Thursday, December 26, 2013

Hadiah Terhebat

Hari ni hari kedua pergi hantar sample. Pagi-pagi lagi dah siap. Tengah gosok gigi dalam toilet, ada benda jatuh kat lantai, aku bongkok lah nak ambik. Sekali PRAAAAPPP!! Dah tu pinggang aku rasa nak tercabut. What the... Oh no. Terus tak boleh berdiri tegak. Tulang patah ke? Muscle pull ke? Terbongkok-bongkok aku keluar dari toilet. Sakitnya Allah saja yang tau. 

Dah alang-alang nak ke klinik kan, aku register kan diri nak jumpa doktor. Serius. Sakit sangat. Dulu-dulu dah pernah kena dua tiga kali. Memang ambil masa dua tiga minggu jugak lah nak baik. Tu paling minimum. Nangis lah. Kalau dah sakit belakang macam ni memang lah tak boleh nak buat kerja apa. Doktor kata muscle pull je. Suruh tuam ais je balik nanti. Dapat MC yay!! Boleh lah rehat kat rumah.

Hadiah MC.. Satu hari je..

Dah settle hantar sample kahak hari kedua aku terus balik rumah. Driving pun sengsara. Tak boleh duduk tegak. Sudahnya lenguh satu badan menahankan pinggang dan belakang yang sakit ni. Dah sampai rumah, baring pun tak kena. Duduk pun tak kena. Diri pun tak larat. Sudahnya aku meniarap je. Dah meniarap nak bangun pun susah. Adoihlaaa.. Terseksa sangat-sangat. Tuam dengan ais pun tak jalan. Memang selamat lah. Sabar je lah ye dua tiga minggu ni. Tunggu sampai dia baik sendiri.

How to submit the third sample? T_________T

Related Posts:

  • Strawberry 우유 & Melon 우유 Sebelum ni kat AEON ada Banana Uyu je. Sekarang ni dah meriah dengan Strawberry Uyu dan Melon Uyu! Tak perlu dah nak mengangkut bagai kalau balik kampung Seoul kan? Cumanya, harganya tu bikin penasaran jugak lah. Hehe.. … Read More
  • My 900 Kalori Diet Sila baca tajuk. Lepas tu tengok rupa fizikal Cik Sengal. Apakah reaksi yang terbit dari muka anda? Wakakakaka.. Huh. Tension bila fikir. Makanan-makanan kat Malaysia ni mana ada yang ciput-ciput kalorinya. Semuanya kebab… Read More
  • Sunset at UMS ODEC Kepada peminat sunset, kot ada kat tengah jalan-jalan kat KK ni kan, boleh lah try masuk ke UMS dan pergi ke ODEC untuk melihat sunset. Macam-macam jenis sunset ada depends on bulan berapa korang pergi tengok tu. Kadang-kad… Read More
  • UMS Peak Dah 10 tahun kot aku kerja kat sini, tapi ni baru first time aku nak naik UMS Peak! Hampeh betul lah. Aku bukannya apa, cuma tak rajin je nak menapak mendaki bagai ni. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng naik ke atas, … Read More
  • YOYO Express Bus from JB to KLIA/KLIA2 Kalau ko dari JB, nak pergi jalan-jalan overseas naik belon dari KLIA ataupun KLIA2, dan tiket kapal terbang dari JB tu mahal kedaung lah pulak, jangan risau, sebab sekarang dah ada bas express direct dari JB ke KLIA dan KL… Read More

0 comments :