Friday, 25th January 2013
Hari Jumaat, hari ketujuh pengembaraan entah apa-apa kami di bumi matahari terbit ni. Sekejap je rasa. Dah nak habis dah rupanya edisi jalan-jalan kali ini. So the remaining days ni kita all out habis-habisan. Perjalanan hari ni boleh dikatakan jaaaaaaauuhh lah jugak. Dari Sendai ke Yamadera dan seterusnya balik semula ke Sendai, terus ke Tokyo dan dari Tokyo ke Himeji. Perghh.. Gila jauh tu. Makanya kena ala-ala prepare mental dan fizikal lah gitu. Padahal dari Tokyo ke Himeji nanti naik Nobinobi. Hehe.. Nobinobi lagi! Yaayy~!!
Pagi ni breakfast lebih kurang, mengurangkan bekalan makanan yang ada dan terus check out. Angkut sekali beg ke Sendai Station. Oppa botak ceria sungguh hari ni. Senyum je nampak kami. Masa kami keluar, cepat-cepat dia keluarkan kamera. Nak bergambar kau depan guesthouse. Memang bersemangat waja habis ni. Hehe.. Boleh lah dia promote kat internet lah kan. Tak pun dia tulis blog. "Ku pikirkan empat lelaki yang datang rupanya empat gadis manis yang cantik rupawan." Wakakaka.. Manis lah sangat.
To Sendai Station!
Dah siap bergambar, kami melangkah ke Sendai Station. Letak beg kat locker yang ada kat sana dan seterusnya naik train untuk ke Yamadera. Sebenarnya tak termasuk dalam itinerary pun jalan-jalan kat Sendai ni. Kami nak ke Yamadera sebenarnya. Tapi untuk shoot straight dari Tokyo pergi balik hari macam tak logik je. Makanya, kami buat pit stop lah kiranya di Sendai. Rehat satu malam dan pagi-pagi ni ke Yamadera. Lepas balik dari Yamadera boleh lah shoot balik ke Tokyo. Huehue.. Tinggi cita-cita tu. On the way nak ke station nampak lah pulak signboard Pokemon Center. Alahai. Best ni. Kalau sempat, lepas balik dari Yamadera kita singgah lah ye!
Pikkaaa pikkaaaa pikkkkkkaaaaaaaaaaaaa..
Sampai Sendai Station..
Yamadera, tempat kami nak pergi ni ialah kompleks temple. Loh, kok pergi temple? Bukan nak buat apa-apa, nak capture gambar sebenarnya sebab tengok dalam internet sangat lah cantik Yamadera ni. Sila lah google sendiri ye. Dah alang-alang berada kat Jepang ni kan, apa salahnya kita singgah walaupun jauh beribu batu. Huhu.. Nak-nak sekarang tengah winter. Ada snow kah? Mesti syok kan kalau ada snow. Bertambah-tambah cantik lah scenery nya. Weeehuuuu tak sabar!
Nak ke Yamadera, kami naik JR train dari Sendai Station ke Yamadera Station. Pakai JR Pass lah ye, tak payah nak keluar duit lagi dah. Perlu diingatkan train pergi dan balik dari Yamadera tak banyak mana. Selang sejam sekali kalau tak silap. Makanya, kena plan betul-betul. Karang terlepas train, maunya kena tunggu sejam lagi. Senak tu nak ngabiskan masa.
Off we go to Yamadera. Belum apa-apa lagi, aku dah lalok. Makanya tidur sekejap lah. Tidur-tidur ayam je sebab kawan kiri kanan bising. Kenapa bising? Sebab dah sampai satu kawasan tu yes, SNOW saja!! Perghh.. Serius cantik!
See? I'm a happy kitty..
Ok, dah nampak kiri kanan snow sokmo ni kan memang tak cukup kalau setakat ambik gambar je. Nak-nak aku ni memang parkinson habis kalau ground tak stabil. So, ambik video lah kita. Tu dia. Dah fefeeling macam kat Narnia pulak dah. Haha.. Tapi serius. Cantik wei!!
Cantik kan?
Ini kalau dah kiri kanan snow, haruslah Yamadera nanti penuh dengan snow kan? Eii tak sabar sungguh! Boleh golek-golek buat video clip. Hehe..
Lebih kurang sejam lebih sikit, sampai lah kami kat Yamadera Station. Perghh.. Memang lah. Kiri kanan snow on the ground. Tebal pulak tu. Langit pulak sendu je. Ada harapan nak snow lagi kejap lagi ni. Ye yo ohh je lah aku ni mempredict cuaca kan. Nampak snow, senyum sampai ke telinga makcik ni. Entah lah ye. Maybe sebab aku suka tengok snow kot. Fluffy and clean and so white. Terus jiwa jadi sensentap, hati berbunga-bunga gitu. Kehkeh..
Hoyeh hoyeh!!
The other side..
We're here!!
Keluar dari train, ambik gambar lah dulu kan. Kami kan jakun. Hehe.. Dah puas bergambar baru lah bergerak menuju ke temple complex. Sebelum keluar, sila check jadual train dulu untuk tengok pukul berapa the next train back to Sendai. Dah tu boleh lah atur masa berapa lama nak rewang-rewang kat sini.
On the way nak ke temple, snow pun turun. Waaaaaa.. Best gilak! Turun sikit, sikit, sikit, lama-lama kemain lebat kau. Nyiahahaha!! Terus ala-ala stress gitu sebab tak bawak payung. Nasib baik coat ada penutup kepala. Tapi tak best jugak sebab coat jenis kain, alamatnye basah kuyup lah jugak lepas ni. Huhu..
Comel dan kecik je pekan sekitar Yamadera Station ni. Kedai pun ada beberapa ketul je. Kebetulan, kami lalu depan satu kedai ni, ada seorang makcik tengah duduk atas bangku kat luar menunggu customer kot. Dia senyum kat kami, kami senyum lah balik kat dia. Agaknya dia tau kot kami ni nak ke temple, makanya tanpa segan silu dia tunjukkan arah jalan. Terima kasih banyak-banyak lah makcik ye. ^__^
Kawasan Yamadera..
Kedai sekitar station..
Kena seberang sungai..
Santekk tak??
I tell you ha.. Memang cantik kalau ambik gambar kat kawasan ni, especially time snow tebal macam ni. Kalau bawak DSLR perghh.. Serius boleh buat poster or postcard or whatever je lah. Aku pakai kamera cap ayam je lah. Cantik jugak kot jadinya. Haha.. Tapi agak stress jugak lah nak mengklik kamera sebab snow turun then melekat kat lense camera. Basah jadinya. Balik-balik asyik nak kena lap je. :(
Tak lama tu, snow macam turun renyai-renyai je. Lega jugak lah. Cepat-cepat kami melangkah menuju ke temple. Bukan kami saja yang jalan-jalan ke temple ni. Ada lah beberapa kumpulan pakcik makcik dan anak-anak muda ikut laluan yang sama dengan kami ni.
Jalan naik bukit sikit..
Ok meh naik!!
Dari atas..
Kisahnya lah kan, Yamadera Temple ni kalau ikut kan namanya yang sebetul-betulnya ialah Hojusan Risshakuji. Dah wujud sejak tahun 860M. Over one thousand years dah. During Kamakura Era (1185-1382), temple ni jadi pusat perkembangan agama Buddha lah gitu kat area Tohoku ni. Pernah jugak terbakar masa perang, ye lah lokasi dah lah kat kawasan gunung-ganang dikelilingi pokok-pokok dah tu bangunan semua made of kayu kayan kan, tapi di reconstruct balik lah kiranya. Wah, terer aku translate dari papan tanda yang ada kat entrance temple ni. Hihi..
Sebenarnya temple complex ni ada dua bahagian. Satu yang kat kaki gunung ni lah. Yang ni FOC je, tak payah nak bayar apa-apa. Kalau nak naik ke bahagian atas kat celah-celah gunung baru lah kena bayar. Harga tiket masuk ialah JPY300 seorang. Dah alang-alang, kita naik je lah. Time kami naik ni lah, tiba-tiba pulak snow turun dengan lebat balik. Memang sewel jadiknya. Nasib baik lalu celah-celah pokok bagai, boleh lah berlindung sikit-sikit.
Tengok map sebelum naik..
Entrance..
Kuatkan kaki anda untuk menapak!!
Snow turun sangat lebat. Macam mana feelingnya tu? Macam hujan lebat jugak ke? Idokler macam hujan lebat. Macam hujan tenyai-renyai gitu. Still basah jugak lah kan baju yang dipakai ni. Memang tabahkan hati je lah. Kalau stay lama-lama kat satu tempat, memang confirm boleh jadi snowman. Kawan dengan Olaf gitu. Ni nak naik lebih 1000 anak tangga ke atas ni. Mampu kah aku ni noks?
Nak tunjuk snow lebat..
Do you want to build a snowman?
I like warm hugs!!
Memang slow motion je lah kami ni menapak naik ke atas. Nak jalan atas snow ni nak kena berhati-hati. Silap pijak, maunya tergolek pusing-pusing somersault sampai bawah. Dah tu mata kena bukak besar-besar sebab certain area yang snow tebal, memang lah tak nampak anak tangganya. Kena rasa-rasa dengan kaki dulu baru boleh melangkah.
Naik punya naik punya naik, sampai lah kami kat Niomon Gate. Mengikut apa yang kami baca kat peta temple complex ni lah. Baru separuh jalan! Semput dah makcik. Tak pernah exercise kan. Padan muka lah gitu. Group yang naik sama-sama dengan kami tadi dah hilang jauh ke depan dah. Entah-entah dah sampai ke puncak. Kami je yang terhegeh-hegeh tertinggal kat belakang.
Niomon Gate..
Dah sampai kat sini kami berhenti kejap posing ambik gambar. Jauh lagi perjalanan. Snow pulak semakin menggila turun dengan lebatnya. Tak boleh jadi ni. Tadi nak naik ke atas kena berhati-hati naik, nak turun ni lagi lah kena double triple quadruple kali lebih berhati-hati sebab anak tangga semua dah bekas kena pijak kan. Dah kena pijak, snow penyek dan mampat, jadi licin. Hoii.. Kalau tergolek memang sedap sungguh.
Makanya, setelah mempertimbangkan beberapa perkara, kami decided untuk berhenti sampai kat sini saja. Atas faktor-faktor keselamatan lah gitu. Wakaka.. Ye lah. Aku tak confident sangat nak naik sampai atas. Takut tergolek je sebab jalan licin. Dah lah kat tempat orang kan. Jangan lah mengada-ngada nak cari pasal. Menangis tak berlagu kang nanti kena masuk hospital, tak boleh nak teruskan perjalanan dah. So, ambik gambar je lah mana-mana yang patut buat cukup syarat. Lain kali kalau ada rezeki boleh datang lagi. Tapi datang musim lain lah pulak.
Bukti dah pernah sampai!
Memang lah sangat berhati-hati turun, tapi dalam masa yang sama kena laju-laju jugak sebab tak perasan, dan tak tengok jam, the next train back to Sendai akan sampai dalam masa 45 minit lagi. Memang lah kelam kabut jadinya. Kalau boleh, nak kejar train yang ni. Nak jimatkan masa dari kena tunggu lagi satu jam kat sini. Kalau kami banyak masa, tidur satu malam lagi kat Sendai, tak ada masalah. Boleh je melepak lama-lama kat Yamadera ni, explore kampung dia dan ambik gambar scenery. Tapi kami ni nak bekejar balik semula ke Tokyo. Terpaksa lah give and take gitu kan.
Naik ke Niomon Gate ni dari entrance ticket booth tadi 25 minit. Turun pulak 20 minit. Nak kena turun sampai bawah lagi. Entah pukul berapa entah sampai station. Harap-harap sempat lah kejar train.
Sampai bawah dah!
Tadi masuk ikut laluan lain, keluar ni pulak ikut laluan lain. Yang pastinya jalan keluar ni lagi dekat kalau nak jalan ke station. Lega jugak lah. InsyaAllah sempat naik the next train. Kat laluan jalan keluar ni, snow dia memang lah terlebih fluffy. Mungkin sebab belum ada yang keluar lagi kot. Kami orang pertama keluar pagi ni. Hehe.. Dah tu pemandangan kat sini memang superb dan marvelous gitu lah. Snap beberapa keping gambar pun tak sama dengan apa yang nampak kat depan mata.
Pemandangan Yamadera..
Ok, jalan lah ke station. Nak singgah kedai tengok souvenir pun tak sempat. Kami membuat kesimpulan, kalau kat area temple ni, mesti souvenir dia temple-based, so tak payah singgah pun tak apa. Haha..
Yamadera Station..
Naik train balik semula ke Sendai Station. Lebih kurang sejam lebih sampai lah kami ni. Terus ke kaunter shinkansen untuk ambik tiket balik ke Tokyo. Sekali, timing yang kami nak, which is lagi sejam, tiket sold out lah pulak. Alamak! Rosak gila-gila plan kami. Terpaksa lah kami ambik the next shinkansen which is around 3 hours later. Nak buat macam mana lah kan. Ambik je lah. Huhu.. Sekarang pukul 12 tengahari, shinkansen balik Tokyo pukul 2.46 petang. So apa nak buat? Kita naik City Loop Bus!
Sebenarnya, aku perasan ada city loop bus ni semalam masa kami sampai kat Sendai Station ni. Dah berangan dah, kalau ada masa, boleh lah pergi explore. Kebetulan lah pulak kan, memang ada banyak masa ni, so dapat lah kami explore bandar Sendai ni naik city bus. Laluan dan tempat-tempat menarik yang dia cover boleh tengok kat sini --> Sendai Loople Route Map.
Nak beli tiket loople bus ni, kena keluar dari Sendai Station dan pergi ke terminal bas yang berada di tingkat bawah, satu aras dengan jalan raya. Kena cari stop no 15-3 dan kaunter tiket ada berhampiran dengan stop tu. Kami beli day-pass berharga JPY1000. Belasah je lah. Janji dapat buang masa. Kekerapan bas adalah sekali setiap setengah jam. The next bus will be arriving at 12.30pm. Nak menunggu tu sangat hazabedah sebab angin sangat-sangat kuat. Menggigil jugak lah dibuatnya. Serius Sendai lagi sejuk dari Yamadera. Kat Yamadera tadi walaupun snow lebat takde lah sampai aku menggigil macam ni.
Tunggu bas kat sini..
Dalam bas..
Dah conceptnya loop bus pakai day pass kan, boleh lah naik turun bas ni sesuka hati berapa banyak kali dalam satu hari ni. Turun kat certain tempat yang menarik, jalan-jalan then tunggu the next bus. Konsep dan kaedah yang macam tu lah. Tapi sebab kami tak ada masa yang sangat banyak, kami stay je atas bas tak turun-turun. Takut bila dah turun ambik masa, dah tu nak kena tunggu the next bus lagi, hai mau terlepas shinkansen kami. For more info on Loople Bus ni boleh klik kat sini --> Loople Sendai.
Aku tepek gambar je lah ye..
Aobadori Avenue..
Doi Bansui Memorial Hall..
Crossing bridges..
Sendai International Center..
Sendai Castle..
YMCA..
Roughly satu jam jugak lah pusing-pusing naik bas ni. Cuba bayangkan kalau berhenti dan turun tadi. Memang lah tak sempat nak kejar shinkansen. So, baki masa yang ada kami jalan-jalan sekitar Sendai Station ni je. Cari jajan bagai untuk mengalas perut yang dah semakin kre'ok-kre'ok ni. Cuaca sejuk kemain cepat lapar je. Dah tu cari port untuk solat. Belasah je kat celah-celah tangga.
Then it's time to board the shinkansen. Bye-bye Sendai. Lain kali datang nak pergi tengok Fukushima Daiichi pulak. Boleh buat lawatan sambil belajar kan. Hehe.. Dah naik shinkansen ni baru lah teringat pasal Pokemon Center. Huwaaaa melepas!
Naik muncung itik balik Tokyo..
Tiket..
Perjalanan ke Tokyo mengambil masa 2 jam 10 minit. Sempat lagi kalau nak tidur ni. Memang aku tidur pun. Tapi ayam-ayam je. Tak nyenyak mana. Dah tu tengok ke arah luar. Cantik pemandangan. Dah tu belek majalah-majalah yang ada kat seat pocket depan tempat duduk ni. Dah tu layan blues. Macam-macam aktiviti boleh buat gitu. Hehe..
Cuaca yang mandom..
Hoi RM1200 hoiiii~!! Gilak gilak..
Almost there..
Gitu gini pukul 5 lebih jugak lah keluar dari shinkansen. Dah tu macam biasalah, ke port favourite kami iaitu locker tepi toilet. Haha.. Dah settle sumbat bag, boleh lah pergi merewang. Baru pukul 5.30 petang. Nobi-nobi ke Himeji pukul 10 malam ni. Makanya, banyak masa untuk dibuang. Kita ke Asakusa!
Dari Tokyo Station, tak ada direct JR train ke Asakusa Station. Makanya, kenalah combine JR dengan subway. So, dari Tokyo Station naik JR ke Ueno Station dah tu naik subway ke Asakusa Station. Naik subway kena bayar lain ye. Tak termasuk dalam JR free pass tu. Dalam JPY170 jugak lah dari Ueno Station ke Asakusa Station. Kali ni kami dah terer dah meredah lautan manusia kat Tokyo Station ni. Dia tolak kita, kita tolak dia balik. No hal. Hahaha..
Orang kata, kalau nak cari souvenir datang lah ke Asakusa ni. Banyak pilihan yang ada. So, kami datang lah ni ke sini. On the way ke sana kami bertembung dengan ramai orang Malaysia. Senyum jugak lah masing-masing. Aku pun senyum balik lah. Hehe..
Asakusa..
Asakusa ni sebenarnya terkenal dengan temple dia. Dan the next one yang terkenal ialah dia punya Nakamise Shopping Street. Haaa, itulah tempat kami nak terjah. Tak larat dah nak tengok temple lagi. Time to buang duit ke arah lain pulak. Haha.. Banyak sangat lah kan duit aku ni nak dibuang.
Kebetulan lah kan, sebab dah malam, banyak kedai kat shopping street ni tengah sebok-sebok nak tutup. La haii.. Awatnye awal sangat nak tutup. Sekali tengok info, operating hours sampai pukul 7 malam je. Laaaa.. Memang berdesup lah kami laju-laju jalan dan belek-belek barang sebelum semua kedai tutup. Dah macam kartun dah. Siap berpecah lagi untuk cari souvenir masing-masing. Lebih menjimatkan masa. Hehe..
Deretan kedai..
Sempat makan senbei..
Apa ni?
Berdecit main capai-capai je apa yang nak dibeli. Aku macam biasalah. Keychain je. Dah tu beli gula-gula comel-comel. Buat ngunyah-ngunyah kat office nanti. Bila sendiri-sendiri memang laju je jalan. Dah siap semua kami meet up kat pintu masuk. Kedai pun dah semakin banyak yang tutup. Tak buat apa dah lah kat sini. So, to our next stop!
Dah lengang..
Kami ke Akihabara lah pulak! Naik subway dari Asakusa Station tukar kat Ueno Station untuk ke Akihabara Station. Harga tiket subway ialah JPY170 jugak. Akihabara ni katanya famous dengan barang elektrik, barang komputer, gadgets bagai. Kot-kot lah kan ada gadget ke apa ke, pendrive comel-comel yang murah-murah ke, boleh lah beli buat souvenir.
Akihabara Station..
Kawasan ni lain sangat lah dengan kawasan Asakusa tadi. Sini havoc, sesak ramai orang. Dengan yang beli barangnya, dengan yang cuci matanya, dengan yang pergi minum-minumnya. Macam-macam orang ada. Kami masuk lah satu kedai ke satu kedai membelek barangan yang ada. Tapi sampai ke sudah tak ada barang yang berkenan. Huhu.., Memang cuci mata sajalah kami ni.
Kedai Labi ni..
More shops..
Murah-murah katanya.. Aku tengok mahal je..
Dah tak jumpa apa-apa yang berkenan di hati kami jalan-jalan je lah tengok gelagat orang. Dah tu kan aku macam kejakunan tengok budak-budak Maid Cafe ni dok promote cafe masing-masing. Ya ampun lah, gediknya aku tengok. Haha.. Gedik dengan orang jantan lah. Bila yang lalu depan dia perempuan, dia buat bodoh je. Haha.. K Abid siap ajak masuk cafe ni. Hahaha.. Tak nak lah aku! Kang dia suruh kita tepuk tangan je dalam cafe tu. Buat gedik sikit tepuk tangan. Tuang air sikit tepuk tangan. Hehe..
Maid yang ada.. Gigil ambik gambar takut dia perasan lepas tu kena marah.. Haha..
More more more MORE~!!
Hoi lahhh..
Hoi pening kepala aku kat Akihabara ni. Banyak sangat kedai letrik. Pilih je mana nak. Memang heaven lah kot pada gadget lover bagai. Aku ni kureng, makanya kureng lah. Hehe.. Dah habis cuci mata, balik lah semula kami ke Tokyo Station. Dari Akhibara Station ni naik JR je balik ke Tokyo Station. So tunjuk JR Pass je lah.
Perut sangat lah sakit dan menyanyi-nyanyi minta diisi. Memang tak makan apa dari pagi, dah tu berjalan jauh pulak tu. Pusing-pusing kawasan Tokyo Station mencari convenient store kot-kot ada jual nasi ke apa kan. Boleh lah makan dengan tuna, serunding, sambal yang ada ni. Masing-masing dah tak larat nak melangkah, makanya aku jalan lah sorang-sorang. Rice hunting lah gitu. Keke.. Malangnya, semua convenient store tak ada jual lah pulak. Memang sangat hampa lah. Sudahnya, aku jalan-jalan je lah merewang ke mana saja kaki melangkah.
Sampai Tokyo station..
Merewang tengok kedai..
Fansign apakah??
Seluruh pelusuk Tokyo Station ni aku terjah kot. Dah tu entah macam mana boleh tiba kat supermarket. Eikk? Ada supermarket basah rupanya kat Tokyo Station ni. Dah tu dari jauh aku ada nampak bahagian orang jual makanan dalam pack. Kalau tempat-tempat macam tu mesti ada jual nasi kan. Laju sungguh aku jalan. Dah tu, mata dok fokus cari nasi kat tempat display. Rasa nak meroyan bila nampak ada 4 pack nasi kat situ. Whaaaattt tinggal empat saja? Confirm. Dah macam Nodame aku berlari menuju ke sana dan terus rembat keempat-empat pack nasi tu dan peluk kuat-kuat. Takut ada orang ambik kan. Gila kelakar bila ingat balik.
Oppa yang jaga cashier tu macam nak tergelak tengok gelagat aku. Siap cakap "all finish". Haha.. Aku tengah gembira seronok bagai nak rak ni sebab dekat setengah jam jugak lah cari nasi ni baru jumpa. Macam cari harta karun gitu.
Dinner!!
Dah dapat nasi, aku balik lah semula ke locker dengan senyum sampai ke telinga. Masing-masing tunggu perkhabaran gembira lah kan. Terus kena tanya "ada tak?". Hehe.. Adoilahhh kelakar sungguh cerita pasal nasi ni. So, kami piknik je kat atas lantai makan nasi dengan lauk bekalan. Ada orang kisah? Tak ada pun. Memang makan dengan tenang dan aman damai.
Around 9.30 malam kami bergerak ke platform. Our last day in Tokyo. Lepas ni dah tak datang lagi dah. Bye-bye Tokyo. See you next time! Dari Tokyo ni kami nak ke Hiroshima sebenarnya. Tapi Nobi-nobi ni sampai Takamatsu je, tak sampai Hiroshima. Makanya, kami kena berhenti kat Himeji dan dari Himeji kena naik shinkansen ke Hiroshima. Sampai Himeji nanti pukul 5.24 pagi. Hai mata, mudah-mudahan kau celik lah. Huhu..
Nobi-nobi bound for Takamatsu~!!
Naik lah nobi-nobi ni kan. Last time, kami tidur kat tingkat bawah. Kali ni tingkat atas lah pulak. Yang belah bawah ada lah dinding menyekat. Yang belah atas ni rata zasss takde dinding. Memang boleh nampak lah 20 orang tidur berderet dari hujung sini ke hujung sana. Yang ada pun tutup bahagian kepala sikit je. Wakaka.. Sabar je lah. Tapi dari Tokyo ni macam tak ramai orang, so tidur je lah. Tak payah banyak cakap. Aku dah penat sangat. Orang sebelah-sebelah nak skodeng pun aku dah tak larat nak buat apa-apa. Diorang pun nak tidur jugak kan. Tak kuasa nak skodeng aku. Hehe..
Dinding cover sikit je..
Jiran sebelah kosong..
Let's sleep~!!
Till the next entry, adios!!
Map jalan-jalan setakat hari ini, terpaksa start dari Sendai sebab google map gediks nau tak boleh letak tempat banyak-banyak.
Kos perbelanjaan hari ni:-
Lockers = JPY600.00
Yamadera Entrance Fee = JPY300.00
Sendai Loop Bus = JPY1000.00
Subway Train = JPY350.00
Packed Dinner, Jajan & Drinks = JPY500.00
TOTAL = JPY2750.00
0 comments :
Post a Comment