Friday, December 13, 2013

My Little Red Friend

Alkisahnya, pasport dah nak expired Jun 2014. Masih ada baki 6 bulan je lagi. Kalau nak jalan-jalan overseas memang tak lepas lah ni. Kalau setakat keluar masuk Sabah balik JB, pergi KL ok je, takde masalah. Tapi jadi masalah jugaklah sebab permit kerja dah nak expired dah hujung bulan ni, dan awal Januari 2014 nak pergi merewang overseas dan kebetulan tempat rewangan tu kena ada visa lah pulek. So no choice lah kan, terpaksa renew!

Kisahnya, pergi ambik gambar. Memang lah dah comply semua peraturannya. Sekali bila nak pergi buat pasport tu pakcik imigresen kat kaunter tu kata gambar yang aku bawak tu tak boleh guna sebab aku pakai spek. Ehhh??? Rasanya macam takde pun peraturan tak boleh pakai spek? Aku tanya lah kenapa tak boleh. Pakcik tu kata nanti tak nampak muka. Dah tu aku argue lagi, Saya baru je buat IC, ambik gambar pakai spek ni jugak, ok je, nampak je muka. Then dia balas lagi, printer kami tak canggih macam printer untuk IC. Pulak dah. Adoilah pakcik. Dah lah muka tak mesra pengguna. Tak pandang pun muka aku, dia cakap dengan meja "pergi ambik gambar lagi sekali tak pakai spek". Huhhh.. Tak patut sungguh. 

See? Takde kan tak boleh pakai spek?

Gambar yang aku bawak tu sebenarnya aku pergi snap kat JB. Kat kedai seorang uncle kat Taman U tu. Memang dah bertahun-tahun biasa dengan dia. Lebih 10 tahun dah kot? Lagipun masa ambik gambar tu dia bagitau ok je pakai spek macam ni, pakai tudung macam ni. Sempat lagi aku tanya kawan-kawan aku. Ramai je kawan-kawan kat JB guna gambar pakai spek untuk pasport diorang. Tak kisah pun. Entah lah kan. Boleh pulak banyak songeh bila dah sampai kat sini. 

Malas nak bising. Nanti kena blacklist pulak tak pasal-pasal kan. Oklah. Nak memuaskan hati pakcik imigresen tu aku pergi lah ambik gambar tak pakai spek. Yang kelakarnya kat kedai gambar kat IP, uncle tu kata aku tak boleh pakai tudung macam ni. Kena pakai tudung yang kelepet lekat kat kepala. Hehhh?? Aku pakai tudung yang sama hokkay pi ambik gambar kat JB hari tu! Kenapa kat sini macam-macam pulak? Uncle tu tak nak layan aku. Aku cakap ambik je lah. Kenapa susah sangat. Sekali uncle tu warning, "Kalau kena reject time buat pasport nanti jangan komplen haa". Aishh sabo je lah aku. Dia ambik gambar aku pun nak tak nak je. Masalah betul.

Dah dapat gambar, besoknya aku pergi lagi ke Imigresen. Beratur kat kaunter tapi kat barisan lain. Takmo beratur kat depan pakcik semalam tu. Yang buat aku angin kus-kus terlebih kan, orang yang beratur depan aku bawak gambar pakai spek. LEPAS JE KOOOOOO.. Ha ni nak mengamuk ni. Saja nak menyusahkan aku la tu. Tiba-tiba stress. Bengong lah bengong. Berurusan dengan pakcik imigresen yang ni, relaks je, tak banyak pun songeh. Tudung aku yang uncle semalam tu kata tak boleh pakai pun lepas je. Banyak songeh sangat uncle kedai gambar tu. Aishhh semua orang banyak songeh!

So tunggu lah ye tak sampai dua jam kendian siap lah kawan merah aku ni. Another 5 years. Yay!! Tak payah buat visa lagi dah kalau nak pergi Jepun! Weehuuu! Hahaha.. Now dah settle kawan merah ni, baru lah boleh buat permit kerja dan buat visa ke negara-negara yang berkenaan. ^___^

So long my friend!!

Thank you for the 5 wonderful years gitu. Love you forever. Puahahahahahaha....

Related Posts:

  • Padan Muka.. I wrote this last Friday............. Today.... 1. Woke up late.. 2. My make up things cari pasal.. Cannot find mascara, eyeliner broke. 3. Car broke down. Cannot start. Terpaksa tumpang Murni pergi kerja. 4. Sampai offi… Read More
  • Sendiri Baksu!! Dah sebulan dah aku ikut kelas Bahasa Korea. Kenapa aku join kelas ni, tak perlu lah aku huraikan panjang lebar. Korang semua pun dah tau dah reasons nya. Hehehe.. Kelas Bahasa Korea ni dijalankan di Asia City. Setiap hari … Read More
  • Daehan Minguk!! Aku sokong mana? Lagi mau tanya ka? Kalau dah minat artis Korea, sampai ke World Cup pun aku sokong Korea. Heheheh.. Dua-dua game aku tengok setakat ni. First game lawan Greece memang aku melompat-lompatlah kat rumah KK nu… Read More
  • Twitting!! Aku tak pernah nak ambik port pasal Twitter ni. Tapi disebabkan budak dua orang tu and more to come, aku gagahkan juga diri sign up. Walaupun sepatah haram aku tak paham. Kekeke.. Tarikh hari ni buat aku teringatkan bulan l… Read More
  • Ahlan Wasahlan!! Ya Habibie!! Ya Maulana!! Mere Abeoji!! Ana datang! Ana datang!! Ana mau cari unta!! Kekekekeke.. Buruk betul perangai anak Wak Daut ni. Baru ada semangat 1 Donia kan? Nilah jadinya bila kepala tak center, demam belum kebah,… Read More

0 comments :