Tag dari Mimah. Soalan mencabar minda betul. Banyak yang takde kena mengenea dengan hidup aku. Hahaha..
Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Banyak benda. Tak tersenarai kat sini..
Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
KFC - Lunch tengahari tadi. Kekekeke..
Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tak pernah terfikir. Kalau dapat kahwin pun dah kira untung dah tu. Tapi adik aku yang sengal tu berangan kalau aku kahwin dia nak suruh Wak Daut buat khemah dari depan rumah sampai traffic light depan Giant Pulai Utama tu. Hahahaha..
Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Soalan takde kaitan dengan empunya diri..
Adakah anda di lamun cinta?
Err.. Dengan artis korea aci tak? Hahaha..
Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Dah lama tak makan malam kat luar. Rasanya Choice kat Kepayan sana kot. Makan Naan dengan kari ayam. Fuhh..
Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Errr.. Satu kotak macam-macam novel kat KLBF hari tu..
Apakah nama penuh kamu?
Norhayati Binti Daut. Nama yang tak berapa komersial. Tapi aku suka. Sebab kalau dah tua nanti tak lah janggal nama Norhayati ni. Cuba nama glamer macam Sherina ke. Bila orang tanya nenek ko nama apa? Sherina.. Fuyoooooooooo.... Hahaha..
Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Depends.. Takde favourite kat sini..
Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Bakal suami? Wakakakaka..
Christina atau Britney?
Dari Korea takde ke? Hihihi..
Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Mesin yang cuci..
Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Nak balik kampung Sheffield. Rindu kat Darnall. Rindu kat Handsworth Grange. Rindu kat Meadowhall. Huhuhu..
Pelukan atau ciuman?
Karang aku jawab orang kata aku miang pulak..
8 perkara yang amat saya gilai:
- Anything yang berkaitan dengan Korean Hallyu Stars. Drama ke, nyanyi2 ke. Semua aku belasah suka dan gila. Kekeke..
- Kumpul Novel. Beli je dulu. Baca lain cerita. Novel yang aku beli dua tahun lepas pun belum bukak lagi sampul plastiknya. Hahaha..
- Kumpul Keychain. Siapa-siapa yang pergi jalan-jalan belikan laa aku keychain ekk..
- Tengok TV especially cenel 303. Hikhikhik..
- Masuk kedai buku dan bertapa sejam dua kat situ. Aku tak akan masuk shopping complex yang tak ada kedai buku.
- Internet. I don't think I can live without it. 6 tab yang wajib dibuka setiap hari - Forum CARI, Gmail, Facebook, Twitter, YouTube, akuyangsengal. Hehehe.. Tak lupa juga aktiviti mendownload. Sudah semestinya drama-drama Korea. Hihihi..
- Yoyo. Milk tea with Pearls ye..
- Makan Soto!! Preferably Soto yang jumpa kat Johor. Soto Sabah ni bolehlah tapi tak sebest Soto Johor.
- Sengal
- Bongek!!
- Ekk?? Ekk.. EKK??
- Menci aku
- Ntah pape ntah
- Mak aih..
- Omomomomomoo..
- fighting!!
Seperti yang aku tulis kat atas tadi, aku ni beli je buku novel segala tapi bacanya tak..
8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
- Belajar menghabiskan duit jalan-jalan backpacking. Kekeke..
- Belajar main piano. Baru 2nd grade tapi aku dah berhenti dah awal bulan ni coz tak menyempat nak prektis dan pergi kelas. Huhuhu..
- Belajar mengejar artis Korea. Kat KK pernah, kat KL pun pernah. Tahun ni sampai Singapore aku kejar. Hahaha..
- Belajar jadik jahat sikit. Bila kita baik, orang akan ambik kesempatan ke atas kita.
- Belajar bahawasanya takde orang yang ambik kisah pasal kita. Kau nak naik turun, jatuh bangun tergolek, ko punya pasal. Kalau kita tak usaha sendiri, kita takkan kemana-mana.
- Belajar masak? First time in my life aku masak lauk raya sendiri time raya haji tahun lepas. Dah raya sorang-sorang kan. Masak dan makan sorang-sorang jugak. Pathetic sungguh hidup aku ni. Huhuhu..
- Belajar simpan duit through Unit Trust.
- Belajar untuk melarikan diri dari siniiiii!!!! Huahuahua..
2 comments :
aku paling suke part nama tu.. nasib baik nama aku ada ciri2 org zaman dulu.. tapi jgn terkejut, segala dtg nenek yatt, rugged wa ckp lu..hahahahah
hahahaa.. keleesssss ko kalau nenek nama yatt..
Post a Comment