Saturday, February 15, 2014

EDU Hostel, Jogjakarta

Kalau pergi jalan-jalan Jogjakarta, aku nak rekemen satu tempat untuk bobok dan ngorok iaitu EDU Hostel! Tempat ni masih baru (time aku pergi lah) dan sangat-sangat selesa. Thumbs up gila-gila. Harga pun berpatutan lah kot sebab satu malam, satu kepala baru IDR75,000. Masa aku pergi, rate dia dalam RM27 lah lebih kurang. Kalau rate sekarang aku rasa lagi murah. Sangat-sangat berbaloi. ^___^

EDU Hostel..

Lokasinya? Di Jalan Lt. Jen. Suprapto. Takde lah kat tengah bandar sangat, tapi boleh je jalan kaki ke sana. Aku pun hari-hari jalan kaki je ulang alik. Tak nak jalan kaki, boleh naik beca. Beca banyak bersepah-sepah kat luar hostel ni. Tak keless naik beca boleh naik teksi. Teksi pun berlambak. No hal punya lah. 
Ada dua jenis bilik sebenarnya kat sini. Satu bilik berempat, satu lagi dorm. Dorm ni ada 6 katil. Asing-asing lah lelaki perempuan. Harga yang aku mention kat atas tu ialah harga untuk duduk dalam dorm. Kami duduk dalam dorm sebab bertiga je kan. Nak berjimat pun ye jugak. Lagi pulak, kami ni datang macam tu je, main walk-in je takde nak booking siap-siap. Makanya, tak banyak dah bilik dan katil yang ada. Mana yang ada je lah kami rembat sampai kan terpaksa duduk dorm lain-lain. Tapi itu tak menjadi masalah. Nak tidur je kot. Hehe..

Reception Counter..

Tempat menunggu or lepak-lepak kat ruang utama..

Dah settle check in, masa untuk masuk dorm! Bagusnya dorm-dorm kat sini diasingkan lelaki perempuan mengikut floor. Kiranya satu floor tu perempuan je lah. Lelaki kat floor lain. Hostel ni ada lif. Jangan risau lah kalau bawak beg berat-berat macam aku ni nama je bawak backpack tapi mau ada 10kg aku pikul ni. Huhu.. Keluar je dari lif, ada access door. Siap CCTV. Siapa yang ada room card-key je boleh masuk. Kalau takde, tak boleh lah masuk. Security itu penting. :P

Room card-key..

Meh aku tepek gambar je lah!

Naik lif..

Jangan lupa senyum!

Lorong ke bilik..

Our room..

Tadaaa.. Spacious..

Total 6 katil..

Electric socket dalam locker..

Toilet ada sekali dalam dorm tu. Satu jamban and dua tempat shower. Ok jugak lah toilet dia, cuma yang kurengnye dari segi pengudaraan kat dalam toilet tu. Macam berkepam je. Tapi takde lah busuk gila khinzir sampai geli nak masuk. Hehe..

Toilet..

Jamban..

Shower..

Sinki depan shower..

Ok. Settle dah bab bilik. Now kita jenguk area lain yang ada kat dalam hostel ni. Ada common room, ada dining hall, ada rooftop, swimming pool pun ada tau! Ngehngeh..

Tempat lepak at Common Room..

Tempat lepak untuk discuss-discuss..

Dewan makan letaknya kat tingkat paling atas. Yang bestnya EDU hostel ni, setiap pagi ada breakfast for free. Dah tu lain-lain pulak menunya setiap hari. Kenyang jugak lah makan kat sini. Hehe..

Naik tangga ye.. Jangan malas!

Dewan makan.. 

Free coffee and tea.. Keropok dia satu balang ko!!

The other side..

Siapa mengada-ngada nak makan sarapan kat luar bangunan boleh lah jugak. Ada open air space kat sebelah dewan makan tu. Open space ni memang lah best gilak untuk melepak. Kalau cuaca tak panas, memang kaw-kaw lah. Dari open space ni kita boleh naik tangga menuju ke rooftop. Kat rooftop ni boleh lah nampak pemandangan Jogjakarta dari jauh. Kalau cuaca terang boleh nampak Gunung Merapi gitu. :)

Boleh makan kat luar..

Open-air space..

Naik atas.. 

EDU Hostel!

From the rooftop!

Nice mural..
Swimming pool kot-kot nak berendam.. hehehe..

Amacam? Best kan tempat ni? Kalau aku ada lagi rezeki nak ke Jogjakarta maybe aku akan stay kat sini lagi. Tapi kali ni kena booking siap-siap lah, tak berani nak main terjah-terjah je, takut takde bilik naya lah pulak kan. Hehe..

So boleh lah duduk sini khenn?? I LOIKKEEE..

4 comments :

PM said...

pernah stay sini masa ke jogja dulu :)

highly recommended!

:: CIKVIVA :: said...

best giler ni..mcam2 kemudahan ada..takde rasa cam backpacker hostel pun..
sweet je signage pasal cctv tu..hehe

CikSengal said...

PM,
Ehehe.. best sangat! Tilam di tu.. adoilahh.. rasa tak nak bangun.. :P

CikSengal said...

Cik Viva,
Ha'ah.. ok sangat-sangat duduk sini.. :)