Wednesday, July 16, 2014

Aipong Sengal

Entry ini ialah cerita tentang Aipong. Alkisahnya aku ada sebiji Aipong. Banyak dah berjasa Aipong ni. Tapi tiba-tiba entah kenapa, Aipong ku ini merajuk. Tak boleh on langsung. Mungkin dah habis bateri lah kan, maka dicas lah Aipong tu. Tapi punyalah lama cas, tak ada tanda-tanda Aipong tu akan bangun semula.

Makanya aku pun cuak lah kan. Awatnya dengan kau ni Aipong oii? Maka terus lah bergegas ke epal punya service center. Ada amoi yang menyambut dikaunter. Aku pun bercerita lah apa yang telah terjadi. Dia pun angguk-angguk dan bawa masuk ke dalam untuk diperiksa. Ingatkan sekejap je periksa. Dekat sejam jugak lah. Dah tu dia pun keluar.

"Moi, telefon ko rosak suda ni. Nda bulih kasi betul suda". Terasa jantungku bagai nak tercabut kat situ jugak. OH.EM.GEE. Biar betul? Menangis lah. Oklah rosak pun rosak lah, aku terimalah jugak suratan takdir yang menimpa. Aku pun bertanya lah macam mana nak retrieve segala harta karun dalam tu, dan amoi itu pun menjawab, "Nda bulih sudah tu mau retrieve," DOUBLE OH.EM.GEE. Memang macam disiat-siat pulak dah jantung aku ni. Ala, tak boleh dah ke. Gila sedih kot! Mari lah kita tanam je Aipong ni. Sobs!

Bye Bye Aipong.. Sobs.. 


Konon je sedih. Terus pegi kedai epal untuk beli Aipong baru. Gigih sangat lah kan? Tak pikir panjang dah. Belasah je beli. Installment 12 bulan sebab tak ada duit. Haha.. 

Sayang banget..

Sampai rumah, Aipong baru ku usap-usap ku sayang-sayang. Aipong lama ku campak ke rak buku saja, Malas nak tengok. Sekali kan, dengan kuasa magik yang aku tak tau datang dari mana, Aipong yang kucampak itu hidup dengan sendirinya. WATERPARK? Hidup tapi low battery. Dengan kembang kempis hidung ini, ku pasang cable charger, dan ia pun charge seperti biasa. Dan tak lama tu, ia pun boleh digunakan semula seperti biasa.

WTF telah happened? Oh my. Pissed off sangat. Urgghh.. Hidup pulak dah. Dah la baru beli yang baru. Argghhh!! MARI KITA SALAHKAN AMOI KAT EPAL SERVICE CENTER TU!! Argghh stressssssssssssssssssssss...

Related Posts:

  • Ahlan Wasahlan!! Ya Habibie!! Ya Maulana!! Mere Abeoji!! Ana datang! Ana datang!! Ana mau cari unta!! Kekekekeke.. Buruk betul perangai anak Wak Daut ni. Baru ada semangat 1 Donia kan? Nilah jadinya bila kepala tak center, demam belum kebah,… Read More
  • The Final Year 21st November. It's now official. The final year of the 20s. I will go into a new decade next year. Yahooooooooooo!! Tepuk tangan. Sendiri Baksu!! :p Motip gembira? Hehehe.. … Read More
  • Daehan Minguk!! Aku sokong mana? Lagi mau tanya ka? Kalau dah minat artis Korea, sampai ke World Cup pun aku sokong Korea. Heheheh.. Dua-dua game aku tengok setakat ni. First game lawan Greece memang aku melompat-lompatlah kat rumah KK nu… Read More
  • Sendiri Baksu!! Dah sebulan dah aku ikut kelas Bahasa Korea. Kenapa aku join kelas ni, tak perlu lah aku huraikan panjang lebar. Korang semua pun dah tau dah reasons nya. Hehehe.. Kelas Bahasa Korea ni dijalankan di Asia City. Setiap hari … Read More
  • Padan Muka.. I wrote this last Friday............. Today.... 1. Woke up late.. 2. My make up things cari pasal.. Cannot find mascara, eyeliner broke. 3. Car broke down. Cannot start. Terpaksa tumpang Murni pergi kerja. 4. Sampai offi… Read More

0 comments :