Tuesday, February 11, 2014

Dynamic Busan ~ Day 5: Haedong Yonggungsa, World's Mystery Library, Gukje Market, Shinsegae Centum City

Tuesday, 10th September 2013

Hari kelima jalan-jalan Busan! Utara sudah, barat sudah, selatan lebih kurang sudah, now kita ke bahagian timur pulak. Sebenarnya takde lah timur mana pun. Satu tempat ni je yang kat timur. Lain-lain tempat kat merata-rata kawasan jugak. Tempat yang kat timur tu ialah Haedong Yonggungsa. Destinasi pertama kami pada hari ni. Kalau ditranslate ke English Haedong Yonggungsa tu, jadilah Haedong Yonggung Temple. Temple lah ni!

Mesti korang perasan kan, aku ni jalan-jalan pergi temple lah, pergi shrine lah. Korang jangan nak memandai label aku kurang keimanan ye. Aku pergi tempat-tempat macam ni sebab aku suka tengok nature, suka tengok culture kat satu-satu tempat tu. Kalau tempat tu banyak temple, ye aku pergi tengok temple nya macam mana. Niat cuma nak tengok je ye, bukannya sampai nak beribadat, puji-puji, puja-puja bagai kat situ. 

Nak ke Haedong Yonggungsa ni kena naik bas. Dari Haeundae Station exit #7, sila ambil bas nombor 181 dan berhenti kat Yonggungsa National Fisheries Research & Development Center. Dah sampai sini, mata kena bukak besar-besar ye dan sila pusing kan kepala dan badan anda sebanyak 360 darjah dua tiga kali sebab turun-turun bas je mungkin tak perasan signboard ke Haedong Yonggungsa ni. Macam aku. Apa yang aku nampak cuma signboard ke tempat R&D ikan ni je.

R&D Ikan..

Kami ni selamba badak je lah menonong jalan straight menuju ke R&D ikan ni. Dah sampai kat pintu masuk kena tegur dengan pak guard bertanya nak ke mana. Aku cakap lah nak ke Haedong Yonggungsa kan. Dia kata salah jalan ni. Kena keluar balik ke jalan besar, dah tu belok kiri lepas tu belok kiri lagi. Oih.. Ada ekk belok-belok ni. Hehe.. Makanya kami balik lah semula ke jalan besar dan bertemu balik dengan bus stop tempat kami turun bas tadi. Then jeng jeng jeng, kalau toleh ke kiri memang lah nampak signboard ke Haedong Yonggungsa sebesar-besar alam. Haha.. Bengong. Tadi sakan dok pandang depan je kan. Tak tergerak hati pun nak pandang belakang. Mana nak nampak signboard tu! Tsskk..

Sebesar-besar tidak pun boleh tak nampak?

Dari jalan besar kena lah jalan kaki masuk ke dalam lebih kurang 10 minit jalan kaki. Jalannya adalah sedikit membukit. Haruslah tertonggek-tonggek dibuatnya kan. Masih awal pagi, masih ok lagi sebab tak berapa panas. Kalau dah tengahari, semput jugak lah kot nak jalan kat sini.

Exercise aset kasi tonggek lebih..

Dah sampai kat main entrance, keadaan masih lengang lagi tak ramai orang. Tapi walaupun kami baru sampai, ada ahjumma-ahjumma dah nak balik dah! Ni mesti sebelum subuh lagi dah datang ni. Hehe.. Oklah, apa yang sebenarnya menarik kat sini? Aku rasa tempat ni menarik sebab ia dibina kat celah-celah bukit kat tepi laut gitu. Dalam gambar memang nampak cantik. Aku ni pantang jugak lah bila nampak gambar tempat-tempat yang cantik macam ni. Makanya kena lah check it out sendiri, ambik gambar. Baru puas hati.

Masih lengang..

12 Chinese Zodiacs..

Ni ke mana lah.. Tak kuasa nak naik..

One of the pagodas..

Pintu masuk..

Haedong Yonggungsa ni dibina pada tahun 1376 oleh seorang guru Buddha yang dikenali sebagai Naong pada zaman Goryeo Dynasty gitu. Ada lima main features yang menjadikan tempat ni menarik ~ Haesu Gwaneum Daebul, Daeungjeon Main Sanctuary, Yongwangdang Shrine, Gulbeop Buddhist Sanctum, dan pagoda tiga tingkat + empat ekor singa mengadap laut. Yang menjadikan temple ni unik berbanding temples yang lain ialah ia dibina kat tepi laut. Kebiasaannya temple-temple yang ada kat Korea ni dibina kat gunung-gunung dalam hutan. So, unik lah tu kan?

Nak ke kawasan temple, kaki kena kuat, lutut kena mantap sebab nak kena turun naik tangga. Yehett~!! Bertabah sajalah kau ye. Kalau rasa-rasa tak mampu, takyah lah kot datang sini. Kau google je gambar kat internet tu, dah tu kau photoshopkan je diri kau dalam tu. Huehuehue..

Turun..

Turun lagi.. 

Lagi-lagi turun.. 

Sangat mencabar turun tangga ni. Ni baru turun! Nak naik balik lagi nanti. Adeii.. Pengsan kot kalau dah sampai atas nanti. :P Katanya lah kan, tangga yang dituruni ni ada 108 anak tangga. Entah lah ye. Aku pun tak kira masa aku turun tu. 108 macam sikit je. Sepanjang-panjang tepi tangga turun ke bawah tu ada stone lantern. Ni kalau malam-malam cantik kot kalau lanterns ni semua terpasang. 

Sampai-sampai je kat bawah, WOW cantiknya gitu. Cantik sebab kedudukannya kat celak-celah batu lereng bukit mengadap laut gitu. Nice scenery. Sebenarnya nak ambik gambar pemandangan ni je. Sebagai bukti dah sampai sini. Hehe.. Tapi buang karan lah pulak kan dah turun tangga penat-penat tapi tak pergi merewang. Makanya, kita tengok-tengok lah kawasan sekitar. Tepek gambor time!

Gambor ni yang aku nak amik..

Laut..

Half Moon Bridge..
Temple complex..

Alahaii besarnye aset..

Dah rewang-rewang kat kawasan bawah, kita naik ke bahagian atas pulak. Tangga dia, hehehe.. Ketawa je lah tengok. Takde rupa tangga pun. Memang original kot macam ni.

Naik tangga..

Scenery dari atas..

Haesu Gwaneum Daebul..

Dah turun ke bawah balik, kami  merewang-rewang sampai lah menuju ke sempadan R&D ikan yang kami terlajak tadi tu. Sebelah-sebelah rupanya. Boleh tembus pulak tu. Cisss.. Kalau lah pak guard tadi bagi lalu je tak payah ler kami nak susah payah naik jalan berbukit pastu turun tangga bagai nak sampai ke bawah ni. Huhu..

Ke R&D ikan..

Ok dah! Operasi naik balik ke atas. Giler ketaq lutut. Sekejap-sekejap berhenti. Ahjumma-ahjumma dok sakan potong jalan kami. Ada yang gigih jerit FIGHTTIINNGG kat aku. Haha.. Sabor je lah. Ada jugak yang dok gelak-gelak sebab dia pun semput jugak. Hehe.. Dah dua hari berturut-turut kot aku ni kerjanya naik turun tangga jauh-jauh macam ni. Mau terpleot sampai hostel nanti. Huhu..

Dah sampai kat atas, kedai dah banyak bukak. Just tengok-tengok je cuci mata. Nak beli souvenir, kebanyakan souvenir yang dijual kat sini berbentuk temple's ornament. So tak beli apa-apa lah. Souvenir lah yang tak dibeli, tapi beli benda lain. Kentang rebus! Aishhh teringat kentang rebus kat Namiseom punya pasal lah ni. Sedapnye melantak. Buat mengalas perut yang dah kro'ek-kro'ek macam apa dah.

Kentang rebushhhh!!

Next destination? Kami plan nak ke World's Mystery Library gitu. Dengar macam best khenn? Aku ni pulak agak suka lah jugak dengan benda-benda yang ala-ala misteri. Dah suka bebenor, dah tu malam-malam mengigau pulak. Haha.. Macam mana lah agaknya library ni ye. Dah cari info dan search review kat Internet tak jumpa lah pulak. Agak-agak tempat ni simpan misteri-misteri ala-ala Ripley's Believe or Not tak? Eyyhh masa fikir tu terus meremang tengkuk. Hehe.. Hurmm.. Kena cari tau jugak ni. 

Alkisahnya, World's Mystery Library ni letaknya kat kawasan Dalmaji Hill. Ngam ngam ho lah boleh jugak jalan-jalan kat area Dalmaji Hill tu. Nak ke sana dari Haedong Yonggungsa ni ala-ala susah jugak lah kan. Sebab nak balik semula ke Haeundae pastu nak kena naik bas lagi ke Dalmaji Hill. Makanya kami naik teksi je! 

Satu hal lah pulak nak cakap dengan driver teksi tu kan. Kejadah dia nak paham World's Mystery Library tu khenn.. Nasib baik aku dah google siap-siap nama dia in Korean. Choorimoon Hogwan. Agaknya sebab lidah aku ni masih lagi keras nak menyebutnya kan, pakcik teksi tu tak paham. Last-last tunjuk tulisan hangeul kat dia. Baru lah dia paham. Haha.. Senget tul.

Makanya, naik lah teksi dari Haedong Yonggungsa menuju ke Dalmaji Hill. Dah tu lalu kat lereng-lereng bukit mengadap ke arah laut gitu. Bawah rimbunan pokok-pokok yang dah seakan-akan bumbung dah pun dok cover jalan-jalan ni. Bestnya kalau dapat jalan kaki santai-santai kat sini. Ni kalau pokok-pokok ni pokok cherry blossom, perghhh.. Serius mesti cantik gila. 

Now, now. Driver teksi dah berhenti kan kami kat kawasan sekitar library yang penuh misteri tu, tapi tak jumpa pun library tu. Dia dah pening kepala. Kami lagi lah pening kepala. Dah ke hulu ke hilir cari tapi tak jumpa. Last-last aku kesian kat pakcik tu, mintak turunkan kami kat tepi jalan je, nanti kami cari sendiri. Beria-ia pakcik tu mintak maaf. Alah takpe pakcik. Mungkin tersorok kat mana-mana kot library ni. Harga tambang teksi dari Haedong Yonggungsa sampai sini cuma KRW7000 je. Boleh lah harga tu, tak ada lah mahal sangat. So, kami pun berjalan lah ke utara selatan timur barat kat kawasan tu untuk cari library ni. Tak jumpa! Memang sangat misteri ni. Wujud lagi ke library ni? Entah-entah dah tutup. Last-last malas nak pening kan kepala, kami masuk convenience store, tanya pekerja kat situ.

Nak tanya pun malu aku ni. So, purak-purak lah ni masuk, pastu ambik banana uyu seketul, dan pergi bayar kat kaunter. Time bayar tu lah baru tanya. Kat mana lah letaknya library ni. Staff kat kaunter tu kata "situuu je.." sambil menunjukkan arah tempat kami datang tadi. Idokler dia cakap BM. Gayanya saje. Hehe.. Aiksss.. Bior betul. Kami dari arah tu tapi tak nampak apa-apa library pun. Aku tanya lagi jauh ke jalan kaki. Dia kata 3 minutes walk je. Eihhh.. Bertambah misteri macam ni. Oklah. Kami cari lah.

Rasa nak hempukk kepala tau kat dinding sebab kat sini lah pakcik teksi tadi berhentikan teksi dia. Nah. Betul-betul depan library tu cuma kami tak perasan bangunan depan kami ni library misteri tu. Cisss.. Dia punya signage pun. Ya ampun. Macam mana nak nampak macam ni? Tskkk..

Ni dia signage dia ye kengkawan.. Hurrr..

Ini lah bangunannya..

Dah melekek-lekek macam orang gila kat depan library tu. Hari ni, hijab kami ditutup kot sampai tak nampak signage signboard bagai. Hehe.. Oklah, mari masuk tengok apa yang misterinya. 

Masuk dalam..

Misteri tu memang lah misteri tapi bukan misteri seperti yang aku sangkakan. Ingatkan ala-ala Ripley's Believe It or Not tu. Misteri seluruh dunia, Bermuda Triangle ke, Atlantis ke apa ke. Tapi misteri yang ada kat sini misteri yang berkaitan dengan Sherlock Holmes, tulisan Arthur Conan Doyle, Agatha Christie, buku-buku penyiasatan, CSI bagai. Gitu lah misterinya. Huuuuuu.. Terus hilang semangat. Haha..

Tapi kan. Kalau siapa-siapa yang berminat dengan misteri-misteri macam ni, memang heaven lah tempat ni. Banyak gila kot buku yang ada kat sini. Tapi masalahnya, kau kena paham Korean lah. Hehe.. Kawasan library ni besar. Ada 4 tingkat. Tapi masa kami sampai ni sorang pun tak ada dalam ni kecuali staff library. Masa kami masuk pun sebahagian kawasan gelap tak dipasang lampu. Bila kami masuk, baru lah staff tu bukak kan lampu. Sayang jugak ekk tak ada orang datang. Mungkin sebab hari kerja kot. Weekend mungkin ramai bersidai kat sini.

Penulis-penulis misteri..

Agatha Christie..

Spacious..

More spaces..

Tingkat atas..

Ala-ala bilik penulis misteri..

Buku kanak-kanak pun ada..

More books..

Aku sekadar belek-belek buku yang ada gambar je. Tak pun buku kanak-kanak sebab tak banyak nau tulisan makanya senang nak baca dan nak paham. Kalau tulisan dah macam novel aku angkat kaki lah. Merangkak-rangkak kot nak baca. Belum lagi nak kena pahamkan. Hehe..

Ok. Dah puas menebeng kat dalam library, kami teruskan perjalanan lagi. Kami nak ke Gukje Market. Dah berapa hari ni tak dapat nak pergi sebab asal sampai je dah malam makanya kat Gukje Market pun banyak kedai dah tutup. So tak best lah nak jalan-jalan kat situ. Hari ni kira boleh lah nak pergi sebab masih siang-siang buta dan hari ni jugak dah boleh buat aktiviti shopping. Aku ni takde lah nak shopping sangat. Takde pla nak beli apa-apa pun. Tapi kalau ada benda yang menarik kat situ takde lah aku segan silu nak merembatnya. :P

Dari library ni, kami dah hilang arah tuju nak ke mana. Memang lost sangat lah. So kesimpulannya, kami tunggu je kat bus stop seberang jalan library tu. Naik je mana-mana bas yang berhenti dengan harapan bas tu akan berhenti kat mana-mana subway station. Aku pun dah tak ingat kami naik bas nombor apa. Tengok-tengok, last stop dia depan Miss Egg Hostel. Waiyohhhh.. Best gilak macam ni. Hehe.. So dah sampai sini, kita naik train kat Haeundae Station lah jawabnya menuju ke Jagalchi Station.

Siapa yang pernah atau biasa pergi Namdaemun Market kat Seoul sana tu, Gukje Market ni tak ada bezanya lah. Sama je lebih kurang. Dengan barang yang dijual bagai. Macam-macam ada kat sini. Aku rekemen lah kot kalau nak beli apa-apa souvenir, periuk, belanga, sudu chopstick bagai, boleh beli kat sini. Aku pun ada lah beli seketul dua fridge magnet kiriman geng-geng kat Malaysia dan Kimchi Seaweed untuk diri aku sendiri untuk dingap bersama-sama Maggi kat Malaysia nanti. Hehe..

Daily utilities..

Kedai frame..

Apo nehhh..

Tuala selimut bagai..

Kedai beg..

Kedai barang-barang plastik..

Ni kalau hati tak kuat mau aku borong..

Mak aku mesti suka tempat ni..

Jentera berat ni..

Kipas kipas lipas..

Topi galoreeeee~!!

Nak ke Gukje Market ni naik je subway train line 1 dah tu berhenti kat Jagalchi Station. Dah tu keluar ikut exit #7. Opposite Gukje Market ni ada satu lagi market nama Bupyeong Market. Boleh lah jugak kalau nak skodeng-skodeng kat market ni. Mana tau, banyak lagi options kan.

Sama jugak macam Namdaemun Market, kat lorong-lorong kedai ni ada makcik-makcik dok berjualan makanan. Macam menarik je tapi idokler kami makan kat sini. Tak konpiden aku weh! Makanya dah lepas jalan-jalan beli barang kat sini kami terus berjalan ke BIFF Square. Dah satu jalan dah kan. Kat sini kami makan hotteok! Sedap kauuuu..

Makcik jual mi sup..

Hotteok!

Disebabkan panas sangat cuaca hari ni, dan boleh dikatakan dah malas nak berjalan sangat dah, kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan kat tempat yang ada aircond. Hehe.. Mana lagi. Kita masuk shopping complex lah jawabnya. So ke Centum City lah kita! Mari lah kita masuk dan explore Shinsegae Department Store tu. Hari tu masuk tak sempat nak merewang sebab dah nak tutup. Ni masih awal, boleh lah jalan-jalan cuci mata.

Shinsegae..

Dah duduk dalam tempat beraircond ni memang jalan-jalan style orang malas ler. Banyak kedai mahal kat dalam ni. Kami ambik kesempatan masuk kat kedai-kedai high-end ni. Kat Malaysia, orang macam aku ni kalau berdiri depan pintu dia je, orang kat dalam dah jeling semacam. Ingat aku tak mampu letteww.. Dah lah pakai baju busuk-busuk je kan. Cuba kalau aku pakai suit. Mesti dilayan bagai nak rak. Kat sini, kami diwelcome-welcome macam kami ni regular customer yang selalu shopping kat situ. Keless ko dapat layanan orang kaya. Nasib baik ler K Asni terer dengan barang-barang branded ni. Kalau aku sorang-sorang, mampos tak paham.. :P

Ada ice rink!

Boleh dikatakan semua tingkat kami jelajah. Last-last sebab nak cari tempat duduk, kami masuk ke Kyobo Bookstore. Yesshh.. Cari tempat tersorok kat celah-celah para buku, dah tu duduk melunjur kaki. Best sungguh. Sambil-sambil tu belek lah buku-buku yang ada kat situ. Kira ok jugak lah sebab kat Kyobo ni ada satu section tu on English Books je. So, capai lah satu, dan duduk lah kat lantai karpet tu. Tak ada siapa nak marah sebab ramai yang buat macam tu. Hehe..

Kenal tak mamat ni?

Shopping oiii shopping..

Lepak sini..

Mengadap rak buku ni..

Hasil shoppingan..

Aku ada lah jugak beli buku kat sini on learning Korean language gitu. Saja je beli sebab kat Malaysia buku yang sama beratus-ratus ringgit. Kat sini, kalau convert siap-siap baru RM60 lebih kurang. So gembira suka hati lah kot. Beli je. Beleknya, entah bila. Hehe..

Dah puas menebeng, singgah sebentar Smoothie King minum Strawberry Smoothie. Cuaca panas macam ni memang best sangat lah minum smoothie. Terus teringat balik insiden sakit perut tahun lepas. Hehe.. Harap-harap perut tak meragam lah kan. Kang ada tercirit kat Shinsegae ni. Dah habis minum smoothie kami jalan-jalan kat bahagian supermarket pulak. Konon-konon nak cari Halal Shin Ramyun. Pernah baca dulu, biasanya kat shopping complex besar-besar ada jual. Tapi belek punya belek tak ada jugak kat sini. So kami pun membuat keputusan memang tak dijual langsung lah kat Korea ni. Yang halal tu untuk dieksport ke luar negara je. Frust menonggeng makcik. Hukkk..

Slurrrppp.. 

Keluar dari Shinsegae dah pukul 7 lebih dah. Dah tak tau nak buat apa, makanya kami decide untuk balik je lah. Penat dah berjalan. So boleh lah berehat-rehat. Dah kat area Shinsegae ni, kami balik ke hostel naik bas je lah zasss straight sampai hostel. Senang cerita kan. Dinner malam ni pun sempoi je makan Maggi. Malas nak pikir panjang. Terer sungguh hari ni satu hari tak makan apa kecuali benda-benda mengonyel je. Dah kenyang bagai, dah mandi bagai boleh lah tido awal malam ni. 

Besok nak jalan jauh! Ke mana? Nantikan saja. Hehe..


Perbelanjaan Hari Ini:-

Tambang teksi = KRW3,500.00
Hotteok, Smoothie, Kentang Rebus = KRW9,500.00
Souvenir @ Gukje Market = KRW16,000

Total = KRW29,000.00

0 comments :