makcik kedai tu bagi salam kat aku dan ajak aku masuk ke dalam. Syukur alhamdulillah! Dapat juga kami melantak pagi itu.

Aku sebab dah terliur tengok murtabak, aku makan murtabak lah. Yang lain-lain aku tak ingat diorang makan apa. Oly makan mi. Cerita nak makan mi ni pun kelakar juga. Makcik tu tanya medium or small? Masing-masing ternganga. Ada saiz juga ye? Nak juga tau medium tu banyak mana, small tu banyak mana. Kalau banyak buat rugi je ambik saiz besar-besar. Makcik tu pun pergi ke dapur dia dan bawak keluar sejemput kuey tiow dan sejemput mi hoon. Medium, small? Tanyanya lagi. Miahahahahaa.. Melekek aku kat situ. Saiz mi rupanya! Kuey tiow tu medium la dol! Yang small tu mi hoon. Ye lah makcik. Nak yang small ye. Kekeke..


Sebutannya Matabaa.. Penuh harkat dan idgham sekali ya.. 35Baht.

Lega dapat makan! Perut dah penuh, banyak lah tenaga nak jalan jauh ni. Hehehe.. Oh ya. Kedai makan ni kalau ikut peta, terletak di Jalan Tri Phet berdekatan dengan Old Siam Center dan School of Arts & Crafts. Tak berapa susah lah nak cari. Nama kedai ni? Aku lupa! Haha..

Kami bergerak ke Grand Palace. Sebelum tu kami singgah ke Wat apantahnamanyapanjangsangat. Aku sebenarnya tak pasti nama Wat ni apa. Tapi, aku difahamkan ada The Infamous Sleeping Buddha kat dalam. Dah alang-alang. Masuk sajalah. Nak juga tengok sleeping buddha tu macam mana rupanya. Ada tak rupanya macam Din Gemokk terlentang depan TV? Hehehe.. Jahatnya aku. Tapi, tu mak aku yang cakap ekk, bukan aku. Hehehe.. Entrance fee 50 Baht.


Perkarangan Wat Sleeping Buddha tu.. Kononnya tu patung Marco Polo. Tapi versi cina kot? Haha..

Kawasannya cukup besar. Orang pun ramai. Serabut jugalah kepala aku. Banyak sejarah wat ni. Tapi tak dapat nak tahu secara details. Nak upah tourist guide mahal. Tanya pakcik google je lah nanti. Huhuhu.. Kami tak lama di sini. Aku rasa seram semacam je masuk sini. K Awa pun sama. Tak tunggu lama, kami pun keluar.


Tu dia! Besor tak besor?


Duit syilling dimasukkan ke dalam satu demi satu mangkuk untuk dapat good luck and fortune. Agaknyalah. Aku pernah lihat ni dalam The Amazing Race 1.

Kami berjalan ke Grand Palace. Sebelah je. Tapi penat juga tu berjalan. Di luar perkarangan wat, ada pemandu-pemandu tuk-tuk yang offer bawa kami jalan-jalan. Sebelum kami masuk ke wat tadi, sudah ada yang ajak. Alasannya simple, Grand Palace dan Wat hanya buka pada pukul 12 tengahari. So lama lagi nak menunggu. Daripada buang masa, dia nak bawak berjalan ke tempat-tempat lain. K Awa pernah baca review kat internet yang orang-orang ni memang saja nak kenakan kita. Kononnya tempat-tempat tu bukak lambat lah. Tapi sebenarnya tak pun. Setibanya kami di wat pada pukul 10 pagi, orang dah ramai. Buka pukul 12 tengahari apa macam ni? Chaitt!! Bila kami blah dari situ, orang tu buat muka sebik. Huk aloh! Apa kes?

Yang ini pun sama. Bila tau kami nak ke Palace, dia kata palace buka lambat. Hahaha.. Dia ingat kami ni bodoh kot. Boleh kena tipu. Malas nak layan. Orang tu pun sempat buat muka sebik jugak. Entah apa-apa entah lah. So, pada siapa-siapa yang nak ke sana, hati-hatilah ye. Jangan sampai kena tipu.


Bangkok Taxis. SHOCKING PINK!! O_o

Grand Palace. Kompleks yang mempunyai banyak bangunan. Setiap bangunan lain-lain kegunaannya. Kisah sejarah siam terpampang dalam bentuk lukisan di dinding-dinding. Memang aku tak paham lah. Explaination pun dalam tulisan siam. Aku dan geng sekadar menikmati pandangan je lah. Dan berposing sakan! Entrance fee ke Grand Palace 350 Baht.


Berlatarbelakangkan Kawasan Palace..


Aku dan senjataku! Ramai yang jeles. Cuaca memang panas ya amat. Anak mat saleh sorang tu dok kenen kipas Nott je. Hehe..


Model of Angkor Wat.. Bilalah agaknya aku dapat pergi ke Angkor Wat yang sebenarnya?


CAK!! Mentelnya aku..


Tak tau building apa ni. Tapi cantik. Kalau takde kerawang-kerawang kat bumbung tu, macam kat Europe plak rasa.. Hahaha..


Guard ni boleh sengih-sengih time bergambor. Sabo je lah aku. Kalau kat Buckingham Palace or kat Windsor Castle, semuanya berdiri tegak je. Bergerak sikit pun tidak..

Tengahari hujan. Kami berteduh sebentar sementara hujan berhenti sebelum keluar dari kawasan Palace. Anak mat saleh yang kenen kipas Nott tadi, siap berjalan penuh gaya keluar dari kawasan palace dengan memakai payung. Hahaha.. Tadi Nott yang kerek, sekarang dia pulak kerek.

Keluar dari Palace kami menuju ke Bangkok Sight Seeing Tour. FOC. Suka aja kami benda-benda free ni. Duduk dalam tram diam-diam dan pusing-pusing Bangkok. Oklah ride tu, cuma yang tak bestnya, guide tu cakap siam. Ye lah. Mungkin dia ingat kami ni sama-sama siam jugak kot. Narathiwat mari. Huhuhu.. Sabo je lah. Mesti dia pelik kenapa kami tak gelak masa dia buat lawak, sedangkan yang lain-lain sampai nak terguling-guling atas lantai. Hahaha.. Sabo je lah ye.

Habis je ride, kami balik ke Inn. Naik tuk tuk. Siyes lawak naik tuk tuk ni. Lawak sampai aku rasa tak larat nak cerita. Baca kat sini je lah ye --> BangKOQ~!: Tuk tuk rides : I no english version. Pinjam ye K Awa. Hehehe..

Sampai Inn, aku kelepekan. Sempat lagi tidur, sebelum aktiviti seterusnya. Ke mana? Buang duit ler. Kami ambil teksi dari Inn ke Platinum Fashion Mall. Muahahahaha.. Ye yo oo je. Cuci-cuci mata lah. Kalau murah-murah boleh beli. Nak dijadikan cerita pakcik driver teksi tu tak tau langsung cakap english. Masak lah kami! Aku ditugaskan duduk di depan untuk melayan pakcik tu. Sadis sungguh!

Jalan jem. Teruk sangat. Dah dekat 20 minit, kami baru bergerak sejauh 500m. Itu yang aku tengok kat meter teksi pakcik ni lah. Sempat lagi pakcik teksi tu tidur. Tersengguk-sengguk aku tengok. Kesian betul. Bila traffic light tukar hijau, automatik dia tersedar dan teruskan driving. Bila tukar merah balik, dia sambung balik tidur. Fuh! Cayalah!


Democracy Monument..

Di satu persimpangan, pakcik menyumpah-nyumpah kerana jalan tutup. Beria-ia dia cakap siam dengan kami. Apa lah pakcik ni cakap ye? Nak tau apa dia cakap? Klik sini --> Bangkok: Kisah Teksi dan Baju Merah. Hehehe.. Malas sungguh aku nak cerita. K Awa, pinjam lagi entry ye. :p

Then di depan, pakcik tunjuk lagi satu bangunan. Sanam Ma! Sanam Ma! Dia sebut. Dengan tangan dan kaki lagi dia menggayakan. Aku tengok macam nak mula jurus Silat Sendeng jek. Hahaha.. Aduhai pakcik. Apalah Sanam Ma itu? Aku cepat-cepat tengok map. Wohooo.. Tempat lumba kuda rupanya. Patutlaa pakcik buat aksi tunggang kuda. Hahaha.. Aku pun sebut satu-satu nama tempat lumba kuda tu. Bersorak pakcik tu! Hehe.. Betul lah aku sebut ye?

Di kala teksi berhenti sekali lagi kerana jem, Pakcik sempat lagi membeli bunga dari penjual bunga yang berkeliaran di tepi jalan. Diberinya satu pada aku, dan satu lagi pada K Awa. Chanpi, chanpi, katanya. Or is it Champi? JAMPI? Entah lah. Then, ohhmm, ohmm katanya dan buat aksi menghidu. Agak seriau jugak aku masa tu. Manalah tau dia suruh aku sembahyang cara dia ke hapa. Beberapa hari kemudian aku dapat tau yang omm tu maksudnya wangi.. huhuhu.. Pakcik, pakcik..


Chanpi @ Champi @ JAMPI?

Selamat juga akhirnya sampai di Platinum. Habis dah sengsara pakcik tu nak melayan kami. Hehehe.. Tapi bagus juga. Walaupun tak tau nak berbahasa, dia tetap bersemangat nak menunjukkan sifat hospitalitinya. Wajar diberi standing ovation. :-)

Sebelum ke Platinum, kami singgah sebentar di Pantip Plaza. Bangkok's Low Yat lah ni. Meriah sungguh. Suka betul aku. Tapi tak dapat nak lama-lama kat sini. Nak kejar Platinum yang mula tutup jam 6 petang. Huhuhu.. Dalam kelam kabut tu sempat lagi aku beli handphone charger. Aku yang sengal ni terlupa nak bawa dari rumah. SENGAL!


@ Bangkok's Low Yat..

Platinum? Memang besh! Baju macam-macam fashion. Lagi canggih daripada kat Malaysia. Bayangkan, satu baju yang biasa dijual dengan harga RM49, RM59 di Johor, kat sini boleh dapat RM16-18. Murah tak murah? Nak nangis aku. Hahaha.. Bab-bab baju aku memang tak pandang brand. Belasah je cap ayam ke cap cokia ke, janji selesa! Oh ya, di sini pakai sistem borong. Beli sekurang-kurangnya 3 helai dapat diskaun. Lagi banyak beli, lagi banyak diskaunnya. Best betul lah. Bukan setakat baju. Beg, assesories kasut pun ada. Tinggal nak pilih je.


Dahsyat kan. Orang Papar pun meniaga sampai sini.. Hehehe..

Malangnya, kami sampai agak lewat. Kedai banyak dah mula tutup. Tak boleh jadi. Besok lusa harus datang lagi! Hahaha..


Sebelum masuk Platinum..


Selepas keluar Platinum.. Hehhehee..

Setelah selesai, kami pergi makan. Kisah makan ini lah yang paling menggelikan usus perut aku sepanjang aku kat Bangkok ni. Aku akan buat special entry lah nanti. Tunggu la ye. Lepas makan kami balik ke inn. Tahan punya tahan teksi yang cantik semua tak nak berhenti. Last-last kami dapat teksi buruk. Huhuhu.. Tapi seburuk-buruk teksi tu jangan pandang sebelah mata tau. Dia punya driver, fuhh!! Fluent english speaker. Hambik Kau! Hahaha.. Tak payah nak buat aksi tunggang kuda.

Bagus driver tu bercerita. Macam-macam ada, dari politik Thai sehinggalah menjadi peminat Anwar Ibrahim. Hahaha.. Sabo je lah. Semua ceritanya berisi dan berfakta. Seronok betul aku mendengar. Sampai di inn, Nott dan Oly merewangkan diri ke Khaosan Road sementara aku dan K Awa terus naik ke bilik dengan agenda kami tersendiri. Apa dia? Melaram baju-baju Platinum! Miahahaha..

End of Day 2..

0 comments :