Wednesday, December 18, 2013

Permit Gratis

Ahkak pergi renew pas kerja, tapi kan ahkak hangen tau tengok maklumat kadar bayaran kat Imigresen Sabah ni. Pas kerja Malaysia GRATIS kekdahnya! Woww.. Aku ni kat negara Malaysia ke Indonesia ni? Hurmmm.. Sebab tak puas hati kan, gigih sangat tau ahkak bukak kamus dewan online. Hambik kau! Ada rupanya perkataan gratis kat dalam tu! Takrifnya - tanpa apa-apa bayaran, (dgn) percuma: sejak penyingkirannya beliau tidak lagi perlu memberikan perkhidmatan ~ kpd pertubuhan itu. Sumber adalah dari Kamus Dewan Edisi Keempat. Kalau ikut Online Oxford Dictionary, Gratis - Without charge; free: a monthly programme was issued gratis. HEOL!!

Gratis katanya..

Serius? Ahkak tak pernah tau pun perkataan ni wujud dalam BM. BM sekarang ni macam dah takde originality gitu kan? Main pinjam-pinjam je perkataan dari bahasa lain. Tak boleh ke guna perkataan "Percuma"? So, kat mana kita nak guna perkataan percuma tu? Jujur masa mula-mula aku nampak ni, terasa aku ni macam pendatang asing lah pulak. Terpaksa pahamkan maksud gratis tu. Macam yang kena buat pas kerja ni cuma warga Indonesia je yang datang kerja kat Malaysia ni. Ye lah, aku biasa je dengar perkataan gratis ni dalam Bahasa Indonesia, cuma tak sangka lah pulak dalam Bahasa Malaysia ni pun ada jugak. 

Ok siap..

Apa pun, pas kerja tetap kena buat untuk mengelakkan kena deport balik Semenanjung. Sememangnya aku pun pendatang asing jugak. Ekekeke.. 

Related Posts:

  • Wedding Lagi Semakin ramai yang dok langkah bendul makcik. Stress makcik bila pikir. Haha.. Diucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat lah gitu kan. Kali ni officemate makcik yang tie the knot! Dua-dua pengantin lelaki dan pere… Read More
  • TB Screening Dah dekat 3 minggu batuk tak baik-baik. Nak-nak beberapa hari lepas ada beberapa kes TB kat dalam campus. Makanya, sebab macam seram je bunyinya, aku pun pergi lah buat screening. Nak buat screening TB ni tak boleh buat kat… Read More
  • Harta Karun Nak kata mengemas tu idak ler. Tengah dok mencari barang dalam kabinet-kabinet kat dapur tu, sekali jumpa ini barang. Ya ampun. Kenapa masih ada ni? Patutlah rumah ni penuh dengan clutter. Banyak nau khazanah yang tak pakai… Read More
  • Rafflesia Spa, Kota Kinabalu Dah lama sebenarnya tak memanjakan diri. Sejak terjebak dengan aktiviti jalan-jalan, tangan tu asyik gatal je nak beli tiket kapal terbang. Sudahnya, tak ada duit dah nak mencomelkan diri. Selekeh memanjang je jadinya. … Read More
  • Chaiwalla & Co. Container Cafe, Johor Bahru Katanya tempat ni dah dibuka sejak 2012. Tapi kenapa aku tak tau? Sebab aku orang JB yang tak duduk kat JB dan tak sempat nak pi ronda-ronda gitu. Hehe.. Bila geng makan ajak keluar mengexplore tempat-tempat makan kat JB ni… Read More

0 comments :