Tuesday, July 1, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 3: Alchon at Ehwa, SMTown Pop Up Store at Myeongdong, BigBang at Olympic Park, Grill5Taco at Gangnam

Saturday, 25th January 2014

Hari yang lemau, hujan renyai-renyai, cuaca sejuk ya amat, angin kuat, tapi gagahkan jugak diri ini untuk keluar. Tapi keluar pun dah lambat dalam pukul 9 lebih gitu. Menyorok dan membungkuskan diri dalam comforter lagi best time-time macam ni. 

Tapi dah disebabkan berjanji dengan kawan si Kia, kami keluar lah jugak. Kawan Kia ni tengah belajar kat Ehwa. So, malas nak pi merewang jauh-jauh, kami jumpa di Ehwa je. Dah jumpa tu terus pergi makan. Haha.. Dah kelaparan sangat kot tak breakfast. Kawan Kia bawak pergi makan kat Alchon. Sebenarnya ada banyak cawangan Alchon kat Seoul ni. Tapi disebabkan kami dah kat Ehwa ni kan, so pergilah yang ada kat Ehwa ni.

Tadaaa.. Alchon..


Alchon ni hidangan utama dia, nasi campur telur ikan campur telur mata lembu campur sayur. Dan dimakan bersama 4 jenis side dishes yang boleh ditambah berulang kali sampai muak. Side dishes ambik sendiri kat kaunter yang disediakan, so boleh lah ambik banyak mana yang kita nak. Oleh sebab ada kawan Kia yang lebih arif dalam bab mengorder, dia pun orderkan makanan untuk kami. Masa order tu jangan lupa cakap kat oppa yang ambil order tu kita tak nak daging. By default, dia akan masukkan daging jugak. Kalau tak cakap, ngadaplah kau nasi campur daging. Hehe..

Menu yang ada.. Ada tahap kepedasan yang berbeza..


Dah order tu, baru lah berkesempatan untuk melilau tengok keadaan sekeliling kedai. Nice place untuk lepak-lepak. Customer belum ramai, walaupun dah ada 2-3 meja yang dioccupy. Kiranya awal jugak lah mereka ni pergi makan. Macam kami jugak. Haha.. Sambil menunggu tu, boleh lah pergi ambil side dishes. Ada fish cakes, radish kimchi, pickled cucumber dan pickled radih warna kuning tu. Sedaaaappp..

Nice place..

Nampak luar..

Side disehes sayur-sayur..

Fish cakes!


Tak perlu nak tunggu lama untuk makanan sampai. Dah sampai tu, melantak lah kan apa lagi nak dibuat. Simple dan sedap. Harga pun murah dek non. KRW3,500 je.

Nyamnyamnyam.. 


Dah kenyang, baru lah boleh merewang. Merewang sekitar Ehwa je. Kat Ehwa ni paling best untuk shopping beg, skin product dan baju. Sebab kat sini murah-murah. Beg ada banyak choice kat sini. Skin product pulak harga lagi murah dari Myeongdong. Tak payah lah pi kat Myeongdong tu. Mahal kot sebab sana tempat tourists. Dah tu baju pun murah-murah. Disebakan murah baju-baju ni, tak dapek lah kita nak pakai kad gores dan hutang. Kena bayar cash gitteww..

Bags galore...


Lagi beg.. 

Lagi moi..

Mau semuaaaa.. 


Aku kalau kat Ehwa ni memang kerjanya borong beg je. Satu beg KRW10,000 je. Dalam RM30. Memang ok sangat. Lagi pun aku tak reti nak pakai beg branded-branded. Tak reti Kate Spade, Coach, LV bagai. Aku pakai beg cokia je Made In Korea ni. Murah pun murah. Sesuai dengan lifestyle aku. Haha.. Ngada sangat kan. 

Dah beli beg, beli baju lah pulak. Ada unni satu kedai ni punyalah bagus dia promote winter jaket kat aku. I cannot say no! Sikit sikit WAHH UNNI NOMU YEPPPOOOOOO~!! Ehekk.. Tau lah aku yepoyo, tak payah ler nak terjerit-jerit satu kedai kot. Haha.. Balik-balik kata aku sesuai pakai coat tu sebab aku comel. Comel kat sini maksudnya PENDEK. Haha sedih sangat ko. Bila pakai tu, ngam-ngam mid-thigh. So totop bontot. Warm katanya. Kalau dia pakai tak best sebab dia tinggi, bontot tak tutup, sejuk kena tiup angin. Hah. Memang pandai lah ko promote kan!

Last-last termakan jugak lah hasutan. Beli lah jugak. Nak-nak winter coat yang aku pakai ni dah 3 tahun dah beli kat Jonggak Station. Hehe.. Harga? KRW50,000 je. Boleh lah kan. Kalau kat Malaysia tak dapat ni. Belek kat Universal Traveller pun mahal kedaung harganya.

Dah puas ngabiskan duit kat Ehwa, kami ke Myeongdong lah pulak. Pergi singgah kedai ahjusshi kat Myeongdong Station untuk beli album KPOP merepek menghabiskan duit aku je. Dah tu cuci mata kat SMTown Pop Up Store kat Lotte Young Mall. Tengok-tengok je, sebab ni first time sampai sini. Banyak jugak lah merchandise artis-artis SM Entertainment yang dijual kat sini. 

Pintu masuk..
Antara merchandise yang ada.. Banyak lagi tu!

Bergambar dengan anak-anak serigala menggayakan coat yang baru dibeli kat Ehwa tadi. Haha..


Dah tu, balik semula ke hostel untuk letak hasil shoppingan dan solat sebelum ke destinasi seterusnya. Jalan kaki ye. Dari Myeongdong ke Euljiro 3-ga. Sepuluh minit je pun. Kebetulan pulak kan, bila lalu kat Myeongdong tu, food cart dah mula berjualan. Beli lah jugak benda-benda untuk ngonyel-ngonyel. 

Carp bread..

Sotong bakar nyamnyam..


Dah settle urusan kat hostel, kami keluar balik. Ha, nak bagitau ni kami buat kerja gila tak semenggah. Kami ke Olympic Park! Nak tau ada siapa kat sana? Ada bikbeng weh! Big Bang buat konsert. Alkisahnya lah kan, dah alang-alang kat Seoul ni, ada konsert Big Bang, mari lah kita pergi tengok. Poyo je sebenarnya. Walhal takde tiket pun. Kot-kot lah kan, pergi sana kat kaunter masih ada tiket, boleh lah beli dan mengenjoykan diri. Ye yo ohh je ni. 

Ramai orang! Nak jalan ke kaunter tiket pun susah. Haha.. Tapi dapat lah jugak menyelit. Tapi bila dah sampai tu, lopong jugak lah mulut. Hampa sangat sebab tiket sold out! Tak ada rezeki lah jawabnya nak jumpa bikbeng. Tapi tak apa. Selamat duit aku. Boleh habiskan buat benda lain pulak. Muahaha.. 

Ambik gambar banner je lahh..

Sold Out sobss..


Yang dasatnya kan, sold out for both days. Tapi ada jugak manusia yang dok beratur depan kaunter tu. Tak paham aku. Bila dirisik-risik, katanya diorang queue untuk show besok. Homaaaiii.. Kalau show besok, kaunter tiket akan bukak besok lah jugak. Kemain gigih kau nak membeku kat sini sampai besok? Hurr.. Tobat lah aku takmo. Mari lah pergi tempat lain.

Pergi mana? Pergi melawat kedai HaekHaek lah pulak. HaekHaek mana lah pulak ni kan. Budak umur 5 tahun yang bernama Donghae tu. Kita habiskan duit kat sana pulak. Kedai Haek ni namanya Grill5Taco. Kalau nak tau jalan ke sana boleh klik kat sini. Kot-kot lah kan ada rezeki boleh jumpa si Haek ni. Hari Khamis dah jumpa Hyuk, dah jumpa Yeye, hari Jumaat dah jumpa Kyu. Mana tau hari Sabtu ni Haek muncul kat sini. Berangan sangat lah kan. 

Dalam Grill5Taco..

Lagi..


Malangnya Haek takde! Abang dia ada lah. Tapi pandang dari jauh je sebab takde lah meroyan sangat kalau tengok abang dia. Haha.. Apa yang menarik kat kedai ni? Kedai taco kan, so macam-macam jenis taco lah yang ada. Aku pun tak paham relationship Haek dengan taco ni. Over sangat tahap obsession dia dengan taco sampai bukak kedai taco. Aku obsess makan soto, ada harapan lah bukak kedai soto satu hari nanti gitu? Mudah-mudahan. Haha..

So lepak-lepak dan ngonyel-ngonyel mana yang boleh dingonyel. Banyak-banyak menu yang ada, yang boleh dimakan Skinny Fries dengan Goguma Fries je. Goguma tu Sweet Potato lah dek non. Keledek strips macam selalu aku buat kat rumah. Datang jauh-jauh makan keledek. Entah hapa-hapa je. Menu yang lain-lain ada daging. Jangan pulak ngengada order ye. 

Skinny and Goguma Fries..


Tunggu jugak lah kot-kot Haek nak datang kan. Tapi hampeh. Tapi mak dia ada. Baru nampak. Mula lah gedik. Panggil untuk bergambar. Kemain sporting gila mak dia. Dah tu comel dan lawa yepoyo macam aku jugak. Hahaha..

Dengan mak Haek..


Dah puas lepak, kami pun gerak untuk balik. Tapi nak balik tu, mentel lah pulak nak singgah MoBit minum kopi. Kat Grill5 tadi minum coke je. Macam tak lengkap gitu rutin seharian. Haha.. So balik lah semula ke Apgujeong Rodeo Station. Kebetulan lah pulak tengah sibuk drama I Can Hear Your Voice. Ada exhibition drama tu kat stesen ni. Snap jugak lah gambar sekeping dua. 

Sebeso-beso tidak..

Tangan Jongsuk yang tecit..


Ngada-ngada sangat kan, hari Khamis dah jumpa Yeye, hari ni nak jumpa lagi. Ko hengat dia tiap-tiap hari berkampung kat MoBit ni? Hambik kau tak ada siapa pun yang ada kat MoBit malam ni. Staff je yang ada. Tapi tak apa lah. Dapat pekena kopi untuk hari ni. Kemain lepak kat MoBit ni sampai tutup. Dah tutup tu balik lah jawabnya. :P

Lega...

Sekian. Hari ketiga merewang menghabiskan duit di Seoul. Sehingga ketemu di lain episode gitu. Adios!

4 comments :

zinziemeewah said...

weyyyyyy baru baca entry ni. ok super duper jelus seb awak dpt bergambar ngan mak boipren saya.. ahaksss. hari tu masa p kedai budak ni tak order apa2 pn. ambil gmbar dpan pintu then masuk dok depan pntu belek menu kat board pastu belah. segan gila kot seb time tu xde customer. semua pandang semcam jer. pergi ngan harapn nk jmpa boipren tp org tu pergi jeju la pula kan.. seteresss... by the way cantiknya mak mertua i.. ahakssss

CikSengal said...

norsalihah,
hehe.. rugi lah kalau segan..

zinziemeewah said...

kannnn.. sgt rugi. nk tanya, konsert d&e kat bangkok 12/8 nnt pegi tak? sy nk pegi tp tak tahu mana nk cr tiket..huhuhu

n selamat hari raya :-)

CikSengal said...

norsalihah,
weekday lah pulak FM tu.. tak dapat lah nak pergi..