Tuesday, December 24, 2013

TB Screening

Dah dekat 3 minggu batuk tak baik-baik. Nak-nak beberapa hari lepas ada beberapa kes TB kat dalam campus. Makanya, sebab macam seram je bunyinya, aku pun pergi lah buat screening. Nak buat screening TB ni tak boleh buat kat calang-calang klinik. Nak kena pergi Klinik Kesihatan Kerajaan. Paling dekat kalau kat KK ni Klinik Luyang lah. Sangat terbaik lah kan. Dah lah susah parking. Tapi gigihkan jugak lah pergi.

Sampai je kat klinik tu aku rempuh naik atas divider, dan parking kat atas pavement. Nak buat macam mana lagi kan. Dah lah sempit kawasan tu. Terpaksa lah langgar undang-undang. So nak buat screening TB ni bukannya senang ye. Mula-mula nak kena jumpa doktor dulu. Beratur lah kau panjang-panjang berjela nak jumpa doktor.

Bila dah dapat jumpa doktor, doktor akan tanya apa masalah bla bla bla. Time ni lah bagitau nak request untuk TB screening. Dah tu dia suruh pergi ke Klinik Dada. Wowww.. Nama klinik tu klinik dada kau. Hehehe.. So pergi lah ke sana. Masuk dalam tu punya lah scary sebab semua yang ada macam ninja dah pakai topeng. Bahaya kot lah kan kot-kot ada yang mengidap TB kat situ. 

Dah register kat klinik tu, tak lama tu nurse panggil untuk buat injection kat lipatan siku ni hah. Punya lah gatal lepas kena enjek tu. Katanya jangan garu! Dia nak tengok berapa besar bekas kena inject tu nanti. Kawan-kawan kata, kalau bekas yang timbul nanti beso sebeso beso tidak, confirm lah ada TB. Oo-oohhh..  O_O

Dah tu, nurse lain bagi borang dan tiga bekas kecik. Katanya kena bagi sample kahak untuk 3 hari berturut-turut dan hantar sample tu ke klinik ni start hari ni. What? Nak kena datang lagi 3 kali ke sini? Berturut-turut lagi? Adedededehhh.. Kalau boleh aku memang tak nak dah datang sini lagi. Terus senak perut aku. Terpaksa jugak lah kan untuk teruskan screening ni.

Hadiah..

So, sample pertama dah dibuat untuk hari ni. Tinggal sample kedua dan ketiga pulak untuk besok dan lusa. Dah habis bagi semua sample, baru lah buat check up lagi. So, tunggu je lah nanti apa keputusannya. 

Related Posts:

  • A Very Busy Day..hari ni memang busy giler.. dengan nak jaga exam.. dengan student datang berduyun2 ke bilik.. memang stressed out sket.. atas meja jangan cakaplaa.. macam2 harta ada.. memang serabut.. so hari ni jugak aku mengalami satu insi… Read More
  • Busy.. Busy..dah puas beronggeng minggu lepas, minggu ni bz balik.. marking paper yang tak sudah2 abisnya.. another 100 to go.. bila laa nak abis.. semalam aku sengaja carik nahas lagi skali.. aku menawarkan diri jadik co-supervisor budak… Read More
  • Rumah Mayat..sejak aku dok kat indah permai ni dah dua kali rumah aku jadik rumah mayat.. why?? sebabnya dah ada dua makhluk mati kat rumah aku ni.. nasib baiklaa mati kat luar rumah.. kalau kat dalam rumah mampus.. terus pindah gamaknya.… Read More
  • Cuti Sakan!! bestnya balik cuti.. tup-tup tinggal 4 hari je yang tinggal untuk aku bermalas-malasan kat jb ni.. then terpaksa balik kk balik.. mengadap kerja yang menimbun.. melayan kerenah budak2 yang pelbagai macam.. etc.. etc.. etc.. … Read More
  • Sodihh!!.. today is my last day teaching ethic class.. sodihlaa berpisah ngan student.. wakakaka.. bukannya apa, mesti aku rindu kat mereka2 yang ntah pape tu.. they made me cry last week.. ohhooo.. yup.. aku pun tak sangka.. i'm very … Read More

0 comments :