Wednesday, October 22, 2008

Lawak Di Kala Lapar

Drama sebabak 'Lawak Di Kala Lapar'

Tarikh : 21 Oktober 2008
Masa: 2:50 petang
Location : McD Jalan Sulaman, KK
Scene: Mengorder makanan
Pelakon : aku, k rafidah & cashier
cashier : selamat tengahari, makan sini ke take away?
aku : kita nak makan kat sini..
k rafidah : nak makan apa ye?
aku : entah.. (aku ni selalu macam ni.. asyik tak tau je nak makan apa..)
cashier pun sengih je. Tengok kami yang terpinga-pinga pikir nak makan apa. Then dia bersuara.
cashier : Err, sebenarnya sekarang ni kita tak ada fries.
Aku n k rafidah terus tengok ke tempat diorang masak fries. Gelap. Memang takde aktiviti.
k rafidah : kenapa tak ada fries?
cashier : stok abis.. (maintain senyum lagi..)
aku & k rafidah : huhh?? (blank..)
cashier : belum ada delivery lagi.. burger pun ada yang tak ada ni..
k rafidah : laa.. patutlaa semuanya temporarily out of order.. bilanya nak ada stok balik ni? kenapa tak pegi beli je? (mula dah ayat sengal k rafidah.. Hahaha..)
cashier : kita memang kena ikut sistem bla bla bla.. lagi sehari dua sampai kot.
aku & k rafidah : HAAAA??? (DUA HARI??? dalam hati aku je lah..)
Kesudahannya kami makan di Kingfisher. Tak pernah seumur hidup aku pergi McD, aku jumpa kehabisan stok yang melampau macam ni. Ni KK. Belum lagi ceruk rantau sabah. Eh, McD ni kat Sabah bukan ada kat KK je ke? Hehehe.. But still, macam lawak pulak boleh habis stok macam ni. Dah la fries takde, value meal harga masih sama. Rugi, rugi. Sabo je lah.

Pada sesiapa yang nak makan McD kat Jalan Sulaman dua tiga hari ni, lupakan je lah ye. Cuba try 1 Borneo. Err.. Entah-entah kat 1 Borneo pun kehabisan stok jugak. Hahaha..

Related Posts:

  • Edisi Makan: Nasi + Ayam Balik Kampung!! O-O-OOOO BALIK KAMPUNG!! Hati RIANNGGG!! Perut KENYAAANGGG!! Hahahaha.. Pengembaraan aku ke Johor Bahru kini bermula! Hahaha.. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Misako yang telah memberi kesempat… Read More
  • Ayam K-POP Terbangak aku seketika bila kepsi kata dia keluarkan ayam ala-ala Korea. Lohhh Ayam KPOP ke. Sedap tak ye? Mari lah kita beli dan kita rasa. Ayam K-POP The verdict? Rasa sekali, sekali tu je lah rasa. T____T Rasa ap… Read More
  • McD Gangnam Style Siang tadi masa belek-belek Twitter, aku nampak benda alah ni. Amboih. Kemain pakcik PSY ni tweet.  Katanya gigih orang Malaysia ni kan dok ber Gangnam Style. Membawak sampai ke Mekdi. Ni gambarnya.. Mak… Read More
  • Makan Free Makan apa? Scrumptios!! Dengan siapa? Bebudak sengal ni.. Poyo je budak-budak ni belanja aku makan. Nak mintak markah lebih ke? Hehehe.. Anyways, thank you guys for making me sewel and gila for the whole year.... … Read More
  • Pengin? Guess what I saw. It's PENGIN! Kekekekkeek.. Spice & Ice = Pedas & Dingin = PENGIN.. This is something new in Malaysia kan? Aku tak pernah nampak pulak sebelum ni. Maybe ada cuma aku je yang tak perasan. Mar… Read More

6 comments :

sitinurulhawa said...

2 hari tu.. diaorg ikut jalan laut ke?

LydiaRosli said...
This comment has been removed by the author.
CikSengal said...

k awa,
entah lah. mesti dia tak keep track dengan inventori diorang tu. tak pun kapal mogok. hahaha..

CikSengal said...

k nenny,
ye la kan. kempunan nak makan fries. nasib baik tak peknen ke hapa. lari masuk batu belah plak nanti. hehe..

debu-papa said...

mungkin kesan recession yg sedang berlaku kat US sekarang nih..

CikSengal said...

debu-papa,
mungkin. tak pun, yang jaga inventori tu bengap sangat sampai tak perasan stok dah nak abis. pastu lambat wat order plak tu. dah semuanya lambat, delivery pun lambat lah.