Thursday, February 13, 2014

The Moon Embracing The Sun ~ The Musical

Friday, 24th January 2014

Hikhikhikkk.. Ini ialah sebab kedua aku selamba kodok terbang ke Seoul. Sebab nak tengok musical. Memang senget terlebih kan. Musical ni namanya Moon Embracing the Sun gitu. Siapa yang dah pernah tengok versi drama, aku boleh cakap yang versi musical ni tak banyak beza cuma dicompress jadi 2 jam lebih. Ambik scene yang penting-penting je. :P

Musical ni berlangsung di Seoul Arts Center (SAC). Nak ke SAC ni boleh naik subway train Line 2 ataupun Line 3. Kalau Line 2 turun kat Seocho Station. Kalau Line 3, turun kat Nambu Terminal Station. Kami ikut Nambu Terminal Station. Keluar ikut exit #5. Dah keluar tu, kalau bukak mata luas-luas dekat dinding bersebelahan exit tu ada ditunjukkan instruction macam mana nak ke SAC. Siap ada short cut lagi lalu celah-celah apartment complex. Jalan kaki lebih kurang 10 minit jugak lah. Mudah dan senang! Nak naik bas pun boleh. Boleh refer kat sini:- Bas ke SAC.

On the way ke SAC.. Filming location Reply 1994 ke?


Sampai!!

Banner dari jauh..

Komplex SAC ni sangat lah besar. Jangan tersesat sudey. Kena cari hall yang betul, sebab dalam masa yang sama ada lebih dari dua musical tengah berjalan serentak. Kebetulan saing dengan musical METS ni ada musical Hero. Abe JK Kim Dong Wook berlakon. Mesti best. Kalau tak clash masa confirm aku pergi tengok walau tak paham apa. Haha.. METS ni boleh lah pandai-pandai buat dialog sendiri sebab dah tau jalan ceritanya macam mana. Hikss..

Hero Musical..

Ke Towol Theater!!

METS ni ramai bebenor casting dia. Tapi yang aku pergi ni sudah semestinya lah session si budak dugong gemok tu kan. Nak-nak orang kat sebelah aku ni cinta nak mati tapi tak kesampaian kat budak ni. Wakaka.. Aku pun suka jugak dia berlakon musical, makanya on je lah. Kiranya ni kali ketiga lah aku tengok budak ni bermusical lepas musical Three Musketeers & Catch Me If You Can. Mesti gedik gila dia jadi raja khenn..

Nak tengok Kyuhyun @ Dumok..

Boleh posing-posing kat sini..

Musical start lambat lagi. Tiket pun belum boleh ambik lagi. Kami saja datang awal sebab tak familiar dengan tempat, takut sesat. Rupanya senang je nak ke sini. So masa yang terluang aku buat apa? Cari tempat tersorok dan gelap and ngorok! Hahaha.. Sangat tak senonoh. Tapi sekejap je, sebab tiba-tiba ada staff situ bukak lampu, dah jadi terang benderang tak berjaya aku nak tidur lama-lama. 

Lebih kurang sejam sebelum musical start, baru boleh pergi ke kaunter untuk redeem tiket. Tiket ni aku beli online kat Interpark. Website Interpark ni in English. So boleh lah paham macam mana nak membelinya. Dah beli tu, dapatlah confirmation macam kat bawah ni. So bawak je lah confirmation tu ke kaunter, dapat lah redeem ticket. 

Confirmation..

Ticket!

Ok. Boleh masuk dah! Kat sini kami jumpa another Malaysian jugak. Namanya Joyce. Datang sorang-sorang. Dia dah dua bulan kot dok bertapa kat Seoul ni belajar language. Best giler kot. Kalau aku ada banyak duit aku nak buat jugak macam tu. Nak kena pakai duit banyak sebab semuanya bayar sendiri dari tiket flight ke penginapan ke daily expenses ke yuran belajar. Tak mampu kot aku? Huhuhu..

From our seats..

Seat kami kat tingkat atas. Bawah semua dah penuh dengan kipas-susah-mati si Kyuhyun tu. Entah berapa kali diorang datang tengok ni. Aku minat-minat pun mampu sekali je. Hehe.. Tak lama tu bermula lah musical. Aku ada ambik audio secara curi-curi. Memang melanggar peraturan betul. Hehe.. Tapi tak semua lah. Mana yang ada je. Sila lah layan kalau mau. Hehe..

http://www.youtube.com/watch?v=7FCY4OdwPyw
http://www.youtube.com/watch?v=OuxbdZQ-kBg
http://www.youtube.com/watch?v=8Wqy-VlTSgs
http://www.youtube.com/watch?v=cAJEuCz9bWs

Tak perlu nak cerita lah kot kan jalan ceritanya? Sama je dengan drama tapi versi pendek. Keseluruhannya semua orang sangat mantop. Nak-nak yang jadi shaman tu. Suara dia perghhh.. Giler meremang tengkuk aku. Kyu pulak watak dia awal-awal tu gedik dan gatal semacam. Rasa nak sekeh je. Yang jadi Wol pun suara sangat best. Lagu-lagu semua best sangat. Kesimpulannya memang best lah!

Best, best pun ada jugak lah part yang aku terlelap. Wakaka.. Nak-nak part lagu mendayu-dayu. Memang layu je dibuatnya.

Curtain Call..

Ok. Mantop! Dah habis musical kami keluar. Kebetulan musical-musical lain pun serentak habis jugak. Perghh gila ramai orang. Dah sesak macam ni teringat kat Running Man episode dengan Yunho & Changmin DBSK dulu tu. Diorang buat kat sini lah. Tergedik-gedik kot aku feeling-feeling berRunning Man kat sini. Haha..


Ramai orang!

Gitu gini dekat pukul 11 lah baru keluar. Berdecit lari ke subway station takut tak sempat kejar train. Hehe.. Till the next musical session ~ GHOST The Musical. OMG. Musical ni sangat best! Nantikan entry nya ya yang entah bila aku nak taip. Hehe..

2 comments :

zinziemeewah said...

awak memg peminat musical theater ke.. sy xpnah berpeluang pergi tengok apa2 musical lg tp memg teringin nk tengok

zinziemeewah

CikSengal said...

minat.. tapi tengok gak pelakonnya siapa.. kalau dak2 suju belasah je pi tengok walaupun tak paham.. :P