Sunday, July 13, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 4: Choi Siwon at Gwanghwamun, KTO, Ehwa Bulojingo, Ghost the Musical

Sunday, 26th January 2014

Final day in Seoul! Besok balik dah. Tinggal hari ni je untuk merewang jalan-jalan. Sebelum keluar, kami nak kena packing siap-siap dan checkout. Flight aku ke Manila (kisahnya untuk trip Seoul ni aku naik flight KK-Manila-Incheon return) sebenarnya besok pagi pukul 8 lebih. Tapi tak kuasalah nak bangun awal pagi pergi airport. Makanya, berhomeless di airport je lah kami malam ni. Jimat duit hostel satu malam. Hehe..

Nak packing ni Ya Rabbi, gila pening kepala. Masing-masing shopping bagai nak rak kan. Tak pikir consequences yang bakal mendatang. Dah macam hapa dah. Dah lah GG Hostel ni kecik comel cemetot je. Dah tu kemain banyak barang yang nak dikemas dan dipack. Sangat lah bersepah sampai tak muat bilik. Nak kemas pun sampai kena ikut giliran. Asalnya aku datang Seoul ni bawak satu beg je. Tapi bila kemas-kemas nak balik ni jadi 4 beg! Nangis mak..

Stress ngemas berposingkan coat unnie yeppoyo 50K..




Hambik kau..

Okies, dah kemas, dah siap packing semua, kami pun checkout. Beg tinggal dulu kat hostel sementara kami pergi merewang untuk hari terakhir ni. Kami ke Guro! Nak jenguk mother in law. Puahaha.. Gigih sangat lah kan. Tapi malangnya kedai mak mertua tak bukak lah pulak. Padan muka sangat. Dah tu kami pun ........................... Nak tau apa jadi? Sila baca kat sini. Kehkehkeh..

Sewel sangat lah kan jadinya. Kisahnya in between tu kami ke KTO berdekatan Chonggyecheon tu untuk solat. Dah upgrade dah prayer room kat KTO ni. Dah ada tempat ambil wuduk kat dalam surau. Mudah jadinya. Tak perlu nak pergi toilet nan hujung jauh di sana untuk ambil wuduk.

Tempat wuduk..


Time bersiap-siap nak keluar lepas habis solat tu, entah camne lah dapat info ada seorang manusia akan bertapa kat TLJ pada esok hari. Memang shilaker meraung-raung kot aku kat KTO tu. Haha.. Gila baban emosi sangat-sangat. Besok aku dah nak balik lah wei. Kenapa kau datang besok. Huwaaa.. Bila ingat balik macam bodoh je. Tak padan dah tua bangka aku ni tapi mengada-ngada macam budak baru period, baru nak kenal dunia. 

Whatsapp, LINE, Viber, Twitter, bertalu-talu mesej masuk. Semuanya mesej hasutan! Ramai yang tau aku tengah berjimba-jimba kat Seoul ni. Ayat yang dikarang dalam mesej tu semuanya lebih kurang sama. "Extend lah stay kat sana", "Balik lusa la weii", "Rugi weii balik besok!", "Bila lagi ko nak dapat peluang macam ni?" dan macam-macam lagi. Memang hampeh lah kawan-kawan aku semua ni. Gigih aku menepis. Tak cukup di alam maya, Kia kat sebelah pun gigih meracun jugak. Korang memang lah kawan-kawan terbaik aku. Haha.. 

Dalam hati, aku ni dah goyah sebenarnya. Bila lagi kan nak menggedik? Haha.. Tapi aku abaikan dulu. Nak kena pikir pros n cons. Kalau sambung stay, nak kena check tiket flight, nak kena cancel hostel kat Manila, nak kena macam-macam lah. Apa-apa pun, kita sambung aktiviti kat Gwanghwamun Square ni dulu. Hehe.. 

Dah habis skodeng kami ke Ehwa. Dah macam kartun route kami ni. Pergi makan uols! Kawan Kia ada rekemen satu lagi kedai makan kat area Ehwa ni. Nama kedai makan ni aku tak tau apa. Nak describe lokasi pun tak ingat macam mana tapi yang aku ingat, kedai ni sederet dengan Alchon Ehwa tapi dia nun kat hujung menghala naik ke bukit sana. Tertonggek-tonggek sikit ye bila naik bukit tu. Kat bawah ni gambar depan kedai tu. Tu jalan menghala ke bawah.  

Kedai makan atas bukit..

Specialnya kedai ni ialah makanan "api". Hehe.. Kami order lauk sotong di atas cadangan kawan Kia tu. Itu je lah pun yang kita boleh makan kat sini. Nama makanan ni Bulojingo. Direct translation dia ialah Fire Squid ataupun Sotong Api. Bul = api, dan Ojingo = sutun. Hehe..

Sotong Api sebelum dimasak..

Selepas di masak.

Memang menarik lah wei. Sedap pun sedap. Ingredient dia apa sangat lah pun. Sotong, sambal dia, kobis, bawang, air dan tteok. Dah! Digodek-godek sehingga mendidih. Dah tu boleh lah ngap!

Tapi time ngap ni, aku tak senang duduk balik-balik belek henpon. Tengok tiket flight lah apa lagi. Nak tukar tiket memang tak dapat lah. Banyak nak tukar. ICN-MNL dan tu MNL-BKI pulak tu. Hadoi. Last-last kan aku kalah jugak. Beli jugak tiket untuk balik lusa. Gahhh.. Tapi idokler aku turun Manila. Ambik route ICN-KUL-BKI terus. Harga tiket? RM1900++ one way, nyah! Gilakk sangat kan. Dah mereng sangat, Gini lah jadinya. Memang tak pergi mana lah aku lepas ni nak cover kemusnahan kad kredit. Sobss.. 

Dah beli tu hati terus lega, rasa senang, dan tak stress pikir macam-macam. Haha.. Hampir menjadi kenyataan dah untuk bertemu dengan mu wahai ikan bilis yang aku rasa nak cekik-cekik je, sebab kau lah aku jatuh bankrap. Huh.. Dah senang hati, makan sutun api pun senang hati lah jugak.

Ala-ala dah nak habis sutun api tu, tuan kedai bawak nasi putih dan seaweed untuk buat nasi goreng pulak. Memang kenyang gila! Makan nasi goreng lah pulak. Ni boleh buat stok perut sampai malam ni. Hehe.. Berapa total? KRW7,000 seorang! Manyak CHEAP!!

Bahan Nasi Goreng..

Nasi goreng!!

Ok dah habis makan, kami pun menuju ke D-Cube City untuk aktiviti yang seterusnya iaitu meroyankan diri jumpa Joowon. Hehe.. Boleh baca kisahnya di sini.

Dah habis jumpa Joowon, dah pukul berapa dah. Balik ler jawabnya. Aku ni dah tukar plan dah, tak jadilah nak berhomeless kat airport. Mek Kia pun macam malas pulak nak pergi airport malam ni sebab flight dia balik KL pukul 11. Sempat sangat-sangat kalau keluar besok pagi. Jadinya, kami pun balik ke hostel dan buat muka kesian dengan ahjumma. Tanya sama ada, ada bilik kosong lagi ke tak malam-malam buta ni. Kami tak dapat nak balik negara kami sebab "flight delayed". Puahaha.. Ye yoo ohh je aku temberang ahjumma tu. Nasib baik bilik yang kami duduk berapa hari ni belum ada penghuni. Masuk balik ler bilik tu. 

Kami pun gelak sakan menarik beg yang berkoyan-koyan tu dari stor masuk ke bilik. Nak jimat sangat kan. Memang padan muka aku. Muka aku je lah. Kia takde effect apa-apa sebab dia tak kuasa nak jumpa bilis. Haha..

Okies. Stop sini dulu. Lepas ni boleh cerita kisah aku dan ikan bilis di TLJ nun. ^____^

0 comments :