Monday, July 21, 2014

South Korea 7th Edition ~ Final Day

Monday, 27th January 2014

Kisah sengal di hari Isnin. Kalau ikut plan asal, memang dah dalam flight dah ni. Tapi aku masih kat Seoul yay! Biol sangat. Pagi-pagi ni, aku say bye bye kat Kia yang akan balik ke Malaysia. Tinggallah aku sorang-sorang kat sini. Nama je tinggal sorang-sorang tapi sebenarnya ada je kawan kat tempat lain. Hehe..

Seperti yang aku dah explain dalam entry yang lepas, hari ni aku akan bertapa kat TLJ. Dengan mek Queen. Sementara tunggu Queen datang, aku bermalas-malasan je kat hostel. Malas nak keluar dah. Beg yang dah dipack, aku hamburkan balik dan pack semula. Dah tak ada kerja kan.

Queen datang ke hostel dalam pukul 12 lebih kurang. Dah tu kami pun bersama-sama gerak ke TLJ. The rest of the story can be read here.

Dah habis menbong, sewel, meroyan entah macam apa tu, aku terus balik ke hostel, ambil barang dan terus ke airport. Naik subway train ler hapa lagi. Dah malam macam ni, airport bus pun dah tak ada dah. Terhuyung hayang bawak 4 beg. Siap ada mamat datang untuk tolong lagi. Haha.. Akhirnya berjaya juga sampai ke airport. Cari port untuk menggelimpangkan badan.

Port Tidur..















Aku sepanjang trip ni tak beli simcard, tak sewa egg. Mengharapkan free wifi je. Dah sampai airport
ni baru berduyun notification masuk. Semuanya mesej berunsurkan perli. Ramai dok tanya keadaan aku. Dah pengsan ke apa ke sampai tak ada berita. Siot punya kawan-kawan. Time ni lah aku ambik kesempatan untuk update apa-apa yang patut. Dah tu, terus tidur.

The next morning, agak kelaparan jugak lah sebab semalam satu hari tak makan melainkan makan roti TLJ je. Lepas check in, aku terus ke Lotteria order shrimp burger. Kenyang perut. Dah tu terus je masuk ke balai berlepas.

Momom..

Tiket RM1.6K one way..

Dah. Habis sudah trip yang entah apa-apa ni. Memang tak akan aku lupakan sampai bila-bila gitu. Bye-bye Seoul! Jumpa lagi nanti. Hikss..

0 comments :