Tuesday, September 27, 2011

Open Office

Hari ni office aku buat openhouse!! Makan lagi. Gebuuuss lah aku macam ni hari-hari makan je. Makan free pulak tu. Adoilahh..

Konsep makan-makan kat office aku ni ialah konsep potluck. Setiap program diminta membawa makanan sendiri dari rumah dengan mengikut tema. Program aku ni pulak ditugaskan membawa kuih muih. Kuih muih tu apa? Kuih karipap kah? Kuih koci kah? Atau biskut raya? Hahahaha.. Disebabkan biskut raya aku dah habis, aku tak bawa apa-apa kecuali bawak perut yang kosong. Hehehe.. Selain dari tu, setiap staf akademik juga diminta untuk menyumbang RM20. Humang aih. Banyak kan RM20 tu? Setimpal ke dengan apa yang aku makan nanti? Hahaha.. Berkira benor lah aku ni kan?

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dekan, seterusnya doa makan dibacakan dan seterusnya sesi meNGAP!! As soon as sebut je NGAP, semua orang lintang pukang mengejar makanan. Sabar je lah makcik. Makcik duduk diam-diam lah dulu. Tunggu semua orang dah selamat mengambil makanan masing-masing. Makcik bukan pelahap na nak serbu-serbu macam tak makan seminggu.


Makan!!!

Makan lagi!!

Apa yang aku makan? Benda-benda kat bawah ni. Siapa-siapa yang rajin memasak makanan-makanan ni, terima kasih lah banyak-banyak aku ucapkan. Dapat jugak aku makan.

Laksa katanya...

Mi Kari katanya..

Spagetti Bolognaise katanya..

Kau pernah tak, pergi openhouse tengok orang tapau makanan bawak balik? Kat sini benda tu normal. Yang paling best, kita ni masih tengah makan, dia dah sebok-sebok menapau. Wah wah wah.. Kok ye pun, tunggu lah orang semua dah habis makan baru nak tapau-tapau. Ini tak. Kecik hati kita tau! Nak makan pun tak lalu tengok orang sibuk menapau.

Tapi dah habis makan tu, dah selang beberapa hari tu, aku rasa macam tak berbaloilah lah pulak RM20 yang aku sumbangkan tu. Wahh.. Tak ikhlas ke? Ikhlas tu macam dah tinggal separuh ikhlasnya bila dapat tau berapa kerat na umat-umat yang menyumbang. Dan terkenangkan aksi menapau lagi tu. Isyy.. Tak baik ungkit-ungkit tau! Tapi... Heppp!!! Ehh.. Mana aci kan?? HEEEPPPPP!!

Hati saya sudah kecik. Tahun depan tak mau datang!! ㅠ__ㅠ

Related Posts:

  • Coretan Sehari Sebelum Raya Seperti yang semua maklum (boleh dikatakan semua lah) aku cuti raya 25 sept - 12 okt. Ramai yang terkejut beruk. Mak pun sama. Siap kena marah lagi aku ni. Mak, anakmu ini tension bekerja. Sekali sekala nak juga cuti lama-la… Read More
  • Iklan Raya 2008 Tiap-tiap tahun aku mesti tunggu iklan raya. Tahun ni, iklan petronas tak berapa menjadi sangat. Biasanya iklan-iklan keluaran petronas ni memang mengancam. Tapi kali ni macam tak best. Mesej yang nak disampaikan pun tak ber… Read More
  • Jalan2 di Aidil Adha Pagi ni aku angin sket coz tetiba last minit ada keje2 opis nak kena settlekan. Kalau ikutkan memang dari pagi lagi aku nak ngadap laptop wat keje tapi sian plak kat mak aku kan nak masak2 lagi untuk raya ni. Lepas siap masa… Read More
  • Raya! Raya! At last, dapat juga aku pegang notebook aku ni, setelah beberapa hari tak pegang. Sampai menggigil-gigil tak dapat meroyan gara-gara beraya kat kampung. Hehe.. Kisahnya, raya tahun ni diiringi dengan hujan lebat. Memang spo… Read More
  • Operasi Makan Last saturday, rumah aku ada operasi makan-makan. Resume semula setelah beberapa tahun tak buat due to kemalasan, kemelesetan dan yang sewaktu dengannya. Tak dirancang sebenarnya aktiviti ni. Last minute decision from abah. … Read More

0 comments :