Monday, November 4, 2013

Pontian Day Trip: Pulau Kukup & Tanjung Piai

Saturday, 2nd Nov 2013

Salam 1 Johor. Ekekeke.. Aku ni orang JB. Tapi seumur hidup aku, aku baru tinggal selama 8 tahun kat JB ni. Tahun lain-lain aku berpindah randah dan 8 tahun kebelakangan ni aku tinggal di KK. Balik JB pun sekali sekala. Bila dah balik tu, kerjanya memerap kat rumah je lah duduk bawah ketiak mak. Tapi kali ni balik, mak takde, makanya aku pergi merewang. Pergi ke daerah sebelah je which is Pontian.

Pontian ni kan, nak cerita sikit lah, dari rumah aku ni tak lah jauh mana. Tak sampai sejam pun kalau naik kereta. Tapi nak ke sana tu, alahaiii.. Kiranya normal lah kan? Mana-mana tempat yang dekat dengan rumah kita tinggal, yang kita rasa bila-bila boleh pergi tu, kita tangguh-tangguhkan dulu. Kita pergi ke tempat yang jauh-jauh dulu. Sudahnya kita jadi bongok tak tau tentang tempat kita sendiri. Tempat orang lain, kemain terer. 

Kebetulan geng poket nipis datang bertandang dari KL. Makanya ketua poket nipis pun membuat plan untuk jalan-jalan ke Pontian. Aku pun tag along lah. Dah diajak jalan, takkan nak tolak kan. Kekekeke..

Bertolak dari BBU.. Lalu depan Legoland..

Perjalanan ke Pontian dari bandar JB mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Entah ikut cilok mana entah. Aku ni bukannya reti pun jalan-jalan kat JB ni. Yang aku tau jalan-jalan kat sekitar rumah aku je. Ekekeke.. So, Pontian huh. Apa yang ada kat sana? Seingat aku, last sekali aku pergi Pontian masa aku Tingkatan 1. PUAHAAHHAA.. That was like 20 years ago. Gila dah lama. Mesti banyak dah berubah Pontian ni. Huhuhuhu..

Destinasi pertama kami ialah ke Tanjung Piai. Tau Tanjung Piai tu tempat apa? The southernmost point of Asia gitu. Wah wah. Macam best dengar. Mari lah kita pergi dan tengok apa yang ada kat situ. 

Belok kiri..

Boleh tahan banyak kereta dan motorsikal berkuasa tinggi kat sekitar tempat parking. Wah ada konvoi ke ni? Dah selesai parking tu kami terus pergi ke main entrance dan seterusnya ke booth untuk beli tiket. Kat perkarangan ticket booth tu kemain ramai orang. Confirm ni konvoi motorsikal tadi. Sempat lah jugak merisik tanya. Konvoi pertukaran budaya rupanya antara Johor, Selangor dan Kedah. Datang menyinggah kejap kat sini untuk melawat kawasan.

Welcome!

Tempat-tempat hutan macam ni kan, tak sah kalau takde monyet. Gebu-gebu besar-besar pulak tu. Aiisshhh.. Aku ni pantang sikit dengan monyet ni. Terus teringat peristiwa berdarah satu masa dulu. Takmo lah aku cari gaduh lagi dengan diorang kat sini. Huhuhuhu..

Nyet nyet..

Beratur lah kami nak beli tiket. Tapi orang yang jaga tiket tu kata kalau nak masuk sekarang tak berapa best sebab air tengah pasang. Tak dapat pergi sampai ke hujung. Lahaii.. Kalau tak dapat pergi sampai hujung, tak best lah kan. Makanya, kami membuat keputusan untuk datang semula waktu petang. Kita jalan-jalan di Kukup dulu.

Kukup ni sebenarnya pekan kecik je. Fishing village gitu. Kukup ni agak terkenal dengan seafoodnya. Katanya ramai orang Singapore datang ke Kukup ni semata-mata untuk makan seafood gitu. Kat Kukup ni jugak ada terminal feri untuk ke Tanjung Balai, Indonesia. Ramai jugak lah orang yang turun naik feri ni. Cuaca hari ni agak panas berdeting. Dah tu ramai orang. So kepala aku ada rasa agak weng sikit lah.

Kampung Nelayan..

Minum dulu!

Terminal Feri..

Tengah jalan-jalan tu, ada seorang ni datang menghampiri kami. "Nak naik bot tak?" Tanyanya. Naik bot ke mana lah pulak ni. Katanya boleh naik bot ke Taman Negara Kukup. Best jugak kalau nak jalan-jalan kat sana tengok paya bakau, katanya. Wah. Macam menarik lah kan. Ni mesti lebih kurang dengan paya bakau kat Langkawi nun. Kebetulan ada masa untuk diluang, so why not? Kami pun ikutlah acik ni pergi ke jeti bot. Nak ke jeti terpaksa masuk ikut satu restoran seafood ni.

Masuk ikut sini..

The boat..

Naik bot pergi balik, tambangnya RM4. Boleh lah. Tak ada lah mahal mana. Lagi pun tak jauh nak menyeberang ke Taman Negara tu. Kami berenam je yang naik bot ni. Pengemudi bot tu namanya Ah Long. Dia siap pesan, kalau nak balik semula ke tanah besar call je dia. 

Taman Negara Kukup..

Jeti..

Dari jauh nampak menarik Taman Negara ni. Ada jambatan gantung, ada boat ride menyusuri sungai. Orang pun boleh tahan ramai yang datang ke sini. Apa-apa pun kita masuk dan dapatkan tiket terlebih dahulu.

Welcome!

Ticket Counter..

Harga tiket masuk ialah RM5. Ada jugak beberapa aktiviti yang dijalankan kat taman negara ni. Cuma kami takde lah nak join pakej-pakej aktiviti ni. Setakat aktiviti free and easy je meneroka pulau ni. Keless gitu kan.

Tiket..

Masuk sini..

Pulau ni agak besar. Tapi yang dapat kita access sendiri takde lah jauh mana. Sikit je. Lain lah kalau nak buat aktiviti-aktiviti yang mencabar mental fizikal dan emosi. Tu maunya main redah je paya bakau yang ada. Tak larat lah aku. 

Peta laluan..

Ehh.. Ada orang posing pulak..

So mula-mula masuk kami jumpa dengan jambatan gantung dulu. Mari lah merasa lalu jambatan ni. Dah naik ke atas, kami sempat berborak-borak dengan penjaga kat situ sementara menunggu orang lalu dari depan mengarah ke kami. Berpotpet potpet auntie tu. Siapa suruh jalan dari sana, bebelnya. Kiranya orang-orang yang tengah berjalan atas jambatan tu salah jalan lah tu. Sepatutnya nak lalu jambatan ni kena dari tempat kami dan menyeberang ke sana. Bukannya dari sana menyeberang ke tempat kami. Kiranya one way lah jambatan ni. Kat seberang sana tak ada instructions bagai. Agak bahaya.

Ini instructions nya..

Bila dah clear, kami pun menyeberang sungai. Gayat woo.. Tapi masih ok lagi. Paling-paling pun jatuh masuk sungai pastu kena baham buaya je. Hahahaha.. Ada buaya ke kat sini? Kekeke.. Aku masih ok lagi lah jambatan gantung ni. Kalau jambatan gantung canopy walk kat Kundasang tu, eyyy gigil lutut aku. Tapi berjaya jugak lah menyeberang. Hehehe..

Let's go!

Pulau Kukup ni termasuk dalam senarai Ramsar Sites. Gigih tau aku google Ramsar tu apa. Wetlands Convention gitu. Kiranya terpelihara lah jugak tempat ni. Bersih jugak. Selesa untuk kita jalan-jalan kat sini.

Ramsar Site..

Dah turun jambatan gantung tu kami menyusuri laluan pejalan kaki yang ada. Kiri kanan kami semuanya pokok bakau. Ada lah beberapa penerangan dicacak kat sekitar laluan tu. Berhenti jugak lah untuk membaca apa-apa yang patut. Aku tepek je lah ye gambar-gambar yang ada.

Laluan pejalan kaki..

Paya bakau..

Got ular meh?

Err... Barongan aku tau ler..

Got lokan..

Tu dia.. 

Penanaman bakau..

Ada arboretum..

Largest ko..

Dah sampai penghujung laluan pejalan kaki tu, kami bertemu dengan menara peninjau. Wah wah wah. Menarik ni untuk panjat ke atas. Gigih ke aku ni nak naik? 

Menara Peninjau..

Scary hokkay naik menara ni! Dah lah tangganya sempit. Curam pulak tu. Lepas tu lompong-lompong nampak bawah. Huwaaaaaaaaaaa.. Makcik gayat! Sepanjang naik ke atas memang aku tak pandang bawah. Sampai je kat satu tingkat, aku tarik napas. Sampai je tingkat atas sikit, tarik napas lagi. Memang challenging betul lah. Dah sampai atas perggghhhhhhhh.. Hijau saja. Apa neh? Hahahahha.. Tak nampak apa. Macam lautan hijau je kat sekitar kami.

Congratulations!

Panoramic View..

Lepak-lepak lah kejap kat atas tu. Sangat mendamaikan. Ni kalau ada bawak bekal ni syok jugak kalau makan-makan piknik-piknik kat atas ni. Malangnya tak bawak apa-apa. Heol..

Nak turun ke bawah tu memang lah satu kerja. Menggigil-gigil lutut aku. Kaki pun gerak slow je. Pandang ke depan sokmo tak tengok pun anak tangga yang dipijak. Main rasa-rasa dengan tapak kaki je. Huihhh.. Sangat stress aku dibuatnya.

Dah agak-agak settle tu, kami call balik uncle Ah Long tadi untuk balik ke darat. Tak lama kendian sampai lah dia. Bukan kami saja kali ni yang balik. Ada beberapa keluarga Cina yang join kami balik. Ohh.. Lupa pulak nak bagitau. Kat mangrove ni, satu orang melayu pun aku tak nampak kecuali kami dan staff. Pelawat-pelawat yang lain semuanya berbangsa Cina. Orang Melayu tak datang sini ke? Orang Melayu tak suka kot tempat-tempat ni. Diorang suka shopping je. Ekekeke..

Sebelum sampai darat, uncle Ah Long bawak kami jalan-jalan ke kelong sangkar ikan. Dapat lah tengok ikan yang diternak. Mula-mula kami je yang turun. Family Cina yang ada semuanya malas nak turun. Dah lama-lama tu diorang pun turun jugak. Siap shopping lagi. Hahahaha.. Aku takde shopping apa-apa lah. Tempat ni mahal nau!

Kelong ikan..

Oitttt!!

Kalau nak shopping..

Dah.. Balik lah semula kami ke darat. Singgah solat sekejap di masjid berhampiran dan seterusnya balik semula ke Tanjung Piai. Harap-harap air dah surut lah ye. Kalau tak, menangis lah kami tak dapat sampai ke penghujung benua asia. Huhuhuhu..

Ok sila masuk..

Boleh buang sampah sembarangan sekiranya anda seekor monyet..

Tu dia..

Tiket masuk ke Tanjung Piai ni harganya RM5. Masuk lah ke dalam. Kiri kanan pun penuh dengan pokok bakau. Kebetulan time kami masuk ni ada rombongan orang Jepun. Entah berapa ramai ni aku pun tak tau. Maunya 3 bas tak? Memang ramai. Dari rupa paras gaya semuanya macam budak sekolah menengah. Ada lah dua tiga orang yang aku nampak tu macam tua sikit. Cikgu diorang kot. Best betul buat rombongan sekolah datang Malaysia. Sekolah kat Malaysia boleh lah buat rombongan pergi Jepun pulak kan?

Masuk!

Jalan ke dalam..

Oihh macam nama makanan dan minuman feberet aku..

Nak jalan ke dalam tu tak lah jauh mana sebenarnya. Nak-nak tengah sesak-sesak macam ni. Nak berhenti pun tak boleh sebab laluan agak sempit. Budak-budak Jepun ni pulak kemain laju je mereka jalan. Terpaksa lah kami ikut rentak diorang. Dah lah terselit kat celah-celah rombongan ni. Terasa macam berada kat Jepun lah pulak. :P

Almost there!

Akhirnya sampai lah kami kat hujung. Wait. Ramainya orang! Penuh tempat ni. Whoahh.. Macam mana nak bergambar ni. Memang berebut-rebut spot lah jawabnya. Lepas sorang, sorang ambik gambar dengan arca yang ada. Terpaksa tunggu turn. Apa-apa pun kami duduk lepak-lepak dulu kat situ. Tunggu rombongan ni balik baru kami ambik gambar. Gigih mereka ni. Siap suruh cikgu melompat lagi.

Sesak..

Cikgu-cikgu yang sporting..

Akhirnya dapat lah jugak kami ambik gambar. Snap je lah beberapa gambar yang patut. Tu pun tak boleh meleweh-leweh. Ada pelawat lain pulak datang beratur nak ambik gambar. Huhuhuh.. Sangat tak best.

Berjaya!!

Dah pueh berposing, kami pun balik semula ke main entrance. Jalan slow-mo sebab nak menikmati keindahan sekitar kununnya. Hahahaha.. Idok ler. Dah tak larat dah nak jalan laju-laju. Kita free and easy je lah. 

Okies abis dah! Sempat pergi dua tempat je ni. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat kat Pontian ni yang boleh dikunjungi macam ladang nenas, muzium Bugis, etc. etc. Cumanya kami tak sempat nak ke tempat-tempat ni. Lain kali lah ye. Ada lah jugak alasan untuk aku pergi ke Pontian lagi. ^____^

1 comments :

theriderinblack said...

Best juga tempat ni. Insyaallah saya akan ke sana pada hari ini...15.3.16.