Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, January 25, 2015

Lemak

Tiba-tiba teringin nak masak nasi lemak. Mengada sungguh lah tekak ni, beli kat kedai depan tu tak sampai dua ringgit pun. Ni nak masak bagai. Dah la fail gila-gila masakan yang melibatkan santan ni. Huhu..

Punyalah baca Bismillah banyak-banyak takut nasi tak masak dengan betul. Bila konon dah siap masak tu, ku belek-belek, memang masih mentah! Aku on lagi rice cooker tu kasi masak lagi. Tapi lepas setengah jam, masih lagi tak berapa masak. Nak menangis aku rasa. Last-last aku kukus je nasi tu. Masak akhirnya!

Suka hati punya lemak..

Friday, January 23, 2015

Perjumpaan Khas

Kena paksa pergi. Haha.. Entah ler. Nak memeriahkan majlis kot. Bukannya kami staf UMS je, malahan semua warga pendidik kat Sabah ni dijemput hadir. Ko bayangkan kalau semua cikgu datang, tenggelam kita ni. Haha..

Majlis perjumpaan katanya..

Kat dalam dewan, fuh penuh dengan manusia. Nak cari tempat duduk pun susah. Nasib baik lah dah ada kawan yang tolong copkan tempat duduk. Macam budak-budak je kan. So, kita tunggu je lah apa yang menariknya perjumpaan ni.

Sunday, January 18, 2015

Aquaria UMS

Siapa-siapa yang saja-saja masuk ke dalam UMS untuk jalan-jalan tengok bangunan dan landscape dan alam sekitar, boleh lah singgah di Akuarium dan Muzium Marin. Letaknya di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Paling hujung sekali dalam UMS ni berdekatan dengan pantai. 

Akuarium dan Muzium Marin..

Harga tiket masuk ke dalam Aquaria ni cuma RM2. Tapi kalau masuk dengan aku yang staf ni, free of charge je. Haha.. Konon-kononnya, aku datang bawak tetamu gitu. Kalau nak masuk free, boleh lah roger-roger aku dulu ye. 

Saturday, January 17, 2015

Restoran Masakan Sedap, Kota Kinabalu

*Update 2019: Dah ada balik sijil Halal JAKIM! Jom pergi! 

*Update 2016: Restoran ni dah takde sijil Halal Jakim dah! Tiba-tiba bertukar jadi Serve No Pork, No Lard. Hurmm.. 

Kalau aku takde kerja, kerja aku ialah makan. Makan, makan dan makan. Selagi ada tempat yang dikatakan sedap untuk makan, aku akan pergi check it out. Kebetulan a friend of mine datang ke KK dari JB, kami pun pergilah food hunting. Yang kelakarnya, dia lagi terer bab-bab cari makan kat KK ni. Malu iols tau. Aku ni, kalau takde geng, memang payah sikit nak keluar JJCM. Tak reti, takut kena tipu tak sedap, mahal dan sebagainya. Baik aku main masak-masak kat rumah je kan? 

So kisahnya, this friend bawak lah aku ke Restoran Masakan Sedap. Letaknya di kawasan Luyang, berdekatan dengan bangunan Prudential. It's a Chinese Seafood Restaurant. Tapi ada sijil Halal Jakim. Makanya, aku pun on je lah kan. Dah sampai, dah duduk, terus order makanan. Dah tu tunggu lah. :D

Kami order...

Soft Shell Crab goreng tepung..

Friday, January 16, 2015

Lokan Panggang Salut

Selalu jugak lah lalu depan deretan kedai yang ada di Salut ni tapi tak pernah nak singgah. Ha kali ni kita singgah untuk makan lokan panggang ye! Ada banyak gerai kat sini. Pilih je lah yang mana satu nak singgah makan.

Harga bagi lokan ni ikut saiz. Yang paling besar RM12 untuk 20 biji. Yang medium size pulak RM10. Kalau yang kecik, RM8. Kami ni besar-besar, makanya ambik yang saiz besar lah. Hehe.. Dah order tu, kena lah tunggu ye. Sebab ambik masa sikit nak bakar. Bila dah dapat depan mata, perghh.. Let's dig in!

Sadaapp oih..

Thursday, January 15, 2015

Visa ke India

*Updated: Sekarang dah ada e-Tourist Visa Application untuk ke India. Semuanya online. Dah tak perlu nak pergi ke visa center. Biometrics fingerprint pula akan diambil dekat airport India. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke https://indianvisaonline.gov.in/visa/tvoa.html.


Nak cerita lah sikit tentang proses membuat Visa ke India untuk mereka yang berada kat Sabah ni. Kita tak perlu nak pergi ke KL untuk buat visa ni sebab dah ada Visa Center di KK. Lokasi Visa Center ni ialah di Wisma Sabah, Kota Kinabalu di bawah agensi Borneo Trails Travel. Tak tau Wisma Sabah kat celah mana? Bangunan di antara Wisma Merdeka dan Suria Sabah tu lah. Eh, kalau buang merdeka dengan suria tu jadi Wisma Sabah lah pulekk. Haha..

Pergi ke G06 - Borneo Trails Travel

Tuesday, January 13, 2015

SK10D9N ~ Wonderful Jeju: 5 Days 4 Nights Itinerary and Expenses

Entry yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama kan? Haha mentel betul. Oklah, cerita sikit tentang keseluruhan aktiviti jalan-jalan di Jeju Island selama 5 hari 4 malam ni (27 - 31 Okt 2014). Sedikit sebanyak boleh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak merewang-rewang ke Jeju Island. Trip ni lain sikit daripada trip South Korea aku sebelum ni sebab kali ni ada bab sewa menyewa kereta dan drive the car yourself pakai GPS Korea. Haha..

Halla-san via Yeongsil Trail..

Saturday, January 10, 2015

SK10D9N ~ Day 10 (Final): Dynamic Busan Part III: Airport and Back Home

Sunday, 2nd Nov 2014

Last day in Busan! Tengahari ni dah nak kena pergi airport dah. So, pepagi ni tak ada buat apa sangat kecuali packing. Dah tu, aku ni menyempat pulak berlari sekejap ke Kyobo Bookstore kat Seomyeon untuk beli CD tapi sengal sangat kot tak tengok opening hours. Tak bukak lagi Kyobo tu! Makanya balik saja lah ke motel untuk pergi ke airport. Haha padan muka buat penat je datang jauh-jauh.

Macam tongkang pecah!


Thursday, January 8, 2015

SK10D9N ~ Day 9: Dynamic Busan Part II: Gamcheon Culture Village, Taejongdae, Busan Tower

Saturday, 1st Nov 2014

Tinggal hari ni dan besok je untuk edisi jalan-jalan kali ni. Dah tu kat Busan pulak tu kan. Dah tak tau nak ke mana lagi dah sebabnya dah banyak tempat yang diterjah masa first trip dulu. So kali ni, merepeat balik lah kekdahnya. Hari ni kami ke Gamcheon Culture Village, Taejongdae dan Busan Tower.

Setakat tepek gambar je lah ye. Kalau nak baca dengan lebih details tentang tempat-tempat ni, boleh baca kat sini dan sini. So, gambar kat Gamcheon Culture Village dulu. Hehe..

Gamcheon Culture Village..

SK10D9N ~ Day 8: Wonderful Jeju Part VII: Mysterious Road, Yongduam Rock, Off to Busan


Friday, 31st October 2014

Hari ni dah nak balik ke Busan dah. Flight yang dijadualkan adalah pada pukul 2 petang. Masih sempat lagi nak jalan-jalan seround dua sebelum pulangkan kereta dan bergerak ke airport.

Alkisah, pagi ni hujan lebat. Kira bersyukur sangat-sangat lah sebab dah hari terakhir kat Jeju ni baru turun hujan. Kalau tak, memang terbantutlah aktiviti jalan-jalan. Kalau dah lebat macam ni, jalan-jalan naik kereta je lah, tak dapat nak turun.

Dah lepas breakfast bagai, kami check out dan terus keluar dari hostel. Dah settle masukkan barang dalam kereta kami bergerak menuju ke Mysterious Road.

Misteri sangat ler..

Sunday, January 4, 2015

SK10D9N ~ Day 7: Wonderful Jeju Part VI: Soesokkak Estuary, Jeongbang Falls, Seogwipo Harbour, Toscana Hotel

Thursday, 30th October 2014

Ok, kita sambung lagi dari entry sebelum ni.

Dari Oedolgae kami menuju ke Soesokkak Estuary. Nak datang ke sini sebab terpukau tengok scenery Soesokkak Estuary ni dalam rancangan variety Running Man dan 1N2D. Macam best je kalau dapat jalan-jalan kat sini. Hari dah petang, maka dengan pantasnya kami memecut ke sana.

Around 20 minutes jugak lah kami on the road. Soesokkak Estuary ni kat tepi jalan je lokasinya. Tapi jalan kampung yang kecik ler. Nak ke sana, memang masuk selok belok lalu celah-celah rumah orang. Nasib baik lah ada GPS kan. Kalau takde, memang merangkak jugak lah nak cari. Tu yang aku tabik spring orang dulu-dulu pergi jalan-jalan. Kena ada peta bagai kat tangan. :D

Oleh sebab Soesokkak ni letaknya kat tepi jalan, maka parking adalah sangat terhad. Kalau tak ramai orang, takpelah jugak. Ke depan, ke belakang, kami cari parking. Akhirnya dapat lah jugak, tapi jauh ke depan.

The lying ox..

Thursday, January 1, 2015

SK10D9N ~ Day 7: Wonderful Jeju Part V: Cheonjeyeon Falls, ICC Jeju, Jusangjeollidae, Oedolgae

Thursday, 30th October 2014

Entry ni merupakan sambungan dari entry sebelum ni ye. ^__^

Agak-agak dah puas bergambar di Andeok Valley, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Cheonjeyeon Falls. Kena baca betul-betul ye, Cheonjeyeon bukan Cheonjiyeon. Ejaan dekat sama dah tapi air terjunnya lain-lain. Cheonjiyeon Waterfalls aku dah pernah pergi dah masa first trip dulu. Yang Cheonjeyeon ni pulak baru nak pergi hari ni. Marilah kita check this place out. 

Around 15-20 minutes jugak lah perjalanan naik kereta dari Andeok Valley ke Cheonjeyeon Falls ni. Kalau dok perhatikan dari entry sebelum ni perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain memakan masa dalam 15-30 minit. Kira ok lah macam tu kan. Mana yang boleh kita singgah, kita singgah. Takde lah nak ke depan, pastu patah balik ke belakang dan seterusnya. So, kenalah plan betul-betul kan sebelum memulakan perjalanan tu. :D

Okies, dah sampai ni kena lah beli tiket. Harga tiket ialah KRW2,500 seorang untuk orang dewasa. Kanak-kanak dan sebagainya, boleh tengok kat gambar bawah ni.

Harga tiket masuk..